Ekceli aku tengah migrain ni.. tapi ubat tak bawak plak.. padahal dah lama migrain tak menyerang aku since aku minum Mineral Coffee.. tapi mineral coffee kat umah dah abis.. tunggu la ada duit baru beli plak.. heheheh... so aku pernah tanya kat doctor pasal sakit aku ni.. dia cakap penyakit ni sampai mati tak hilang.. hmmm.. yer aku tahu dia doctor.. tapi sakit semua ni dari Allah kan.. so mesti ada cara macam mana nak hilangkan penyakit ni.. So sekarang ni nak tak nak kena telan ubat lah.. huhuhuhu..
APA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.
APA PENYEBAB MIGRAINE?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.
APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.
BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?
Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :
Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?
Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.
Untuk mengurangkan sakit (time kat office if takder ubat) aku akan tutup semua lampu.. kira duk dalam gelap la.. & aku rest dalam 10 minit.. ataupun aku basahkan kepala baru lah kurang skit.. Ok lah nak g baring ni.. kang mata aku makin lama makin sepet dah ni sebab duk tahan sakit.. muka monyok dah macam cuka masam.. Ok daaa...
MamaJue & PapaMimi Story