Sempena Piala Dunia 2022 yang kini semakin hangat dan dinanti-nantikan ini, Mister Potato memeterai perjanjian dengan NR Sports untuk melantik Neymar da Silva Santos Júnior sebagai duta baru Mister Potato. NR Sports adalah syarikat yang menguruskan imej bintang bola sepak.
Dikenali ramai sebagai Neymar Jr, beliau dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak paling berbakat dalam generasinya. Pemain Brazil ini telah dipilih sebagai Pemain Bola Sepak Amerika Selatan Terbaik sebanyak dua kali dan beliau telah membantu pasukannya menjulang 13 kejuaraan sejak ke Paris Saint-Germain pada 2017, termasuk Liga Perancis (Ligue 1) sebanyak empat kali dan Piala Perancis sebanyak tiga kali.
Neymar Jr mempunyai ramai pengikut, iaitu sejumlah 179 juta pengikut di Instagram dan mengendalikan sebuah pertubuhan bukan keuntungan – iaitu Instituto Projeto Neymar Jr, projek sosial yang berusaha membantu kanak-kanak, anak-anak muda dan keluarga mereka di Brazil.
Kerjasama baharu ini – Mister Potato x NR Sports – menandakan fasa seterusnya dalam sambutan ulang tahun Mister Potato yang ke-30 dan juga kerjasama jenama kegemaran ramai ini dengan selebriti terkenal. Fasa pertama telah bermula pada awal tahun ini. Kempen ini dilancarkan dengan tema “The Ridiculous Kick” (Penangan Rasa Gila-Gila) selama setahun dengan Neymar Jr sebagai tumpuan utama. Mister Potato juga akan melancarkan dua perisa edisi terhad (BBQ Kebab dan Hot Salsa), perisa inspirasi daripada kelazatan makanan Brazil.
“Kami di Mister Potato amat teruja dengan penyertaan Neymar Jr dalam kempen ini. Beliau seorang individu luar biasa yang bakatnya dalam sukan bola sepak memang sangat disanjungi. Neymar Jr terkenal kerana keupayaannya di atas padang dan juga kerja amal di luar padang di mana beliau menggunakan pengaruhnya untuk membawa kesan positif di peringkat global,” kata How Yuan Yi, Ketua Pegawai Pemasaran, MAMEE-Double Decker.
"Saya sangat gembira kerana berpeluang menjadi duta baharu Mister Potato, lebih-lebih lagi pada tahun yang penting dalam kerjaya saya. Saya rasa seronok untuk turut serta dalam kempen Mister Potato ini dan memang menggemari produk Mister Potato,” kata Neymar Jr.
“Personaliti luar biasa dan gaya hidup aktif yang penuh bertenaga menjadikan Neymar Jr pilihan sesuai bagi jenama kami. Kami akan memulakan beberapa aktiviti menarik dalam minggu yang akan datang dan bersedia memenuhi keinginan peminat bola sepak untuk menikmati snek yang lazat sambil menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia,” tambah How.
Para peminat bola sepak kini berpeluang untuk memenangi percutian ke Qatar, produk PUMA dan hadiah wang tunai bernilai lebih daripada RM138,000. “Peraduan Snek & Menang” berlangsung dari 1 Oktober sehingga 27 November 2022. Untuk melayakkan diri untuk menyertai peraduan ini, pengguna perlu membeli produk Mister Potato yang bernilai sekurang-kurangnya RM10. Isikan nama dan nombor kad pengenalan pada resit pembelian dan hantar menerusi WhatsApp ke +601156881139.
Seorang pemenang hadiah utama akan diterbangkan ke Qatar untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak di Qatar dan lawatan ini akan ditanggung sepenuhnya. Dua puluh orang pemenang sagu hati akan menerima wang tunai RM2,000 dan produk PUMA x Neymar Jr manakala 200 pemenang hadiah mingguan akan menerima wang tunai RM250 setiap seorang. Rakan niaga yang menyertai peraduan ini termasuk pasar raya, pasar raya besar, pasar raya mini, e-dagang, kedai stesen minyak dan kedai serbaneka di seluruh negara.
Jenama kerepek kentang terkemuka Malaysia, Mister Potato ialah pilihan pertama bagi kerepek kentang di Malaysia dan tidak asing dalam usaha menjalin kerjasama pada peringkat global, termasuk kerjasama dengan Manchester United dan Chevrolet, dan juga bintang K-pop Korea Cha Eun-Woo.
Mister Potato telah dilancarkan pada 1992 untuk menawarkan snek kentang lazat kegemaran ramai yang diperbuat daripada ramuan berkualiti dan sekali gus memperkenalkan muchacho dengan topi sombrero kegemaran kami kepada rakyat Malaysia. Jenama tersebut kemudian menambah sentuhan warna kepada rangkaiannya pada 2017 menerusi perisa Ubi Keledek Ungu baharu yang membawakan kelainan yang menyelerakan tetapi dengan keenakan dan kerangupan yang sama di samping rasa manis semula jadi dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan.
- Mister Potato Crisps - Asli, Pedas & Panas, Krim Masam dan Bawang, Tomato, Barbeku dan Keju Madu, Ubi Keledek, Ubi Keledek Jagung Manis;
- Mister Potato Chips - Asli, Pedas & Panas, Barbeku, Tomato, dan Keju Madu;
- Mister Potato Syok Wave Crinkle Cut Chips - Ayam Goreng Berapi, Barbeku dan Seafood
Produk Mister Potato boleh didapati dalam paket dan juga kanister dan dijual pada harga RM3.20 dan ke atas. Semua produk Mister Potato boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai runcit di seluruh negara, dan juga menerusi gedung rasmi MAMEE di Lazada (https://bit.ly/3fX5hpE) dan Shopee (https://shp.ee/xim7frj).
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Mister Potato Chips, sila telefon talian khas percuma MAMEE-Double Decker 1-300-22-6263 atau menghantar mesej WhatsApp ke +606-231 6362 antara jam 9 pagi dan 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, menghantar e-mel ke careline@mamee.com.my atau
Website : https://mamee.com
Facebook : www.facebook.com/misterpotatocrisps
Instagram : www.instagram.com/misterpotato_my
Love,