Mesti ada yang pernah dengar nama restoran Wadihana Islamic Steakhouse ini bukan. Sebelum ini restoran Wadihana Islamic Steakhouse telah mencapai kejayaan dalam dunia makanan. Biasalah setiap perniagaan pasti ada cabaran jatuh bangunnya. Tetapi pemilik usahawan Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib tidak berputus asa dan sering mencari peluang untuk bangkit membina bisnes baru dalam dunia makanan ini.
Walaubagaimanapun Puan June melakukan pembaharuan kepada restoran Wadihana ini terutama bagi pasaran di Johor Bahru. Katanya lagi, kali ini Wadihana Islamic Steakhouse dibuka semula adalah inspirasi dari anak ketiganya berusia 13 tahun yang merupakan seorang pelajar tahfiz di sini. Puan June dan suaminya telah bersepakat menjadikan Wadihana ini sebagai pemangkin untuk anaknya yang berminat dengan dunia masakan.
Restoran Wadihana di Johor Bahru ini terletak di Damansara Aliff yang agak "terselindung" daripada pengetahuan dan lokasi itu masi baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru. Kali ini restoran Wadihana telah diberi sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dialun mainan piano pasti suasana yang nyaman dan santai. Selain itu, Wadihana turut menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.
Keistimewaan hidangan Wadihana ini, gravy atau kuah stik yang dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding dengan steak house yang lain. Manakala untuk kuah yang sedap ini, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan Halal. Bagi mendapat kuah yang sangat sedap, Puan June telah merebus tulang lembu sehingga lebih 8 jam untuk mendapatkan jusnya.
Menurut cerita Puan June sendiri beliau pernah mengalami pengalaman hitam ditipu oleh syarikat hingga beliau dikecam oleh pelanggan dan pembekal sehinggakan beliau serik untuk berniaga. Dek kerana asyik ditipu, hampir 2 tahun Puan June telah memencilkan diri sampaikan beliau mengasingkan diri daripada orang luar kerana takut untuk berdepan dengan orang ramai. Pelbagai mesej ugutan dan cercaan daripada orang ramai. Dengan semangat dari suami, kali ini Puan June kembali beranikan diri untuk membuka semula perniagaan restoran Wadihana Islamic Steakhouse.
Sempena kempen Giveaway Half Ribs yang akan dibuka kepada semua pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse Damansara Aliff, Johor Bahru pada 5 dan 6 Julai 2019 sebanyak 999 steak bernilai hampir RM50,000 akan diberi percuma kepada pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit yang pelanggan makan di restoran sahaja. Steak yang ditawarkan sempena kempen ini adalah Honey Peppers Ribs yang bernilai RM49.90 setiap hidangan. Bagi mereka yang pertama kali mendaftar sebagai penggemar WISH akan diberi satu scoop aiskrim kepada yang hadir.
Pasti berbaloi dan jemput datang untuk menjamu selera di restoran Wadihana Islamic Steakhouse. Kempen ini adalah tanda terima kasih kepada pelanggan yang setia menyokong Wadihana semenjak dibuka Februari yang lalu. Bagi pelanggan yang ingin buat tempahan boleh hubungi 013-733 3280.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE [WISH]
36-38 Jalan Aliff 3,
81200 Damansara Aliff,
Johor Bahru
Tel : 07-244 2422
Website : www.wadihanaislamicsteakhouse.com
Facebook : www.facebook.com/WISHDamansaraAliffJB
Instagram : www.instagram.com/wadihana_islamic_steak_house