Hari untuk berpuasa dah tiba, Mama nak ucapkan Selamat Berpuasa dan semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Memandangkan kita puasa dalam keadaan wabak Covid 19 ni, mama sarankan patuh SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Walau dimana kita berbuka pastikan jaga jarak sosial sesama orang di tempat berbuka. Ok kali ni mama nak share tempat berbuka puasa yang meyediakan makanan Timur Tengah di Syrian House Restaurant di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Bukan lah pertama kali mama makan makanan Timur Tengah ni dah banyak kali tapi di Syrian House Restaurant merupakan pertama kali mama jejak makan di sini. Pertama kali masuk 1st impression mama kagum dengan dekorasi interior dalaman yang sangat cantik dan rasa feeling tu dekat Timur Tengah lagi. Dengan suasana yang tenang dengar pula lagu-lagu dari sana memang bertambah asyik lah.
Kalau dah pergi restaurant Timur Tengah ni of coz la ada Shisha. Dekat sini pelbagai flavour yang disediakan seperti Strawberry, Lemon, Apple dan lain-lain lagi. Bau Shisha ni memang bau buah-buahan yer. Alaa serupa macam vape la juga bau pelbagai flavour. Kalau korang jenis kaki Vape atau Shisha ni boleh la layan di sini. Untuk harga mama tak sure sebab mama tak cuba pulak. Hehhehe.
Jangan lupa untuk minuman air make sure korang pilih air jus buah-buahan di sini. Perghh memang terbaik dan power serta pekat yer. Mama order jus tembikai dan jus oren sumpah sedap giler air buah ni betul-betul fresh dan tiada manis gula tambahan. Oh ya di sini juga ada jual air paling popular Timur Tengah iaitu Barbican. Heheh macam air soda Arab la. Kalau minum sejuk-sejuk sangat nikmat tekak yer.
Untuk pembuka selera, kami dihidangkan roti pita dengan Hummus atau Hummus Beiruti. alahai susah pula nak sebut nama makanan ni. So far, pembuka selera sini portion agak besar dan boleh dikongsi dengan rakan-rakan serta keluarga. Oh ya makanan ini sangat popular di Lebanon tau tengok la dalam satu pinggan ni terdapat Muhammara serta Tabbouleh Salad. Sedap ya salad tu dimakan dengan roti pita bersama Hummus.
Ini menu paling popular di Syrian House Restaurant iaitu Syrian House Mixed Grill. Teruja api-api yang terdapat di atas tepi makanan ni memang tak pandang kiri kanan dah. Terdapat ayam, kambing, daging lembu dan juga kentang goreng, bawang cili dan tomato yang digrill. Kemudian dimakan pula dengan roti panas memang satu combinasi yang sangat awesome.
Ayam, daging, kambing diperap dengan sos khas kemudian di panggang sehingga masak memang inilah Syrian House Mixed Grill memang sesuai untuk seisi keluarga dengan harga cuma RM175. Menu yang sangat sedap dikongsi bersama ketika berbuka puasa pada bulan Ramadan.
Dah kedai Timur Tengah atau mama selalu panggil kedai Arab dah tentu-tentu la korang kena makan nasi arab yer. Mama suggestkan korang ambil kombinasi nasi Mandy, Kabsa, Biryani dan Maqluba. Dari segi tekstur nasi sumpah sedap, manis dan rasa rempah yang sangat mesra dalam nasi basmathi tu. Makan banyak pun rasa tak kenyang tapi kenyang. Ehh macam mana nak cakap yer.
Isi daging kambing dia masyaAllah lembut giler makan dengan nasi bersama sambal cili dia terasa sempurna sangat lah. Nak cakap lebih tak boleh tapi korang kena datang dan cuba makan dekat sini. Gerenti memang teringat-ingat la makanan Timur Tengah di Syrian House Restaurant.
Oh ya ini menu mama pertama kali cuba. takut juga sebab tak tahu rasa macam mana. Walau warna dia plain kosong jer tapi selepas rasa oh begini rasanya. Nama menu ini Kibbeh Labanieh yang bermaksud sos atau kuah yoggurt bersama bawang putih. Untuk kuah ini didatangkan bersama nasi. Mula rasa nasi tu macam seakan-akan pulut tapi satu kombinasi yang kena bersama kuah yoggurt tu. Daging dalam Kibbeh Labanieh tu lembut sungguh.
Dah kenyang makan jangan lupa dessert time. Yeaaa.. Yang mama tahu kalau dessert untuk makanan Timur Tengah ni Baklava jer. hahahah ya ampunnnn sebenarnya banyak lagi dessert Arab ni tau. Salah satunya Kanafeh. Ini adalah pencuci mulut Timur Tenagh yang dibuat dengan pastri filo yang diparut dan terdapat cheese didalamnya. Portion yang agak besar memang korang kena kongsi dengan kawan-kawan la. Mana boleh makan sorang-sorang sebab Kanafeh ni sangat manis. Patutlah orang-orang Timur Tengah manis-manis tak gitu.
Untuk dessert terakhir yang cantik dibawah ini adalah Halawet el Jibn atau senang panggil Sweet Cheese Rolls. Macam biasa nama makanan Arab ni memang susah nak sebut tapi rasanya sangat enak yang diperbuat daripada gulungan adunan keju lembut dan manis yang disumbat dengan krim. Kemudian ditaburi dengan kacang pistachio dan siraman kelopak air mawar. Ohh memula tu mama macam tak berani makan tapi memang sedap rasanya sangat lembut dan tidak manis sangat.
Sebelum balik tu korang wajib minum secawan kopi atau teh mint panas. Maaf yer terlupa pula nak ambil gambar kopi dan teh tersebut. Yang pasti kopi dan teh Timur Tengah ni lain sangat. Sedap kalau letak sedikit gula. Hahhh dah ada plan nak buka puasa dengan makanan Timur Tengah boleh la buat booking tempat sekarang di Syrian House Restaurant di Kampung Baru Kuala Lumpur.
SYRIAN HOUSE RESTAURANT
No 2, Lorong Raja Uda 1
Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
Dibuka setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam
Instagram : @SyrianHouseRestaurant
Love,