Semenjak lepas berpantang anak ke 3 ni memang mama tak nafikan mama mempunyai masalah sakit pinggang yang amat kronik. Sebelum ni pun pernah terjadi masa zaman dedua anak dulu pun sama jugak jadi sakit pinggang. Kemungkinan faktor menyusu anak, kekurangan kalsium dan urat putus berlakunya sakit pinggang ni. Selalunya lepas 2 tahun mesti sakit pinggang ni hilang.
Mama perasan sakit pinggang ni semenjak mama duduk di kerusi mengadap komputer yang agak lama. Ini berlakunya kedudukan mama jadi bongkok sedikit. Paling tak tahan ketika mama bangun dari kerusi sehingga mama bongkok macam nenek kebayan. Aduh bayangkan nak luruskan pinggang sampai mama kena tolak baru la boleh lurus balik pinggang tu. Seksa bukan.
Baru-baru ini mama dapat produk review dari Jonlivia iaitu Phiro Back Support untuk mengatasi masalah sakit belakang. Allah seronok sangat sebab memang duk mencari jugak benda macam ni. Bak pepatah melayu mengatakan umpama orang mengantuk disorongkan bantal tau. Alhamdulillah boleh la mama mencuba guna Phiro Back Support untuk membetulkan tulang pinggang mama.
Diperbuat dari bahan jenis velcro supaya mudah melekat
Jonlivia Phiro Back Support ini merupakan keluaran Jonlivia Malaysia untuk digunakan mengatasi masalah sakit pinggang atau sakit belakang yang teruk. Selain itu, Phiro Back Support ini membetulkan postur tulang badan dan melatih tubuh badan menjadi tegak seperti biasa. Bagi yang kerap membongkok ketika duduk, disarankan memakai Phiro Back Support ini selama 1 - 2 jam setiap hari untuk mendapatkan keputusan yang memberangsangkan.
Phiro Back Support ini diperbuat dari material yang tidak panas, tahan lasak dan mudah untuk dicuci. Ia sangat sesuai digunakan dimana-mana sahaja samada ketika kegunaan di rumah, di pejabat, ketika memandu dan malah ia sesuai digunakan ketika aktiviti riadah di luar. Phiro Back Support ini sejenis Unisex so boleh la guna dengan encik suami bergilir-gilir dan saiz Phiro ini terdapat 3 saiz berbeza iaitu S, M & L.
Kelebihan Phiro Back Support :-
- Membantu memulihkan postur badan yang lemah
- Membantu melatih tubuh badan anda serta menjaga bahu
- Membantu membetulkan Scoliosis dan masalah kelengkungan dan cacat tulang belakang
- Membetulkan kembali bahu, meluruskan leher dan menjajarkan tulang belakang
- Membantu melegakan sakit belakang, sakit bahu dan sakit kepala
- Melangkah dengan yakin seperti model dengan postur badan yang betul
Cara-cara Memakai Jonlivia Phiro Back Support
Bagi yang mengalami sakit belakang mama syorkan korang kena ada satu benda ni di rumah untuk kegunaan bersama keluarga. Dengan adanya Phiro Back Support ini kita boleh selamatkan tulang belakang dari sakit yang berterusan kelak.
Sebarang maklumat dan pembelian Jonlivia Phiro Back Support boleh layari :
Website : www.jonlivia.com
Facebook : www.facebook.com/jonlivia
Instagram : www.instagram.com/jonlivia
Love,