Advertorial

Hias Bilik Tidur Anak Akan Jadi Mereka Lebih Bijak

11:31 AM

Sekarang anak-anak mama dah besar, mama memang asingkan tempat tidur dengan mama papa. Sebelum itu, mama sendiri ubah dan hias bilik tidur mereka agar sentiasa nampak menarik agar mereka tidak risau tidur pada sebelah malam. Oleh itu, mama akan menghias bilik mereka dengan hiasan yang menarik, comel dan warna bilik yang cantik. Betulkah reka bentuk bilik tidur akan membuatkan mereka jadi lebih bijak? 

Menurut pendekatan ‘Reggio Emilia’ tentang pendidikan awal kanak-kanak, persekitaran fizikal memainkan peranan yang amat penting untuk perkembangan kanak-kanak. Selain itu pendekatan ini juga mengibaratkan persekitaran itu sebagai “guru ketiga” bagi kanak-kanak, selepas ibu bapa dan guru mereka. Bilik tidur adalah persekitaran pembelajaran yang pertama bagi anak anda. 

Memandangkan proses pembelajaran bermula sejak dari awal dan dari rumah, sewajarnya suasana bilik tidur anak anda haruslah berada dalam keadaan yang optimum untuk perkembangan mental mereka. Kathy Walker, pakar bidang keibubapaaan dan pembelajaran antarabangsa pernah berkata, 

“Childhood is filled with natural wonder and curiosity. The learning environment must reflect a classroom and outdoor space that inspires a sense of wanting to investigate, to find out, and to explore”. 

Menurut falsafah ini, bilik kanak-kanak haruslah direka supaya persekitarannya dapat menggalakkan tiga aktiviti penting; tidur, bermain dan mengemas. 

Aktiviti Bilik Tidur 1 : Tidur 

Objektif utama untuk bahagian ini sangat jelas dan seharusnya menggalakkan tidur malam yang nyenyak. Pada usia awal, tidur sangat penting untuk kesihatan fizikal dan perkembangan otak kanak-kanak. Untuk memastikan mereka dapat tidur dengan nyenyak, menggunakan warna pastel seperti biru muda, hijau atau merah jambu di bahagian kepala katil. Ini akan membantu dalam mereka suasana yang tenang dan tenteram. 

Selain itu, anda juga boleh menetapkan tema untuk bilik tidur tersebut bagi meningkatkan daya imaginasi dan idea kreatif kanak-kanak sebelum mereka masuk tidur.


Aktiviti Bilik Tidur 2 : Bermain 

Bermain semestinya aktiviti yang paling digemari oleh semua kanak-kanak. Bermain juga penting untuk kemahiran sosial, emosi dan kognitif mereka. Dengan bermain kanak-kanak akan belajar cara untuk berinteraksi dengan dunia sekelilingnya dan ini adalah cara utama untuk penemuan. Bergantung pada saiz bilik, ibu bapa boleh pilih untuk mengadakan ruangan bermain dalam bilik tidur atau di bahagian lain di rumah. 

Rancang untuk mewujudkan suasana yang menggalakkan anak-anak untuk berinteraksi. Menurut satu kajian yang telah dijalankan di Sydney, suasana tersebut dapat diwujudkan dengan meletakkan barangan yang tidak mempunyai tujuan khusus, seperti kotak terpakai. 

Permainan tidak berstruktur akan menggalakkan kanak-kanak untuk menentukan cara bermain dengan sesuatu barangan tersebut. Anda juga boleh mengadakan ‘dramatic play’ dengan meletakkan prop seperti meja, dapur, pakaian, makanan dan anak patung agar mereka boleh bermain ‘masak-masak’ dan ‘rumah-rumah’. Prop juga boleh digunakan untuk mereka suasana kedai roti, klinik, balai bomba dan sebagainya.


Selain itu, anda juga boleh menyediakan alatan yang mencungkil bakat seni dalam diri anak-anak. Papan putih untuk mereka conteng dan berkarya serta bahan untuk diukir atau diwarna pasti menarik minat mereka. Kerja seni seringkali memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Gantung hasil seni mereka sebagai tanda kejayaan dan kebanggaan. 

Yang utama sekali, pastikan anak anda terlibat dalam proses mereka bentuk bilik mereka untuk menghasilkan rasa pemilikan dalam diri mereka dan seterusnya buat mereka rasa suka untuk kemas semula bilik selepas selesai bermain. 

Aktiviti Bilik Tidur 3 : Mengemas 

Seperti bermain, mengemas juga merupakan salah satu cara tidak formal untuk kanak-kanak belajar. Pada peringkat awal ibu bapa harus kemas dan susun barang di tempat yang sepatutnya. Kemudian, anak-anak haruslah ditugaskan untuk memastikan semua barang disusun mengikut susunan awal tadi. Aktiviti ini akan mengajar kanak-kanak tentang rasa tanggungawab dengan barang mereka. Apabila kanak-kanak mengemas, meraka akan belajar cara bersosial serta meningkatkan kemahiran motor mereka.


Optimumkan penggunaan dinding dengan memasang rak yang panjang. Kaedah ini sangat berguna sekiranya anda mempunyai ruang yang terhad. Selain boleh dijadikan tempat untuk menyimpan buku, rak itu juga boleh digunakan untuk meletakkan hiasan dan alat tulis. Kotak juga boleh digunakan sekiranya anda perlukan lebih banyak ruang simpanan. 

Apakah rekabentuk yang ANDA akan sediakan untuk bilik anak anda? Adakah anda sudah bersedia untuk memberikan suasana terbaik untuk perkembangan awal anak anda? 

Jika anda perlukan bantuan untuk memilih tema, warna, perabot yang sesuai atau ingin menambah kabinet dan katil untuk bilik tidur anak anda, RecomN.com sedia membantu anda. 

RecomN mempunyai beratus-ratus juruhias dalaman dan kontraktor ubahsuai yang terlatih dan berkelayakan di seluruh Malaysia untuk merealisasikan perancangan anda. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.recomn.com

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook