Resepi Noxxa

Dodol Noxxa

12:36 PM

Ini kali ke dua aku cuba buat dodol dalam noxxa.. yang pertama kali buat dah selamat masuk dalam tong sampah.. tak jadi.. tak tau sebab apa.. dah la kaler tak jadi hitam sah2 memang gula merah salah.. hahah pehtu jadi keraih semacam.. sure dah tertukar tepung pulut n beras.. muahahha.. korang gelak yer.. kali ni kena teliti betul2 nak buat dodol... kang salah mampuih den.. Alhamdulillah menjadi dodol noxxa kali ni.. boleh la tekak nak makan kan.. kira jadi la dodol tu.. nak sebijik macam dalam kawah memang tak la.. itu 4 hari 4 malam jenuh kacau.. kahkahkah.. Dah ada noxxa beli mahal2 kita kena berani cuba.. gasak kan jer noxxa tu sebab macam2 leh buat kan.. apa ada hal.. Jom kita tengok bahan2 & cara2nya... 

Bahan-bahannya :-
* 1/2 cup gula pasir
* 1 cup gula merah
* 1 cup santan
* 1 cup tepung pulut
* 1 sudu besar tepung beras
* Secubit garam
* 3 helai daun pandan

* Boleh gandakan bahan2 untuk dapat dodol yang banyak.. 

Cara-caranya :-

Blenderkan semua bahan2 kecuali daun pandan. kemudian tapiskan dan masukkan ke dalam inner noxxa

Setelah itu simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi

Tutup periuk noxxa dan steam kan selama 4 minit, ulang selama 3x.. 
1st - Steam 4 minit, buka penutup & kacau
2nd - Steam 4 minit, buka penutup & kacau
3rd - Steamkan lagi 4 minit, buka penutup & kacau. Dah siap...

* Sila kacau dengan sekuat hati untuk mengelak dodol tu berketul2 yer.. hahaha boleh jadi hakak sado lengan ni kacau dodol noxxa.. kekekke

Finally letak sedikit minyak untuk tidak melekat pada bekas..  Siap.. 12 minit dodol dah siap.. kalo korang gandakan 2 maknanya 24 minit lah.. jadi lah dodol tak perlu kacau guna kawah.. hehhehe mama moden kan... cepat & pantas.. yang pasti tak perlu beli.. ngeeee

Selamat Mencuba

/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook