Guardian Malaysia hari ini mengadakan tayangan perdana ‘Guardian Raya Untuk Semua’,
video Raya Guardian untuk Hari Raya 2023, bersempena dengan pelancaran tawaran Hari
Rayanya yang menakjubkan!
Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata;
“Video Raya 2023 kami, bertajuk ‘Guardian Raya Untuk Semua’, dihasilkan dengan tujuan
untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan nilai-nilai kekeluargaan, terutamanya di
masa-masa berharga seperti Hari Raya.
“Kami turut menggunakan kesempatan ini untuk menyerlahkan peranan Guardian dalam
kehidupan seharian rakyat Malaysia dengan membantu mereka berhari raya secara sihat dan
bergaya, menerusi tawaran pelbagai produk kesihatan dan kecantikan hebat pada nilai yang
lebih baik tahun ini!” jelas beliau di majlis tayangan video raya dan berbuka puasa bersama
media.
Video Raya tersebut, yang menampilkan lagu berirama joget yang rancak oleh Guardian,
dibangunkan dengan tema - ‘Keluarga yang ceria bersama, kekal bersama’ (A family that
plays together, stays together).
Di sebalik perbezaan mereka, berlainan personaliti dan perangai, apabila seisi keluarga
bersatu, mereka teguh ibarat sebuah rumah yang kukuh, saling membantu antara satu sama
lain agar hubungan lebih harmoni dan gembira.
Teo berkata: “Di Guardian, kami meraikan kelainan dan kepelbagaian. Guardian adalah untuk
semua. Tidak kira siapa anda, apa keperluan anda, usia atau jantina anda, Guardian adalah
jenama yang memenuhi segala keperluan kesihatan dan kecantikan anda, menyatukan
keluarga dan kami akan sentiasa bersama anda.”
Apa yang menjadikan video Raya kali ini berbeza daripada yang sebelumnya adalah, untuk
video Raya tahun ini, Guardian menampilkan empat pelanggan setia Guardian. Empat wanita
ini merupakan antara finalis Peraduan Face of Healthy Beauty Guardian yang diadakan pada
2019.
Teo berkata, keempat-empat wanita ini; Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad
Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi, adalah pelanggan setia Guardian
dan merupakan testimoni hidup Healthy Beauty - konsep kehidupan yang diperjuangkan oleh
Guardian dalam semua acaranya.
“Kami sangat berbangga dengan mereka sehingga kami memberikan gelaran ‘Ikon Healthy
Beauty’ kepada keempat-empat wanita ini,” jelas Teo.
Untuk membantu pelanggan kekal sihat dan cantik menjelang Hari Raya, Teo turut
mengumumkan tawaran ‘Raya Untuk Semua’ Guardian yang menampilkan promosi
penjimatan sehingga 50% yang akan bermula di semua stor fizikal dan dalam talian mulai 30
Mac 2023.
Antara tawaran istimewa Hari Raya termasuk:
- Hadiah Percuma Eksklusif
- Percuma Beg Penyusun Kecantikan dengan pembelian RM160 dan ke atas
- Percuma Set Hadiah Pinggan Seramik 3 Keping dengan pembelian RM120 dan ke atas
- Percuma Bekas Kaca Meadows dengan Penutup Buluh dengan pembelian RM120 dan ke atas
- Belian dengan Belian Air Fryer Mini Eksklusif 1.5L pada RM89 dan jimat 50% (tertakluk terma dan syarat)
- Percuma Kupon Penjagaan Kulit RM10 dengan pembelian RM80 dan ke atas
- Percuma Baucar Jenama Penjagaan Kulit bernilai RM118
- Diskaun 70% untuk barangan kedua untuk produk penjagaan diri terpilih jenama Guardian
- Percuma Sampul Duit Raya (6s) dengan pembelian RM68 dan ke atas
Di bulan Ramadan yang mulia ini, bulan dimana kita digalakkan untuk berusaha melakukan
amalan baik dan kebajikan, pelanggan Guardian juga boleh membantu kanak-kanak kurang
bernasib baik di Malaysia dengan membeli mana-mana produk mandian jenama Guardian.
Untuk setiap liter yang dijual, Guardian akan mendermakan RM0.15 ke tabung yang telah
diwujudkan untuk membeli produk penjagaan mandian untuk mereka.
“Jadi, rebutlah tawaran menakjubkan yang telah kami sediakan untuk anda sempena Hari
Raya ini. Pastikan anda kelihatan segak, anggun dan sihat apabila pulang menziarahi sanak
saudara di kampung di Hari Raya nanti,” kata Teo mengakhiri.
Video Hari Raya ‘Raya Untuk Semua’ Guardian boleh ditonton dengan mengakses pautan ini:
https://youtu.be/PSbunZ8FYr0 dan tawaran ‘Raya Untuk Semua’ Guardian boleh dilihat di
www.guardian.com.my dan di aplikasi mudah alih Guardian.
Love,