Wedding Planner

Pakej Perkahwinan Ani Catering & Wedding Planner Di Dewan SinggahSana Pengantin Shah Alam

11:40 PM

Setiap orang impikan perkahwinan yang cukup indah dan lancar dari mula hingga selesai majlis. Bukan mudah untuk sesebuah majlis perkahwinan diadakan jika tidak ada planning yang sebetulnya. Masuk sahaja bulan Disember makin banyak la musim perkahwinan di mana sahaja. Sekarang ni nak buat majlis cukup mudah hanya upah sahaja wedding planner dan semuanya siap tanpa perlu risau lagi. Dengan Ani Catering & Wedding Planner bakal merealisasikan impian pasangan pengantin dan telah buka Dewan Pengantin Singgahsana di Shah Alam.


Pada Sabtu minggu lepas, mama dijemput untuk menghadiri Open Day Ani Catering & Wedding Planner di Dewan Singgahsana Pengantin Shah Alam. Untuk pengetahuan semua, Dewan Singgahsana Pengantin ini merupakan dewan pengantin Ani Catering & Wedding Planner itu sendiri. Dengan moto Kepuasan Pelanggan, Keutamaan Kami! mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelbagai jenis majlis perkahwinan dan terbaik memberi perkhidmatan butik andaman juga. Bukan itu sahaja malah turut menawarkan pakej lengkap termasuklah khemah, dewan, jurugambar, juruvideo, pelamin, PA Sistem serta termasuklah hidangan bertemakan fusion tempatan hingga antarabangsa. 



Dulunya Dewan Singgahsana Pengantin ini merupakan tapak pasar Seksyen 28 Shah Alam dan pihak Ani Catering & Wedding Planner telah membeli dan ubah suai sehingga jadilah Dewan Singgahsana yang cukup cantik sampaikan langsung tidak nampak seperti pasar. Memang kagum sangat dengan pihak Ani Catering yang inginkan dewan ini dijadikan Dewan Pengantin yang cukup indah yang mampu memuatkan kira-kira 500 orang dalam satu-satu masa.




Sebut sahaja Open Day Ani Catering & Wedding Planner mama berkesempatan untuk menjamu selera dan merasa kesemua hidangan dari pihak Ani Catering. Seriously semuanya sedap-sedap patutlah Ani Catering & Wedding Planner ini kukuh hingga sekarang. Selain dari pihak Ani Catering, terdapat pelbagai vendor yang hadir untuk mempamerkan hasil jualan serta mempromosikan produk mereka kepada bakal pelanggan seperti goodies, cookies, popcorn, kek, brownies, pakej photographer dan lain-lain lagi. 

Nasi kenduri dan juadah dari Ani Catering yang cukup sedap!!

Pakej perkahwinan yang terdapat di Ani Catering & Wedding Planner ini ditawarkan bermula serendah RM15.90 per pax bagi minimum order 1000 orang. Pakej perkahwinan seperti :-
  • Pakej Budget | RM15,900.00
  • Pakej Jimat | RM18,500.00
  • Pakej Lengkap | RM25,000.00
  • Pakej Gemilang | RM29,500.00


Bukan itu sahaja, di Ani Catering & Wedding Planner ini menawarkan butik pengantin iaitu Anieqa Bridal Boutique. Kira macam pusat sehenti la tak perlu cari busana pengantin atau andaman lain dah, kiranya memudahkan bakal pengantin kesana dan kemari. Pakej yang ditawarkan pun cukup berbaloi dan kesemua busana pengantin baru dan up to date. So korang boleh pilih yang mana berkenan dengan pakej disediakan. 


Goodies yang ditawarkan pun cukup senang

Soft Ice Cream ni ada lagi meriah majlis kahwin korang tau

Pencuci mulut cendol ni pun cukup lazat. Memang sesuai selepas makan nasi pekena pulak cendol sejuk tak gitu.

Nak berarak dengan kereta antik pun Ani Catering & Wedding Planner boleh sediakan. Nak tahu lebih lanjut boleh contact dengan pihak Ani Catering ya.

Pelamin pun cukup gah cantik macam kayangan. 

Apa lagi korang nak cari pakej perkahwinan dengan harga berbaloi, mama recommended sangat Ani Catering & Wedding Planner. Yer lah sekarang ni macam-macam kes pasal wedding planner cabut lari. Giler seram bukan. Tapi Ani Catering & Wedding Planner mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam bidang catering ni. Bayangkan Ani Catering telah buka 3 cawangan di Ulu Kelang, Bandar Baru Bangi dan juga Shah Alam. Nak pakej perkahwinan berbaloi dalam majlis perkahwinan korang boleh cari di Ani Catering & Wedding Planner. Memang terbaik!!

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

ANI CATERING & WEDDING PLANNER

No 15/1 Jalan Reko Sentral 2
Reko Sentral, Bandar Baru Bangi
43000 Kajang
Selangor

Telefon :
019-275 2564
017-320 3060
03-8741 2564

Facebook : www.facebook.com/anicateringandweddingplanner2
Instagram : www.instagram.com/anicateringweddingplaner
Instagram : www.instagram.com/anieqabridalboutique

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook