MBG Selayang Fruit Hub | Dunia Buah-buahan Dalam One Stop Shop

1:33 PM

Buah-buahan adalah satu sumber vitamin, mineral dan banyak khasiat yang terdapat dalamnya serta ia satu perkara penting yang perlu kita amalkan sebagai diet harian kerana ia memperolehi bahan fiber yang baik untuk tubuh badan. Selain itu manfaat fiber ini adalah untuk mengekalkan fungsi perut dan usus kita dengan sempurna, mengurangkan kolestrol, mengawal kadar gula dalam darah dan membuatkan kita rasa kenyang dalam tempoh masa yang panjang. 


Pada Sabtu yang lepas, mama dan beberapa KOL's yang lain berkesempatan melawat MBG Selayang Fruit Hub. Oh ya sebenarnya mama memang familiar mengenai shop MBG ni. Kalau korang perasan MBG Shop ni banyak terdapat di supermarket Selangor dan Kuala Lumpur. Pertama kali masuk ke MBG Selayang Fruit Hub ni memang sangat teruja sebab kawasan dia sangat besar dan pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan import yang terdapat di sini. 

Korang pun tahu kan betapa pentingnya kita makan makanan seimbang serta banyakkan pengambilan nutrien dalam tubuh badan untuk melindungi diri serta melawan penyakit. Tambah sekarang musim Covid-19 lagi lah kita kena menjaga diri sendiri dan keluarga dari wabak tersebut. Oleh itu marilah kita menjaga diri dan keluarga kita dengan mengambil buah-buahan yang sihat. 


Untuk pengetahuan semua, MBG Fruit Selayang Hub ini bukan sahaja menjual buah-buahan secara borong malah ia juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual buah demi menampung kehidupan kesan daripada ramai yang kehilangan pekerjaan. Dengan cara ini, MBG Fruit Selayang Hub berkongsi kepada ramai orang untuk mulakan pernigaan menjual buah-buahan samada tepi jalan, pasar malam dan tak kurang juga mula meniaga buah-buahan secara atas talian. Ada juga yang buat penghantaran buah sampai ke rumah ataupun boleh juga digubah buah tersebut menjadi hamper buah-buahan. Sebenarnya banyak cara dan peluang untuk mencari pendapatan di kala pandemik Covid-19 ini. 




Menurut Tuan Adnan Lee, yang merupakan Pengarah Urusan MBG Fruit seorang berbangsa Cina yang telah memeluk Islam berkata perniagaannya ini adalah milik dari 3 generasi dari ibu bapanya semenjak dulu lagi. Dengan keluasan 32,000 kaki persegi turut menempatkan pelbagai jenis buah-buahan dari dalam dan luar negara. Di sini juga adalah hub buah import dikumpulkan sebelum diedarkan kepada cawangan kedai-kedai buah dibawah jenama MBG Fruit Shop.

Kalau korang nak tahu kini mereka ada lebih daripada 31 buah kedai seluruh Lembah Klang dan ini belum termasuk yang ada di dalam supermarket lagi tau. Mesti ada yang tertanya-tanya apa maksud MBG kan? MBG itu adalah "Money Back Guarantee" yang mengatakan Duit akan dikembalikan jika buah-buahan ini tidak sedap. 





Kalau korang nak tahu, selain menjual buah-buahan disini, turut terdapat peralatan untuk membungkus atau membuat hamper buah-buahan di sini. So senang la kalau nak melawat orang sakit yang berdekatan dengan Selayang boleh singgah sini beli buah dan buat jadi hamper. Menarik sangat kan kalau bagi hamper buah-buahan macam ni. 

Bukan itu sahaja, di sini terdapat buah yang paling permintaan tinggi iaitu Buah Kurma atau Tamar. Ini kerana buah ini mula dituai dan dieksport ke seluruh negara serta sambutan sangat tinggi dan permintaan yang laris sempena bulan Ramadan yang bakal tiba. Jadi kalau nak buah kurma yang masak, mentah, muda korang boleh jer singgah di sini. Macam-macam jenis buah kurma ada tau! 



Kami juga berkesempatan melawat Bahagian Dingin di dalam MBG Selayang Fruit Hub dimana tempat untuk menyimpan semua jenis buah yang perlu pada pengawasan sejuk tertentu untuk buah-buahan kekal segar dan berkualiti. Bagi suhu di dalam bilik ini boleh mencecah ke 2 hingga 4 darjah celcius. Turut terdapat Bahagian Gudang untuk menyimpan dan memunggah buah-buahan turun / masuk lori untuk pembahagian buah-buahan ke pembekal. Sangat sesuai bagi yang ingin memulakan perniagaan buah-buahan dan korang boleh beli secara borong serta dapat potongan sehinga 20% hingga 50% lebih murah dari luar. 



Di MBG Selayang Fruit Hub bukan sahaja ada sayur-sayur yang segar malah terdapat buah-buahan unik yang susah nak dapat di tempat lain seperti Ecuador Piyata Yellow Dragon Fruit, Japan Fruits, Fresh Fiq, Korea Strawberry, Barhi Dates, Passion Fruits, Cherry, Saphire Grapes dan lain-lain lagi. Memang teruja sangat sebab pertama kali tengok buah-buahan yang tak pernah jumpa di Malaysia. Tapi di MBG Selayang Hub ni semua ada okey. 




Mama kalau dah masuk sini mana boleh tengok saja terus la mama memborong buah-buahan bawak balik. Kalau nak buah potong pun ada tau. Boleh beli dan terus makan dalam kereta. Buah-buahan dekat sini manis, sedap dan segar. No wonder la "Money Back Gurantee" memang sedap betul. Lepas ni kalau dah lalu ke Selayang confirm la mama akan singgah ke MBG Selayang Fruit Hub.

Bagi yang ingin yang mahu mula berniaga menjual buah-buahan boleh la terus datang ke MBG Selayang Fruit Hub ini tau. Bukan sahaja dapat membeli dengan harga borong insyaAllah korang dapat mengubah kehidupan dengan hasil menjual buah-buahan. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

MBG Selayang Fruit Hub
Lot 639, Jalan Batu Hampar
Off Jalan Ipoh, Batu 7
68100 Selayang, Kuala Lumpur

Website : www.mbg.com.my

Telefon : 016-2798 603 (Azmer) | 016-6824 603 (Azizah)

Waktu operasi : Isnin - Ahad [Seawal jam 5.00 pagi hingga 6.00 petang]

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook