Wanita dengan bags tangan memang tidak dapat dipisahkan. Asal bags tu cantik sikit jer boleh buat hati gundah gulana nak memilikinya. Padahal dah banyak bags dari pelbagai size tapi tetap akan beli untuk menyesuaikan dalam keadaan majlis tertentu. Hanya wanita sahaja yang paham kenapa bags wanita sangat banyak. Hahaha lelaki mana perlu bags tetapi mereka suka benar tumpangkan purse dan telefon dalam bags wanita. betul tak???
Ok memandangkan ramai wanita suka sangat dengan hand bags, meh sini mama nak bagi tips-tips penting membeli bags wanita. Tips-tipsnya adalah :-
- Keperluan
Kenal pasti keperluan bags untuk dipakai pada waktu bekerja, bersiar-siar, travel atau menhadiri majlis. Bagi lain keperluan lain jugalah jenis bags yang perlu dibeli. Contohnya bags untuk pakai pergi kerja so tak boleh pakai semasa majlis dinner. Hahh salah tau rasa macam tak kena gaya pulak kalau pakai bags macam tu.
- Kegunaan
Ok kalau bab kegunaan bags ni sebagai mak-mak wajib membeli bags yang besar sebab boleh sumbat segala khazanah seperti purse, mekap bag, pampers anak, botol susu anak, baby wipes dan lain-lain lagi. Hahh kalau macam ni wajib kena beli yang besar. Tapi bagi yang bekerjaya harus cari yang sesuai untuk muatkan laptop, buku dan barang kerja. Kalau nak keluar dating tak perlu la besar just boleh muatkan purse, sedikit barang mekap dan telefon sudah memadai.
- Harga
Kenal pasti bajet untuk beli bags baru. Bab ini korang kena pentingkan lifestyle dan jenama serta kewangan bajet korang. Bukan apa harga tak menentukan kualiti tapi biasanya harga dikaitkan dengan style si pemakai. Bagi mama cukuplah bags itu design menarik, harga berpatutan dan kualiti menarik cukup memadai. Bagi yang minat dengan branded itu hak memasing. Mungkin setiap wanita ingin kepuasan dalam memiliki bags berjenama seiring dengan rewards diri sendiri apabila penat bekerja.
- Kualiti
Kalau bab kualiti mesti akan dikaitkan dengan jenama. Lebih berjenama bags tersebut lebih berkualiti bagi si pemakai. Contoh sesuatu bags berkualiti pasti ia tahan lama dipakai tapi ia pasti harga cukup mahal. Bagi bags yang tidak berkualiti dan harganya jauh lebih murah pastu banyak kali bags tersebut kena repair kan. Jadi alang-alang membeli pastikan cari kualiti bags yang terbaik.
- Design
Akhir sekali tips adalah design yang menarik. Setiap wanita mesti membeli bags disebabkan design yang cantik dan trendy. Bagi mama akan pilih design yang cantik dan up to date untuk pakai setiap hari. Selalunya elemen ini bergantung kepada seseorang buat pilihan beli design bags. Jangan la korang muda tapi hand bags macam makcik-makcik style pulak. So pilih bags yang sesuai dengan jiwa korang dan juga untuk majlis yang sesuai
So, korang dah boleh bayangkan bags yang akan menjadi pilihan hati korang nanti. Bagi yang suka beli secara online, bolehlah beli bags di website Zalora sebab di sana pelbagai design, style dan harga yang menarik. Confirm korang rambang mata nak buat pilihan bukan. Selain itu boleh juga korang beli dengan bajet yang korang ada. Apa lagi jom cari women bags di website Zalora sekarang.