Sebelum mama nak melalut panjang2 lebar, mama nak ucapkan terima kasih kat Fiza sebab ajak dating Sabtu baru2 ni untuk food tasting di kafe Viet - Thai Canteen Cyberjaya. Dan terima kasih banyak2 kepada Viet - Thai Canteen menghidangkan pelbagai makanan yang sangat lazat sampai terlupa diri ni sedang diet.. heheheh tak apa.. bukan selalu.. ^____^
Memula dengar kafe Viet - Thai Canteen memang unik.. awat la nama kafe ni canteen kan.. canteen sekolah ker.. hahahha.. tapi dah dengar Viet - Thai sure makanan dari Vietnam & Thailand.. kalo mama nak pergi sana mau makan tahun ni.... hehehhe.. tunggu September ni baru nak pergi Bangkok.. ehhh.. Kafe ni baru jer bukak sebulan yang lepas.. kira baru lagi lah... Untuk pengetahuan semua bayaran di sini NO GST tau!!! hahhh apa lagi jom la cuba makanan Vietnam disini..
Senang jer nak cari kafe ni..
Untuk dekorasi dalam kafe ni berkonsepkan macam canteen tapi sangat simple... suka mcm ni dari penuh barang...
Hiasan dinding
Sambil makan sambil menikmati gambar2 disini...
Tengok harga-harga di kafe ni sangat berbaloi yer.. yang pasti NO GST..
First kami dihidangkan dengan Iced Lemongrass Pandan Tea.. bagus sangat air tea ni.. boleh buat penyejuk badan...
Hidangan istimewa di sini adalah Vietnamese Rice Paper Roll.. hehehe jakun ok.. memula siap tanya Miss Lenglui.. ehh macam plastik jer.. hahah boleh makan dia kata jangan risau.. hahahha
Mudah jer nak buat.. memula sapu air pada rice paper kemudian letak jer bahan-bahan yang disediakan.. tapi dah D.I.Y kan mama letak jer kuah atas bahan-bahan tu...
Kemudian gulung macam nak buat popia.. walaweh comel la.. sesuai sangat untuk orang diet ni..
Apa lagi ngap la.. nyum nyum.. u all harus cuba.. bukan senang nak dapat di Malaysia ni.. kat Viet - Thai Canteen jer ok..
Yang seterusnya kami dihidangkan dengan Vietnamese Drip Coffee.. Macam pelik kan alat bancuhan dia.. memang takder kat Malaysia benda ni.. hanya ada di Vietnam sahaja yer..
Ada 2 perasa kopi asli yang diimport dari Vietnam iaitu Home Blend & Special Blend.. Siapa pengemar tegar kopi harus cuba kopi disini.. sangat sedap kopi Vietnam ni...
Side dish disini Pandan Chicken Parcel, Hatyai Fried Chicken Wing, Thai Fish Cake & Green Papaya Salad. Semua ni feveret mama.. sebab mama kan tak makan nasi kalo hidang ni semua kenyang sehari.. yang paling sedap pandan chicken memang ummphhh lah.. dan yang paling sedap somtam tu.. habis kami makan...
Hahh ini memang mama nak rasa sangat sebab mama hantu sup.. kalo sapa baca blog ni mama rajin masak sup kan.. so disini ada jugak menyediakan noodle soup. Viatnamese Beef Noodle Soup, Viatnamese Chicken Noodle Soup & Siamese Laksa.. ketiga-tiga ni sedap.. yang paling sedap beef memang recomendend sangat.. aduhh sambil taip sambil terliur dah ni.. nanti boleh repeat lagi...
Dan yang terakhir adalah Rice Dish iaitu Viatnamese Grilled Lemongrass Chicken Leg & Vianamese Grilled Lemongrass Lamb Chop. Yang ni sapa yang suka makan chicken or lamb grilled harus cuba.. hehehe aku sure makan lauk jer kan sebab nasi tak makan.. dedua sedap sebab diperap dengan rempah serai yang dibuat sendiri.. memang terbaik lah...
Alhamdulillah.. semua makanan sangat sedap & kami berpuas hati. Terima kasih kepada pihak cafe Viet - Thai Canteen & Miss Lenglui yang sangat la peramah.. InsyaAllah kami akan datang lagi sini.. Hahh kalo uolls nak mencuba makanan Vietnam boleh la datang disini.. dijamin sedap yer...
VIET - THAI CANTEEN
No. 6, Block E, Jalan GC 4 Glomac Cyberjaya,
Cyber 12, Cyberjaya
Facebook : https://www.facebook.com/viet.thai.canteen
No Phone : 03-8322 6986