Assalamualaikum semua.. 1 Julai bersamaan 14 Ramadhan.. jap jer rasa dah setengah bulan posa.. pheww korang dah siap ker preparation raya.. aku macam nan ado jer ni.. semua kesahkan anak2 jer dulu.. mama papa kendian.. T___T sian kan.. tak pa lah biar la anak2 happy pun dah ok.. mama tahun ni baju raya yang masih ada kat tailor tak ambik2.. ntah siap ker tak.. pppfffttt setahun wehh leh reput baju tu.. kahkahkah..
Ok pagi ni aku nak marathon update resepi laju2.. giler banyak kat draft blog tapi tak update2.. memang dah kelaut ni.. sampai nak masak apa pun dah tak tau.. parah dah.. macam mana la ibu2 surirumah sepenuh masa kan.. memang aku tabik spring toing toing la depa boleh masak hari2... ini kan ibu bekerjaya pun dah blur nak masak apa.. >___<
Resepi simple bila punya tak hengat.. dah basi dah pun barunak update.. Jom la tengok bahan2 dan cara2nya..
Bahan-bahan :-
* Kacang botol dihiris nipis
* Kelapa parut
* 1 cawan kerang yang direbus
* Bawang besar
* Bawang merah
* Cili Merah
* Udang kering
* Limau nipis
* Gula / Garam
Cara-caranya :-
Blenderkan cili merah, udang kering serta bawang merah. Masakan diatas kuali sehingga mendidih. Setelah itu masukkan kelapa parut dan gaul hingga sebati.
Masukkan kelapa parut yang telah dimasak ke dalam bekas yang telah diisikan dengan kacang botol, bawang serta kerang. Gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam serta gula. Akhir sekali perahkan limau nipis dan gaul sekata..
Siap Kerabu Kacang Botol bersama Kerang..
Selamat Mencuba