KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Cuci Masjid

1:01 AM

Sempena menyambut bulan Ramadan esok hari, mama berkesempatan menghadiri satu majlis Program tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat iaitu Program Cuci Masjid yang dianjurkan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) diusahasama bersama Persatuan Seniman Malaysia di Masjid Al-Hidayah Sentul, Kuala Lumpur. Program ini menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan.



“Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh kerana itu, hari ini KOPETRO ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat.”




Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada En. Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu yang diadakan di Masjid Al-Hidayah hari ini. KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia.


Program seumpama ini menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi. 




Beribadah dengan lebih selesa dan selamat pada bulan Ramadhan ini dengan KV Clean. Dapatkan promosi berbaloi-baloi PuasRaya daripada KV Clean bermula 1 April sehingga 31 May. Nak mudah? Hubungi KVClean di 013-399 6788. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO dan juga KV Clean boleh layari :



Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook