Product Review

Rambut Kekal Sihat & Lebat Dengan Tonic Dan Serum Dari HAIR MAX+ MALAYSIA

12:36 PM

Rambut Kekal Sihat & Lebat Dengan Tonic Dan Serum Dari HAIR MAX+ MALAYSIA | Rambut yang cantik dan lebat adalah setiap keinginan setiap wanita. Tak kira lah rambut panjang atau pendek asalkan rambut lebat sudah memadai. Macam mama sendiri memang mempunyai masalah rambut gugur dan tak tebal. Tambah lepas bersalin makin teruk sampai rambut tak lebat langsung. Itu belum lagi gugur ketika mandi dan sikat rambut. Korang nak tak Rambut Kekal Sihat & Lebat Dengan Tonic Dan Serum Dari HAIR MAX+ MALAYSIA. Nak tahu apa itu tonic dan serum Hair Max+ jom baca sampai habis.


Baru-baru ini mama diperkenalkan dengan produk rambut iaitu tonic dan serum dari Hair Max+. Dengan adanya tonic dan serum ini boleh merawat masalah rambut seperti rambut gugur, kurang rambut, rambut reput dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan semua, Hair Max+ Malaysia telah diasaskan oleh Dato Foo Mei Yen dan Sean Phan pada Disember 2016. 

Mereka memulakan perniagaan dengan mengeluarkan produk penjagaan rambut yang mudah guna dan berkesan pada harga yang berpatutan. Hair Max+ Malaysia ini telah berkembang di serata salon dan hasilnya yang sangat luar biasa daripada pelanggan. 

Untuk kali ini mama akan review produk Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula) dan Hair Max+ Anti Hair Fall Serum. Antara produk Hair Max+ yang lain adalah :-
  • Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula)
  • Hair Max+ Hair Growth Tonic (Medium Formula)
  • Hair Max+ Anti Hair Fall Serum
  • Hair Max+ Anti Hairfall Shampoo
  • Hair Max+ Anti Hairfall Conditioner

Hair Max+ Anti Hair Fall Serum adalah formula yang unik dengan campuran bahan semualaajdi yang terbukti dapat membantu rambut kelihatan lebih panjang, tebal dan lebat. Serum ini mudah digunakan dan berfungsi untuk : 
  • mengurangkan rambut luruh sehingga 90%
  • blok hormon DHT pada kawasan kulit kepala
  • mengaktifkan semula folikel rambut yang tidak aktif
  • mempercepatkan pertumbuhan rambut
  • melembutkan folikel rambut
  • menguatkan akar rambut
  • sangat sesuai bagi rambut nipis dan botak
Antara bahan utama dalam Hair Max+ Anti Hair Fall Serum seperti minyak gooseberry liar, minyak kelapa, minyak pati lavender dan 3 bahan semulajadi yang lain. Cara penggunaan sangat mudah hanya sapu setiap hari tapi dalam kuantiti sedikit. Hanya dalam 1 atau 2 picit sahaja sudah cukup untuk sapu pada bahagian kulit kepala kerana serum ini sangat berminyak. Urut perlahan-lahan pada bahagian kulit kepala hingga serap ke bahagian kulit.


Tempoh keputusan antara 1 hingga 2 minggu dan bergantung kepada rambut seseorang yang menggunakan serum ini. Kandungan Hair Max+ Anti Hair Fall Serum ini mengandungi 30 ml dan harga hanya RM85.00.

Review Mama
Untuk Hair Max+ Anti Hair Fall Serum ini tekstur sedikit berminyak dan bau minyak kelapa dan lavendar yang wangi. Selalunya mama pakai sebelum tidur untuk mengelakkan rambut mama berminyak. Mama pun baru jer pakai dalam seminggu macam tu so belum nampak keputusan sepenuhnya cuma yang mama perasan dekat permukaan kulit kepala dah nampak anak rambut baru tumbuh. Jadi kena rajin sapu dan urut pada setiap malam untuk pertumbuhan rambut baru dengan cepat.


Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula) membantu pertumbuhan semula rambut dan sangat sesuai untuk rambut yang nipis dan botak. Tonik ini dengan formula yang sangat kuat untuk membantu mengaktifkan semula folikel rambut yang tidak aktif. Diperbuat daripada ramuan semulajadi yang terbaik. 

Penggunaan tonik ini sangat mudah. Hanya sembur di permukaan kepala apabila kita mahu. Selalunya boleh digunakan lepas mandi. Korang disyorkan tonik ini disimpan dalam peti ais dahulu untuk memberikan kesegaran ketika sembur di kepala. Tempoh keputusan dalam 2 hingga 3 minggu penggunaan yang konsisten. Kandungan Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula) ini mengandungi 150 ml dan harganya hanya RM115.00.


Review Mama
Untuk Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula) ini tekstur dia air dan bau dia agak kuat sedikit. Yang bestnya tonik ni memang rasa segar selepas sembur di permukaan kepala. Untuk lagi segar boleh disimpan dalam peti ais kemudian spray apabila diperlukan. Keputusan tonik ini mama masih belum nampak sepenuhnya tetapi mama akan menggunakan secara konsisten untuk melebatkan rambut mama ni. 

Ini adalah gambar-gambar testimoni yang telah berjaya menggunakan produk Hair Max+ ini. 



Bagi yang ingin dapatkan produk Hair Max+ ini boleh dibeli secara berasingan atau secara combo Hair Max+ Anti Hair Fall Serum Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula) dengan harga RM200.00 serta penghantaran percuma.

Khas untuk follower blog MamaJue Story, Hair Max+ akan memberikan 10% diskaun bagi setiap pembelian produk Hair Max+. Korang hanya perlu nyatakan kod diskaun dibawah ini bagi pembelian melalui Facebook Page Hair Max+ Seremban atau melalui whatsapp 012-364 9931.

"MAMAJUESTORY10"

Untuk maklumat lanjut dan pembelian Hair Max+ boleh hubungi :-

Telefon : 012-364 9931

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook