Pada
Sabtu yang lalu 31 May 2014, aku bersama dengan lebih 60 blogger yang lain
telah pergi melawat kilang Mamee Chef di Melaka. Ini pertama kali aku join
event Nuffnang ni. Memula tu agak malu-malu skit yer lah sapa la MamaJue ni
kan.. hehehheh.. Memang agak teruja la dapat peluang macam ni kan. Rasa macam
retis pun ada.. hahahah…
Meet-up
point untuk para blogger harus berkumpul di Kilang Mamee Subang Jaya jam 8
pagi. Macam biasa la kalo katanya kul 8 pagi ada jugak yang lambat sebab
sesat.. aku Alhamdulillah sampai awal sebab berpandukan GPS.. Kami bertolak
dari Subang Jaya jam 9 pagi dan sampai di Melaka dalam jam 11 pagi..
Sesampai jer semua para blogger duk berselfie
depan Mamee Monster ni..
Pix
dengan semua para blogger. Ramai sangat.. tapi best..
Kalo
sebut Mamee aku just hanya terfikir mee Mamee slurp dan Mamee monster tu jer..
memang aku tak terfikir product dia banyak ok.. Hahaha.. Sebenarnya produk dia memang
banyak, itu pun setelah masuk kilang dia.. aku jer tak tahu semuanya di bawah
satu bumbung Mamee seperti air nutrigen, Mister Potato, Corntoz dan yang
terbaru Mamee Chef.
Setibanya
di kilang kami diberikan sedikit penerangan tentang sejarah penubuhan kilang
Mamee ni dan seorang chef akan menunjukkan aksi beliau membuat mee tarik dengan
hanya menggunakan tangannya… memang terbaik la chef ni.. dan selepas itu sorang
lagi chef yang sangat lenglui buat paste kari laksa.. perghh aroma dia memang
menusuk2 la ke hidung…bau aroma rempah yang sangat sedap.. aku of coz la teruja
nak rasa kesedapan Mamee chef Kari Laksa tu… orang kata tak cuba kita tak tahu
kan.. Untuk produk Mamee ni telah di export ke 100 buah negara. Jadi kalo kita
pergi ke Negara luar jangan bimbang Mamee ada jual disana. Senang la kita nak
makan..
See mee tarik tu sangat halus yer…
Selepas
itu, kami diberi peluang melawat seluruh kilang dari mixing tepung sehingga
packing tapi dari atas la.. hahaha tak apalah.. asalkan boleh tengok kan..
bukan mudah nak dapat peluang macam ni.. tanpa Nuffnang sampai bebila la aku
tak dapat masuk kilang Mamee ni…
Apabila
masuk jer dalam kilang tu terus ada notice No
Camera & No Handphone… Fuhhh tapi kami dapat hak eksklusif dan diberi
kebenaran kepada semua para blogger untuk mengambil gambar disitu.. hahahha bertuahnya..
Untuk pengetahuan korang semua, Mamee mempunyai produk yang disahkan oleh
Halal. Selain daripada itu, Halalan Toyiban telah diberikan kepada Mamee kerana
mematuhi amalan terbaik industri iaitu dalam mengekalkan kualiti dan juga
kebersihan dalam pengeluaran makanan. Alhamdulillah itu yang kita nak dengar
sangat kan. Korang tak percaya tengok sijil-sijil yang diframekan di atas tu..
Penting tu Halal so korang semua jangan ragu2 la yer..
Mixing – Rolling – Cutting – Frying – Cooling –
Slitting
And finally Packing
Selepas
selesai melawat kilang kami terus menikmati hidangan makanan tengahari di Mamee
Gallery. Dan makanan tengahari tersebut disediakan dari Mamee Jonker House.
Perut tengah lapar kan. So apalagi makan la.. Kami dihidangkan dengan nasi ayam
Hainan, satey ayam serta kek yang sangat sedap.
Nasi kepal-kepal macam bola.. pestime tengok macam
ni..
Sebelum beredar dari kilang aku ambil peluang snap
di sini…
Pada
petangnya pula dalam pukul 2, kami beredar terus ke Mamee Jonker House yang
terletak di Jonker Street Melaka. Tak pernah tahu plak aku yang Mamee ni ada
restoran dia.. kalo tahu sebelum ni boleh lah singah dan cuba nasi ayam
Hainan.. Almaklum la anak-anak suka makan Mamee Monster tu.. senang la mama nak
beli..
Teruja jumpa mascot Mamee yang super duper cute..
alolololo
Aktiviti
petang tu di Mamee Jonker House adalah Mamee
Chef Colour My Cup… memang fun fun fun abis la.. setelah habiskan mewarna
cup memasing dan cup tersebut diisi dengan mamee mee serta perasa yang dipilih
sendiri oleh kita. Kira kali ni nampak lebih jelas di depan mata la. so excited…
hehehhehe
Tadaaaa… cup yang aku hasilkan.. simple but nice..
Pantang nampak tempat cute mesti nak selfie jer..
ini mak budak ni.. kalo anak aku lagi happy tengok gambar Mamee Monster ni…
Selfie lagi di depan Mamee Jonker House bersama Umie
& Fiza…
Sebelum
balik aku sempat la beli beberapa produk Mamee untuk dibawa pulang bagi kat
dedua hero kecik kat umah tu.. Terima kasih Mamee Chef atas goodies bag Mamee Chef yang banyak..
Boleh la aku rasa produk Mamee Chef lepas ni.. dan terima kasih tak terhingga
kepada Nuffnang kerana buat event seperti begini.
Untuk lebih lanjut boleh la klik Facebook Mamee Chef di http://facebook.com/mameechef
#MAMEECHEFDAYOUT
Untuk lebih lanjut boleh la klik Facebook Mamee Chef di http://facebook.com/mameechef
#MAMEECHEFDAYOUT
MamaJue & PapaMimi Story