Pertama Kali Buat Aduan Susu Masam Dutch Lady Strawberry

6:14 PM

Fuhh selalu tengok orang jer update kat social media pasal beli susu basi la masam la. Sekali nahhhh mama sendiri terkena. En papa kata susu ni lain macam dan mama pun minum memang susu tu masam ok. Air susu tu jadi pekat likat macam nak jadi macam susu yogurt tu. Aduh memang blur apa nak buat. Tak kan la nak diam jer kan. So mama pun update kat Fb dan ramai kawan2 cakap report jer. Masalahnya mama ni nak report pun takut hahaha macam mama jer buat salah.. apa mama nih.


Actually mama bukan big fan minum susu Dutch Lady strawberry ni.. Eeewww strawberry.. bunyi macam adik lopa yer. hahaha selalu mama memang minum full cream dengan low fat milk. Mama beli susu ni sebab tengah sale hahh sampai 5 kotak rembat. Kalau lagi murah mau sekaton mama beli buat stock tau. Balik pasal susu DL strawberry ni sebab en papa la nak sangat minum. Apaaa En papa minum susu pink.. ohhh maii jambunya laki mama.. hahaha.. Dah jadi gini mama pun tekad nak report la kan. Kak Lily pun ada bagi entri link dia macam mana prosedur nak report. Tapi nak call hotline DL ni kena siang so mama just hantar kat inbox FB jer kang esoknya mama takut lupa.

Hehehe macam ni mama send. Pehtu pagi tadi dia terus suruh send detail. Kemudian dia call

Lepas send segala detail dia nak tu kan. Terus pihak customer service call cakap petang nanti ada orang akan datang untuk ambil sample susu DL yang masam tu. Mama macam ehh cepat giler. Semalam report hari ni dah diaorang datang. Baguss ker memang takut mama viralkan kahkahkah. Ehh kita as customer is always right yer. muahaha.. 

Dan dalam pukul 4 lebih macam tu Encik Amin dari Dutch Lady sampai rumah. Mama celapak jugak la kemas umah. hahaha almaklum la rumah macam tokang pecah. So dia pun tengok dan bau memang susu tu masam. Dia nasihatkan lepas ni kalau beli susu kotak jangan ambik yang kemek or terjatuh. Ok noted yang tu. Kita pun kekadang nak cepat tak sempat nak belek setiap kotak. Pasal susu nak dekat expired ker apa ker takder kena mengena dengan susu tu melainkan kalau kotak susu terjatuh kemek memang boleh mengakibatkan udara masuk ke dalam susu tu. Hahh ada pahammm.. 


Nasib orang DL yang datang ni hensem kahkahkah.. sempat lagi tuuuu!!.. Dan nasib jugak la en papa pun ada sebab en papa cuti hari ni. kalo tak segan bagan la mama sorang2 dengan Qeisya. En Amin ni cakap lepas ni kalau ada dapat susu tu berketul ker masam ker basi ker buat jer report ke hotline DL terus. Sebab pihak DL memang menjaga kualiti susu DL ni. 


So sebagai ganti rugi pihak Dutch Lady bagi 2 kotak susu DL strawberry kat mama. Alaa awat 2 kotak jer bagi lah 2 katon kan baru lah puas hati skit. hahaha.. demand sangat tu.. hahahah.. Terima kasih Dutch Lady Malaysia sebab sangat cepat dan pantas ambil tindakan report ni. Memang terbaik tau. So lepas ni kalau korang beli susu yang rosak, susu masam, susu basi ker berketul ker boleh terus buat report ke talian hotline 1-800-88-1191 dari Isnin - Jumaat (8.30 pagi - 4.30 petang) atau ke Facebook Dutch Lady Malaysia. Untuk maklumat lanjut boleh ke website www.dutchlady.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook