Event Review

Majlis Pembukaan SiHAF Arabic Restaurant Di Shah Alam, Selangor

12:26 PM

Majlis Pembukaan SiHAF Arabic Restaurant Di Shah Alam, Selangor | Makanan Arab telah mendapat dalam hati di kalangan rakyat Malaysia tidak kira bangsa. Kerana kesedapan makanan Arab yang datang dari sana sedikit sebanyak boleh jadikan makanan kegemaran semua orang. Dengan pelbagai menu yang disajikan seperti Nasi Arab, Shawarma serta manisan yang sedap telah popular dan sangat istimewa untuk menerima juadah ini tidak kira masa.


Pada Sabtu lepas 16 December 2017, mama dan sekeluarga dijemput untuk satu majlis pembukaan restaurant iaitu SiHAF Arabic Restaurant di Seksyen 14 Shah Alam Selangor. Kalau sebut sahaja makanan Arab ni dah semestinya menu yang dihidangkan makanan Arab bukan. Tak sabar nak mencuba nasi Arab di sini. Sedap ker tidak nanti mama cerita ok. Dengarnya ada menu unik iaitu nasi Arab dalam buluh. Woww lain sangat ni...


Restaurant Sihaf dinamakan sempena dengan konsep yang disebutkan dalam Al-Quran yang bermaksud pinggan emas.

Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas dan di dalam surga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal di dalamnya. - Surah Az-Zukhruf, Ayat 71.

Logo restaurant ini merujuk kepada namanya. Selain itu, ia mengandungi tiga segitiga melengkung kerana tiga adalah antara nombor ganjil yang selalu disebut dalam Sunnah dan juga jumlah hidangan dalam sehari seperti masyarakat amalkan. Juga corak traditional yang menghiasi segitiga melengkung ini melambangkan budaya Islam dan warna yang digunakan mencerminkan negara-negara Islam.


Dengan nama dan logo yang dipilih ianya seperti satu penghormatan kepada konsep-konsep Islam dan mengundang rahmat kepada pelanggan-pelanggan di SiHAF Arabic Restaurant. Dari segi hiasan susun atur meja dan kerusi di dalam restaurant ini boleh bayangkan betapa eksklusif bak istana. Uniknya dengan hiasan dinding restaurant ini menampakkan hiasan dalaman sangat classy dan cukup gah di mata semua yang hadir. 



Inilah Shawarma atau di Malaysia dikenali sebagai kebab. Shawarma ni sedap dimakan panas-panas dibalut dengan roti dan isi ayam yang dipanggang serta diletakkan bersama salad dan sos dalamnya. Tidak cukup satu mesti 2 shawarma akan dimakan ketika lapar. Selain itu, kalau dah makanan Arab ni semestinya Nasi Arab. Mama mencuba Nasi Arab dengan kambing dan juga ayam memang sedap. Kambing dan ayam dimasak dan isinya sangat lembut dan tak liat. Ehh sedaplah korang kena cuba tau.

Sedap weh nasi Arab ni.. meat ball tu rasa betul-betul 100% daging takder rasa tepung langsung. Terbaiklah.

Credit Pic dari +Ida Baharum 

Acara perasmian dengan sesi memotong reben oleh pengasas Restaurant SiHAF sendiri. Kemudian chef-chef dari SiHAF Restaurant menyediakan shawarma terpanjang di Malaysia dengan disaksikan sendiri oleh tetamu-tetamu yang hadir pada hari tersebut. 


Credit pic dari www.ayuarjuna.blogspot.my

Yang menariknya di SiHAF Arabic Restaurant ini menyediakan nasi beriani yang dimasak dalam buluh. Ini sesuatu yang menarik dan unik kerana gabungan Arab dan Melayu dalam satu resepi. Agak menarik untuk dicuba kerana di SiHAF menyediakan menu yang unik untuk tarikan tetamu yang hadir. Korang boleh datang ke restaurant SiHAF untuk mecubannya tau.

Terdapat persembahan nasyid dan kebudayaan arab yang menghiburkan tetamu yang hadir serta sambil menikmati hidangan yang disediakan di SiHAF Arabic Restaurant. 


Terima kasih SiHAF Arabic Restaurant kerana menjemput mama sekeluarga untuk memeriahkan majlis ini. Semoga SiHAF Arabic Restaurant terus maju dengan hidangan yang cukup memukau di mata pengunjung yang hadir. Bagi warga Shah Alam dan yang berdekatan bolehlah datang untuk mencuba makanan Arab yang sedap di sini. Mama jamin korang puas hati dengan sajian yang sangat terpesona dengan hidangan yang cukup lazat.

Untuk maklumat lanjut :-

SiHAF ARABIC RESTAURANT
B-LG-1, Shop Lot Vista Alam
Jalan Ikhtisas, Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor

Telefon : 011-111 0500 / 03-5524 6524
Website : sihafrestaurant.business.site
Facebook : www.facebook.com/sihafrestaurant

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook