Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.
ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.
Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.
ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan yang cantik ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.
ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml.
Body Lotion ENCHANTEUR juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60.
Deodoran ENCHANTEUR hadir dalam pelbagai bentuk / format-stik dan bebola yang berharga RM4.90
Perfumed Deo Mist ENCHANTEUR hadir dalam pelbagai bentuk semburan yang berharga RM8.40
Perfumed Talc ENCHANTEUR pula berharga dari RM4.40 hingga RM11.80.
Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my , lawati Instagram @enchanteurmy dan Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.
Love,