Grilled Butter Chicken Kini Kembali Di 'THE CHICKEN RICE SHOP'

10:15 PM

Populariti anime telah lama mencipta sejarah bukan sahaja di Jepun malah juga di seluruh dunia dan perkataan henshin dalam bahasa jepun (yang bermaksud transformasi) kerap digunakan apabila watak-watak anime berubah daripada manusia biasa kepada adiwira yang hebat dan berkuasa. Turut menyertai trend henshin ini ialah restoran terkemuka, The Chicken Rice Shop (TCRS), yang tidak sabar untuk membawa kembali hidangan Grilled Butter Chicken yang diperbaharui dengan serbuk roti katsu. 


Grilled Butter Chicken yang telah diperkenalkan 15 tahun yang lalu kini didatangkan kembali dengan citarasa baharu yang pasti memukau. Hidangan istimewa ini boleh didapati dari cawangan TCRS seluruh negara mulai 7 November 2022 hingga 8 Januari 2023. Grilled Butter Chicken Katsu Henshin baharu ini lebih rangup, lebih berperisa, dan pasti memenuhi citarasa para pelanggan dan ia tersedia dalam tiga set hidangan yang berbeza untuk dinikmati semua. Empuk lagi enak, Grilled Butter Chicken Katsu Henshin ini merupakan kombinasi terbaik antara isi ayam dan tepung roti katsu yang disempurnakan lagi dengan salutan sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang pasti menawan hati rakyat Malaysia.


Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkata bahawa budaya Jepun kini sudah menjadi satu budaya yang diterima oleh rakyat Malaysia, daripada keunikan lukisan anime sehinggalah makanan mereka yang menggamit selera. Oleh itu, TCRS mengambil peluang ini untuk mencipta peningkatan hidangan popular restoran tersebut dengan sentuhan yang lagi melazatkan. 

“Sejak bertahun-tahun lalu, TCRS telah memperkenalkan pelbagai hidangan yang diilhamkan oleh budaya yang berbeza untuk memenuhi permintaan pelanggan kami. Oleh sebab ramai rakyat Malaysia semakin minat akan makanan Jepun, kami bercadang untuk menambah elemen Jepun ke dalam resipi kami dan kami telah memutuskan untuk mempertingkatkan menu popular TCRS iaitu Grilled Butter Chicken dengan sentuhan dari negara matahari terbit,” kata Encik Wong.


Pemain Cosplay tempatan turut memeriahkan lagi suasana di TCRS, IOI City Mall dengan mengejutkan pelanggan dengan menghidangkan Grilled Butter Chicken Katsu Henshin sempena meraikan pelancaran makanan kegemaran orang ramai ini yang kini kembali dengan resipi yang istimewa. 

“Walaupun ramai yang lebih selesa untuk mempamerkan rasa kasih sayang atau penghargaan mereka melalui pemberian hadiah, di TCRS, kami menyampaikan rasa sayang dan penghargaan melalui makanan. Makanan merupakan nadi setiap budaya dan oleh itu, makanan mampu menjadi pemangkin dalam memupuk dan membina hubungan sesama manusia,” tambah Encik Wong.


Berpegang teguh pada slogan ‘Chicken Rice… and More’, TCRS sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka dengan memastikan mereka dapat menikmati pengalaman pemakanan yang luar biasa. TCRS berharap untuk mengakhiri tahun ini sejajar dengan kelazatan menu ayam lazat berkrim mereka dan mereka juga bertekad untuk meraih momentum yang positif menjelang tahun 2023.


Selain menjamu pelanggan dengan hidangan yang pasti akan menawan hati keluarga dan rakan-rakan mereka, TCRS juga akan mengadakan Cabaran #GBCKatsuHenshin di platform media sosial mereka di mana peminat berpeluang memenangi baucar TCRS untuk menikmati Grilled Butter Chicken Katsu Henshin di outlet TCRS terdekat.

Untuk maklumat lanjut tentang Grilled Butter Chicken Katsu Henshin dan Cabaran #GBCKatsuHenshin, sila layari


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook