Tips Pregnancy

Tip-Tip Kesihatan Semasa Hamil Ketika Berpuasa

1:16 PM

Salam semua.. Lagi 5 hari kita nak posa kan.. kejap jer rasa tahun ni tup tup dah posa.. Tahun ni mama puasa ketika hamil.. Memang akan cabaran yang kuat bagi mama.. Macam mana lah nanti mama nak harungi bulan Ramadhan kali ni.. Harap-harap mama or ibu-ibu mengandung dekat luar sana boleh puasa penuh untuk tahun ni.. Jom mama nak bagi tips kesihatan semasa hamil ketika berpuasa.

Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil ketika berpuasa? 

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketidakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. 

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa? 

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan : 
  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah) 
  • susu atau yogurt rendah lemak 
  • sup jernih. 
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi : 
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang 
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh 
  • dan banyak sayur-sayuran. 
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan. 

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil? 

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi : 
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair 
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak 
  • dan buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang. 
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat. Saya suka minum kopi dan / atau teh selepas berbuka. 

Bagaimana saya boleh menggantikannya? 

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda. 

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan? 

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan :
  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan. 
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat. 
Sumber dari : http://www.babycenter.com.my/a1028984/tip-tip-kesihatan-semasa-hamil-dan-berpuasa


Love,
/>

You Might Also Like

9 Comments

  1. thanks for the tips Mama Jue :D niat nak cuba puasa tahun ni. last 2 years ada try sekali gastric tergolek golek dah. masa mengandung ni perut banyak angin

    ReplyDelete
  2. wow...bagus tips ni...
    dulu masa i preggy masa bulan puasa, dua minggu terakhir puasa tu mmg x larat sgt dah...sampai doc suruh buka puasa...
    ada tips mcm ni mmg membantu wanita hamil di luar sana...

    ReplyDelete
  3. Bukan senang utk ibu mengandung utk berpuasa dosiang hari lg2 yg bekerja. Kesian dengan bawabperut membuyut tapi menahan utk berpuasa. Selalu kak no doakan utk ibu2 mengandung jd kuat dan sihat hingga berbuka. Midah2an tips ini berjaya utk dicuba

    ReplyDelete
  4. Betul2 memang xsenang nak berpuasa semasa mengandung ni.. samalah macam deeba.. susah.. last2 asyik sakit je doktor cakap xpe puan tak yah puasa buat sementara ni.. tu la ni yang kena ganti puasa ni.. lagi bape hari je kan.. btw mama jue, ibu fateh follow sini.. jemput la sini blog ibu :)

    ReplyDelete
  5. bagus tip ni.. untuk ibu hamil kene cubakan!

    ReplyDelete

Like us on Facebook