Article

Lazada Big Baby Fair 2018 | Dapatkan Diskaun Sehingga 80%

1:00 AM

Setiap tahun Lazada memang suka buat sale giler-giler macam ni. Korang kalau nampak Lazada Big Baby Fair mesti semua tak sabar nak shopping online kan. Yer terutamanya mak-mak lah rasa tangan dah gatal dan tak sabar nak scroll website Lazada tu kan. Heheh time ni jer mak-mak nak shopping barangan baby dengan diskaun yang menarik. Mama sendiri pun setiap kali Lazada ada buat sale Big Baby Fair jer mula tak tentu arah dan tak sabar nak borong pampers sebab murah giler. Hehehe. Tak percaya ker korang kena percaya sebab mama selalu giler borong pampers time Lazada Big Baby Fair tau. 


Sekarang zaman serba moden, nak shopping tak perlu pergi pasaraya lagi dah. Nahh korang boleh beli secara online dengan hanya hujung jari sahaja. Serius senang tau dekat Lazada ni. Korang scroll jer tablet sambil baring dan tekan jer apa yang korang nak beli dan buat bayaran melalui transfer. Kemudian korang tunggu jer barang yang korang beli tu sampai depan rumah. Yang lagi menarik korang boleh juga dapatkan beberapa tawaran eksklusif dan menikmati penghantaran barang secara percuma ke seluruh Malaysia, voucher, tawaran combo sepanjang sale Lazada Big Baby Fair ini tau.

Korang tau Lazada sedang menganjurkan sale sempena Big Baby Fair 2018 dari 28 Mac hingga 1 April 2018. Apa menariknya sale Big Baby Fair kali ni tawaran diskaun menarik sehingga 80% tau. Antara jenama tempatan dan antarabangsa yang terkenal untuk penjagaan bayi seperti Drypers, Petpet, MamyPoko, Huggies, Dutch Lady, Anmum, Philips Avent dan banyak lagi jenama sempena Lazada Big Baby Fair 2018. Jadi masa ni lah mak-mak nak shopping sakan tau boleh lah shopping raya sekali yer tak. 


Bagi yang suka join contest boleh join contest sempena Big Baby Fair di Instagram Lazada Malaysia. Untuk contest ini mudah sahaja. Korang hanya post gambar anak anda dan jangan lupa masukkan hashtags #BigBabyFair dan #BigBabyCandyLand untuk Lazada menjejakinya nanti. Dengan contest Post & Win Big Baby Fair ini korang berpeluang memenangi voucher sehingga RM1,000 setiap satu. 

Mama pun dah tak sabar nak shopping online di Lazada ni. Bukan sahaja beli pampers untuk Qeisya sahaja malah boleh juga dapatkan baju, kasut, botol susu dan macam-macam lagi di Lazada. Mesti yang perasankan sebab apa setiap kali Lazada mengadakan Big Baby Fair mesti mama akan shopping. Sebabnya harga yang ditawarkan giler murah dari luar. Contohnya macam pampers korang boleh dapat harga borong untuk sekotak pampers terus tau. Memang jimat berganda-ganda kalau beli dari pasaraya. 


Selain itu, penghantaran percuma seluruh Malaysia. Ni dah jimat banyak tak perlu bayar kos penghantaran lagi dan lagi bertambah jimat korang tak perlu isi minyak, bayar tol, bayar parking untuk pergi shopping. Dan lagi best korang tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai di tempat sale tu. Almaklum la mesti ramai mak-mak yang pakat serbu tempat sale tu. Jadi korang serbu jer kat Lazada lagi senang. Takder letih, takder peluh dan relax jer korang shopping. Mudahnya di Lazada korang boleh buat pembayaran secara transfer bank, credit card Visa / Mastercard, boleh juga secara MolPay di 7-Eleven atau secara pembayaran tunai. 

Apa tunggu lagi jom layari website Lazada dari 28 March hingga 1 April 2018 sekarang dan  jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun menarik sehingga 80% sempena Lazada Big Baby Fair 2018 dengan jualan barangan penjagaan bayi yang terbaik dengan tawaran harga yang menarik. Untuk maklumat lanjut mengenai Lazada Big Baby Fair 2018 ini boleh layari laman web Lazada.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook