Red Velvet Cheese Baharu COOLBLOG!

10:44 PM

Sempena musim perayaan, Coolblog melancarkan siri Red Velvet Cheese yang menampilkan dua perisa terbaharu iaitu Red Velvet Cheese dan Red Velvet Choco Cheese! Peminat red velvet kini berpeluang menikmati keenakan kek kegemaran dalam bentuk smoothie di cawangan Coolblog di seluruh negara mulai 25 November.


Sebagai jenama bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal di Malaysia, Coolblog percaya bahawa kenikmatan pasti dapat diperolehi daripada pilihan minuman yang terbaik dari segi rasa, kepelbagaian, dan nilai. Coolblog menawarkan siri Red Velvet Cheese yang diilhamkan oleh perayaan Krismas untuk menceriakan lagi suasana hujung tahun yang sangat dinanti-nantikan.


“Kek red velvet memang diminati ramai! Warna merah yang juga dikenali sebagai ‘warna kegembiraan’ mencantikkan lagi penampilan kek ini dan mencerminkan keceriaan musim perayaan! Keenakan kek red velvet in dapat dirasakan seolah-olah pelukan daripada orang yang tersayang. Oleh itu, kami menginspirasikan kek red velvet ini untuk menghasilkan kenikmatannya dalam bentuk smoothie dengan pelancaran siri Red Velvet Cheese kami,” kata Ashida Arshad, Pengurus Kempen Pemasaran Coolblog.


Bagi pengemar coklat, Red Velvet Choco Cheese adalah pilihan terbaik kerana smoothie ini adalah gabungan antara perisa red velvet dan coklat Coolblog yang istimewa - adunan perisa yang pasti menambat rasa penggemar coklat! Dengan adanya penutup khas yang senang dibuka, para pelanggan dapat menikmati keenakan taburan biskut red velvet yang melengkapi siri smoothie ini dengan mudah. Setiap minuman berharga RM11.90. Minuman ini juga dilengkapi dengan stopper berbentuk hati - dimana ia boleh dijadikan sebagai hadiah untuk orang tersayang!


Bukan itu sahaja, peminat boleh menambah biskut gingerbread boy atau girl yang berharga RM5.50 sekeping untuk dinikmati bersama. Biskut gingerbread boleh didapati di cawangan Coolblog terpilih sepanjang kempen Red Velvet Cheese dan dapat dijadikan sebagai pelengkap minuman ini.


“Kami menjanjikan kegembiraan dan kepuasan citarasa pelanggan apabila menikmati minuman Coolblog kerana kami komited memberikan yang terbaik demi mewujudkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan khas buat pelanggan,” menurut Ashida. 

Untuk maklumat lanjut tentang Coolblog & promosi sila layari : 

Facebook : Coolblog.my
Instagram : CoolblogMalaysia 
TikTok : coolblogmalaysia
Twitter : CoolblogMY

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook