Jakel Meraikan 200 Pemenang Cabutan Bertuah Pakej Umrah | Dapat cabutan bertuah dengan hadiah Pakej Umrah secara PERCUMA? Siapa tak mahu bukan dan rezeki tak salah alamat kepada yang menyertainya. Sememangnya ramai yang impikan hadiah seperti ini rasa macam hadiah turun dari langit. Inilah wajah-wajah 200 pemenang cabutan bertuah pakej Umrah sempena kempen Peraduan Beli & Menang Jakel pada Jualan Akhir Tahun 2017 yang lalu.
Jakel sinonim dengan tagline "Ingat Kain, Ingat Jakel" dan siapa tak kenal dengan Jakel bukan. Jakel merupakan gedung pakaian dan kain yang terkemuka di seluruh Malaysia. Setiap tahun Jakel mengadakan jualan kain dan mengadakan Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 yang diadakan pada Jualan Akhir Tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia.
Pada Jualan Akhir Tahun 2017 yang lepas, Jakel meneruskan kempen Peraduan Beli & Menang dengan memberi peluang kepada pelanggan setia Jakel memenangi hadiah pakej ibadah Umrah selain menawarkan hadiah lain berupa wang tunai pada setiap minggu. Peraduan ini menggunakan kaedah dimana pelanggan yang berbelanja di Jakel dengan pembelian RM1,000 keatas layak untuk menyertai dan mengisi maklumat di kupon penyertaan serta memasukkan kupon tersebut ke dalam kotak yang disediakan.
Seramai 50,000 penyertaan peraduan ini dan dikumpulkan selama 30 minggu sehingga cabutan hadiah dilakukan. Pada 29 November yang lalu, Jakel meraikan 200 pemenang bertuah dari seluruh Malaysia untuk menunaikan ibadah Umrah secara PERCUMA ke Tanah Suci Mekah. Sempena majlis tersebut pihak Jakel memberi penyerahan sebagai tanda penghargaan kepada 200 bakal jemaah Umrah dan juga pemberian mock-up cek turut diserahkan kepada pihak Alkhatiri Travel & Tour Sdn Bhd.
Menurut Datuk Mohamed Feroz Mohamed Jakel berkata pernigaan Jakel bukan sahaja mahu mengaut keuntungan semata-mata malah beliau turut memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada pelanggannya membawa pelanggan bertuah mengerjakan ibadah Umrah secara percuma. Dengan adanya peraduan seperti ini Jakel mengambil tanda terima kasih dengan mengembalikan semula sokongan dan berkongsi semula keuntungan bersama para pelanggan.
Antara pemenang lelaki peraduan Beli & Menang Pakej Umrah tajaan Jakel Trading bersama CEO Jakel Trading
Antara pemenang wanita Peraduan Beli & Menang Pakej Umrah tajaan Jakel Trading bersama CEO Jakel Trading
Mama sendiri melihat wajah 200 pemenang yang bertuah mengatakan mereka amat terkejut dengan panggilan dari pihak Jakel mengatakan mereka pemanang bertuah tersebut. Bayangkan wajah-wajah ceria mereka yang tidak percaya dan rezeki mereka tertulis apabila menyertai Peraduan Beli & Menang Jakel dan masing-masing bersyukur kerana dijemput menjadi tetamu terpilih ke Tanah Suci Mekah.
Antara 200 pemenang tersebut dan mama terjumpa salah seorang kenalan di Facebook iaitu Puan Haslinda dari Alor Star Kedah. Beliau sangat terkejut menerima panggilan dari pihak Jakel kerana telah memenangi peraduan ini. Syukur tak terkata memang ada niat untuk mengerjakan Umrah dan Jakel telah merealisasikan impiannya secara percuma. InsyaAllah Kak Haslinda akan berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama ibu tersayang bagi menunaikan Umrah pada awal tahun 2019 nanti.
Jangan lupa "Beli Awal" Tempah Awal dari 23 November 2018 hingga 6 Januari 2019 di Jakel bersempena Jualan Akhir Tahun 2018. Pelbagai promosi menarik akan diadakan termasuklah potongan separuh harga akan diberikan dengan menawarkan koleksi kain-kain terbaru untuk tahun 2019. Jualan Akhir Tahun kali ini lebih menarik dengan kemasukan kain baru yang bercorak lebih fresh dan trendy sesuai untuk semua golongan terutama para wanita dan keluarga serta termasuklah koleksi terkini Hanis Zalikha Ramadan 2019 yang bakal menjadi pilihan ramai.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jakel boleh layari :-
Facebook : www.facebook.com/jakeltextile
Instagram : www.instagram.com/jakeltextile