Resepi Noxxa

Lopes Noxxa

8:49 AM

Morning semua.. Hari ni hari ke 8 Ramadhan..  lagi 2 hari dah 10 hari.. cepat masa berlalu kan.. Kalo bulan posa kuih lopes ni memang antara pebret juadah kuih untuk berbuka puasa.. kalo dulu memang mama & tok la masak.. dah berjauhan ni kena la ikhtiar buat or beli.. macam biasa selagi aku mampu buat, aku cuba buat.. dah ada noxxa jangan la duk buat tukun kat umah kan.. beras pulut ada so aku akan cuba buat.. Boleh lah nak makan 3 beranak.. Qebal mana makan nasi ka pulut ka.. dia mamat salleh western jawa.. hahhaha.. 

Jom tengok bahan-bahannya & cara-caranya...  

Bahan-bahan Lopes :-
* 2 pot beras pulut - direndam 1 jam
* 1 cup santan cair
* 1/2 cup air pandan
* Pewarna hijau
* Sedikit garam
* Daun pisang
* Kelapa parut + sedikit garam

Bahan-bahan Gula Melaka :-
* 1/2 cup gula melaka
* 1/4 cup gula pasir
* 1/2 cup air
* 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara untuk gula melaka :-

- Masukkan gula melaka, gula pasir dan air, panaskan diatas api sehingga semua gula larut. Setelah itu, kacau tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam larutan gula melaka tersebut. Kacau sehingga mendidih dan sedikit likat. 

Cara-cara untuk lopes :-

Masukkan beras pulut, masukkan air pandan, santan, garam serta sedikit pewarna. Tutup periuk noxxa & HP kan selama 7 minit. Setelah 7 minit, biarkan seketika di dalam periuk & steamkan dalam 3 minit. 

Letakkan pulut yang masak diatas daun pisang dan bungkuskan secara bulat sehingga padat. Setelah itu potong lopes secara bulat & salutkan dengan kelapa parut.

Kuih Lopes Noxxa.. korang jangan tanya naper bulat tak besar.. ini semua salah daun pisang kecik.. Jadilah jugak boleh masuk perut sudah.. yang pasti eden tak g beli kat bazar.. ngeeee

Selamat Mencuba


/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook