Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1 Bagi Yang Lahir Tahun 2013 & 2014

10:28 PM

Khas buat ibu bapa kepada anak-anak Warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2013, 2014 dan hari pertama 2015. Mulai esok 1 Mac 2018, ibu bapa dah boleh start apply online ya. Nasib mama takder anak yang lahir tahun tu. Sekarang ni ibu bapa tak perlu lagi isi borang kat kertas dah. Korang kena isi online sahaja kan senang. Yang mana takder pc kat rumah kena la pergi ke cybercafe yer. 


Tarikh Lahir : 2 Januari 2013 - 1 Januari 2014 [Tahun Persekolah 2020]
Tarikh Lahir : 2 Januari 2014 - 1 Januari 2015 [Tahun Persekolah 2021]

Pendaftaran dibuka awal 2 tahun sebelum persekolah bermula untuk dapatkan penempatan di sekolah pilihan ibu bapa. Kena awal yer mak-mak sebab sekarang budak sangat ramai. Kalau lambat takut tak dapat sekolah yang berdekatan dengan rumah. 

Apa yang korang perlu buat?
  • Daftar online
  • Sediakan sekali buku imunisasi anak untuk key in dalam form online
  • Print borang online 
  • Sediakan dokumen yang disenaraikan berserta borang [Surat Beranak, Bil Air, Bil Elektrik, dll]
  • Bawa borang tersebut ke sekolah untuk pengesahan penempatan di sekolah pilihan
Untuk daftar online di https://public.moe.gov.my/ akan dibuka esok 1 Mac 2018 jam 10.00 pagi. So, ibu bapa take note ya. Selamat mendaftar anak-anak ke sekolah. 

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook