Sudah tiba masanya untuk kita berkumpul dan menikmati
makanan yang lazat bersama-sama. Kini, dengan tiadanya sekatan pergerakan dan perjalanan, orang ramai dapat bersosial dan berkumpul bersama ahli keluarga dan rakan taulan dalam bulan puasa sehinggalah sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Untuk tahun ni, Bangi Golf Resort (BGR) dengan menawarkan Bufet Ramadan tahun ini dengan lebih kepelbagaian hidangan dan minuman yang sedap, menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi dengan tawaran harga yang amat berpatutan.
Bufet Ramadan kali ini menawarkan menu kegemaran klasik BGR iaitu Kambing Golek (dibakar secara perlahan), Sup Kambing Mamak yang berempah dan wangi, Sate Ayam yang dibuat dan dibakar di BGR, Smoked Spaghetti Carbonara, dan kegemaran ramai setiap tahun: Sous Vide Egg dengan Mushroom Espuma.
Seperti biasa, pengunjung boleh menikmati sajian terkenal BGR iaitu Nasi Kerabu, nasi yang dimasak secara tradisional menggunakan bunga telang yang dihidang bersama beraneka ulam yang mana ianya dipetik segar daripada ladang BGR sendiri.
Nantikan hidangan baru yang bakal diperkenalkan tahun ini: Indian Chicken Varuval, Paru Salai Masak Lemak Cili Api, House-made Swedish Meatball, Marmite Fried Chicken, Soy Sauce Chicken with Ginger Scallion Sauce, Ikan Masak Asam Pedas, Makanan Laut Masak Berlado, Thai Beef Noodles dan banyak lagi.
Pengunjung bufet juga boleh memilih daripada menu pencuci mulut yang melebihi 50 jenis termasuklah kuih-muih tempatan: Talam Cendol, Kuih Seri Muka, Kuih Koci, Apam Seri Ayu, Lemang Balut Serunding Ayam Pedas, Pulut Putih & Serawa Durian, dan sebagainya. Tidak dilupakan juga pilihan kek seperti Lamington Cake, Blueberry Cheese Cake, Opera Cake dan Hazelnut Chocolate Cake.
Kanak-kanak yang datang bersama dapat menikmati Ais Krim Soft Serve, Popcorn Karamel dan menu baru tahun ini: Gula-gula Kapas dan juga 'Menghias Spanish Churros Anda' dengan Sos Marshmallow, Sos Pekat Coklat dan Rainbow Sprinkles buatan BGR.
Sejak penganugerahan sijil HALAL dari JAKIM yang diterima pada tahun 2009, BGR merupakan antara sebahagian kecil golf resort di Malaysia yang mempunyai pensijilan ini. Sebagai tambahan, BGR juga telah dianugerahkan Sijil HACCP bagi dapur mereka sejak tahun 2021. Anda tidak perlu merasa was-was tentang komitmen BGR dalam memastikan Halalan Toyyiban serta piawaian kebersihan dan keselamatan makanan.
Bufet Ramadan BGR akan mula beroperasi daripada 23 Mac 2023 sehingga 20 April 2023 pada harga RM65.00 seorang dewasa dan RM32.50 seorang kanak-kanak. Harga diskaun bagi yang berkumpulan dan di luar waktu puncak dalam bulan Ramadan boleh ditempah dengan melayari laman sesawang mereka https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2023/. Semua harga yang dipaparkan di atas adalah tertakluk kepada 6% SST.
Para pengunjung boleh berbuka puasa dengan selesa dengan adanya kemudahan di BGR seperti 800 lot tempat letak kereta yang percuma serta ruangan surau yang cukup besar untuk para tetamu lelaki dan wanita.
Love,