Mama dengan coffee memang tidak dapat dipisahkan lagi. Setiap pagi mama akan mulakan hari dengan minum secawan Kapal Api White Coffee. Memang syok aroma dan rasanya, barulah ada tenaga dan semangat nak harungi aktiviti mencabar sebagai seorang ibu.
Bagi bukan penggemar coffee macam mama korang jangan risau sebab coffee ni bukan sahaja boleh minum, korang boleh juga pelbagaikan dalam masakan kita terutamanya pelbagai jenis kek dan pemanis mulut. Anak-anak mama memang tak suka minum coffee tapi kalau mama hidangkan kek menggunakan Kapal Api White Coffee ini baru anak-anak mama makan sampai licin. Hahahha memang kelakar sangat anak-anak mama ni.
Dek kerana dia orang makan coffee dalam masakan, mama pun buat la Tiramisu Kapal Api White Coffee untuk anak-anak mama ni. Tambah makan tiramisu sejuk memang enak sangat. Nak buat tiramisu ini pun senang jer so mama layankan permintaan anak-anak mama yang tersayang ni. Jom kita tengok macam mana nak buat Tiramisu Kapal Api White Coffee.
Tiramisu Kapal Api White Coffee
Bahan-bahannya :-
- Biskut Lady Finger
- 250g cream cheese
- 200ml whipping cream
- 1 paket Kapal Api White Coffee
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 1/8 cawan serbuk koko
- Masukkan gula, whipping cream dan cream cheese ke dalam mangkuk dan kacau menggunakan mixer sehingga adunan kembang.
- Kemudian tuangkan 1 cawan air panas dengan sepeket Kapal Api White Coffee dan kacau sehingga sebati.
- Campurkan sedikit Kapal Api White Coffee bersama serbuk koko dan gaul sebati untuk taburkan ke atas adunan cheese.
- Celupkan Biskut Lady Finger ke dalam bancuhan Kapal Api White Coffee dan susun ke dalam bekas.
- Ratakan adunan cream cheese ke atas biskut dan kemudian taburkan serbuk campuran Kapal Api White Coffee bersama serbuk koko tadi.
- Ulang langkah sehingga penuh bekas dan akhir sekali simpan dalam peti sejuk sehingga 4 jam.
Untuk melihat cara melalui video boleh tengok video cara memasak Tiramisu Kapal Api White Coffee yang sangat mudah ini boleh lihat video di bawah.
Nampak tak betapa mengancamnya lapisan tiramisu ni. Yang mudahnya resepi ni tidak perlu bakar dan korang hanya simpan dalam peti sejuk selama 4 jam saja. Anak mama pun boleh buat tiramisu ni tau sebab resepi yang sangat mudah lagi sedap. Tiramisu Kapal Api White Coffee ini bukan sahaja boleh untuk minum petang malah untuk dijadikan hidangan rumah terbuka rumah kawan-kawan atau bersama keluarga tersayang.
Oh ya nak bagi tahu kat korang semua Kapal Api sedang mengadakan peraduan #ResipiKopitiviti dan korang berpeluang untuk menangi baucar Giant RM800. Korang hanya perlu cipta satu resipi dengan menggunakan Kapal Api Kaw ataupun Kapal Api White Coffee dan share ke Instagram dengan sertakan hashtag #ResipiKopitiviti sebelum 25 November 2019. Mudah bukan!!
Mama enjoy sangat kalau dapat minum secawan Kapal Api White Coffee dengan Tiramisu yang sedap ni boleh terus lupa masalah yang mama hadapi tau. Sebenarnya Coffee ni memberikan keceriaan dan ketenangan buat mama sepanjang hari. Lagi sedap Kapal Api White Coffee ais memang lemak berkrim dan aroma coffee yang menawan kalbu. Jangan lupa sertai peraduan #ResipiKopitiviti! Mana tahu korang berpeluang memenangi baucar Giant RM800. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Kapal Api Malaysia www.facebook.com/KapalApiMalaysia dan Instagram @KapalApiMalaysia
Love,