Buffet Ramadhan
Buffet Ramadan 2018 | Magical Ramadhan Nights 2018 @ Pullman Putrajaya Lakeside
9:34 AM
Magical Ramadhan Nights 2018 @ Pullman Putrajaya Lakeside - Lagi sebulan lebih sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Benda paling mama tunggu-tunggu sebab waktu ni boleh kita berpuasa dan banyakkan amalan pada bulan puasa. Masa ni lah nak merasa makanan yang jarang kita jumpa kan. Hehehe. Anak-anak pun teruja nak berpuasa dan berbuka puasa sedap-sedap di hotel. InsyaAllah ada rezeki lebih boleh jer mama bawa anak-anak pergi makan kat hotel yer. Jom kita tengok buffet Ramadhan 2018 di Magical Ramadhan Nights 2018 @ Pullman Putrajaya Lakeside.
Pada hari Selasa baru-baru ni mama berpeluang untuk food tasting sempena buffet Ramadhan 2018 di Pullman Putrajaya Lakeside dengan bertemakan Magical Ramadhan Nights. Sebut jer magical mesti ada yang menarik tertarik makanan di hotel 5 bintang ni kan. Sebelum kita tengok juadah yang sedap-sedap jom kita tengok apa aktiviti menarik yang terdapat di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside ni yer.
Sempena buffet Ramadhan kali ini, Pullman Putrajaya Lakeside menyediakan lebih 300 hidangan pada setiap bulan puasa yang enak dan lazat seperti BBQ fresh seafood, stall dari Melayu, Chinese, Indian, Western, Vietnam, Kemboja dan Thailand, homemade delight, salad bar, dessert room dan macam-macam lagi. Bagi pengemar kambing golek di sini pun ada kambing golek yang sangat sedap dengan kuah blackpepper yang sangat lazat. Korang boleh cuba mama jamin banyak kali lah korang tambah kambing ni.
Selain itu, Pullman Putrajaya Lakeside mempunyai daya tarikan permandangan tasik yang luas dan boleh melihat matahari terbenam yang menakjubkan. Di samping itu, korang boleh melihat dan mendengar alunan persembahan muzik yang sungguh merdu dan mengasyikkan ketika menjamu selera.
Tudia seafood bakar seperti udang, ketam, sotong, ikan semua ada yer.
Satey ayam dan daging pun ada.
Rojak buah pun ada.
Ini pulak rojak Penang mari pun ada. Tak payah pergi jauh-jauh.. kat Pullman Putrajaya pun sedap.
Ini macam salad. sebab nampak cantik mama snap la.. hehehe
Bagi pengemar dessert hahh ni best nak citer ni.. Di Pullman Putrajaya Lakeside ni menyediakan Walk-In Dessert Room dengan Kunafa, Baklava, Luqaimat dan banyak lagi. Kalau sebut semua jenuh ni. Dah korang tengok jer gambar kat bawah ni yer. Masuk jer terus tak tau nak pilih apa sebab banyakkkkk sangat. Heheheh..
Segala mala jenis kek ada.
Kuih muih traditional pun tak ketinggalan.
Pelbagai buah-buahan pun ada hahhh..
Dan yang lagi menarik korang boleh makan durian tanpa had.. Hahh makan la sampai korang kenyang. Sebab mama tak makan so mama tangkap gambar jer lah. hahahah
Persembahan nyanyian live tanpa henti, persembahan api yang menakjubkan, maskot Star Wars, badut, dan ramai lagi akan menghiburkan tetamu yang hadir. Kanak-kanak pasti terhibur dengan persembahan yang menarik di sana dengan paparan cahaya lampu yang mengasyikkan.
Buffet Ramadhan Magical Ramadhan 2018 di Pullman Putrajaya Lakeside ini bertempat di Stunning Clock Tower Courtyard dari 15 May hingga 14 June 2018. Buffet Ramadhan akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.
Harga Retail Rate :
Per Adult - RM188 nett
Per Children - RM110 nett
EARLY BIRD DISCOUNT RATE [Sehingga 30 April 2018]
Per Adult - RM150 nett
Per Children - RM100 nett
* Must be fully prepaid in advance
Untuk tempahan Buffet Ramadhan Magical Ramadhan Nights 2018 boleh hubungi :
Telefon : 03-8890 0000
Whatsapp : 011-4214 2311 (En Nazri)
Email : sales4@pullmanputrajaya.com
Website : www.pullmanputrajaya.com
Facebook : www.facebook.com/PullmanPutrajayaLakeside
Instagram : www.instagram.com/PullmanPutrajaya
Love,