Resepi

Resepi Gulai Ikan Talang Utara

1:56 PM

Setiap bulan puasa, tekak mesti teringin nak makan gulai ikan talang masin.. dah lama giler tak buat.. sebab stok ikan talang masin tak ada kat sini.. nak beli kat sini pepaham la mama is tak kenal :p so call mama merap tolong belikan lah.. hehehe... Sekor ikan talang masin ni RM20 lebih rasanya.. besar.. jenuh kerat jugak la tadi guna gunting.. hahaha.. 

Untuk buat gulai ikan talang ni belajar dengan tok & mama jugak.. biasa lah masa dulu2 sebelum kawin tahu makan jer.. sekarang hambek la kena belajar.. hahaha tapi dah belajar terus simpan resepi dalam blog ni.. nak buat kena bukak blog balik tengok bahan2 apa nak buat.. hahahha sila lah gelak yer.. hahh tak sabar nak berbuka bau aroma gulai ikan talang menyengat oiihhh sampai bintang lain pun datang.. korang tau kan menatang apa yang terbang.. hahahah.. Dah jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya.. mudah jer uolls..

Bahan-bahan Rebus :- 

* 3 biji bawang merah
* 5 sudu besar rempah kari ikan
* 1 mangkuk santan
* Isi dan tulang ikan talang masin
* 1 batang terung
* 3 keping asam keping

Bahan-bahan Tumis :-

* 4 ulas bawang putih
* 3 biji bawang merah
* 1 ½ sudu kecil jintan manis

Cara-caranya :- 

- Tumbuk bawang merah dan isi ikan talang sehingga hancur. Kemudian masukkan ke dalam rempah kari yang telah digaul dengan air sehingga menjadi pes cair.

- Rebus pes cair serbuk kari yang dicampurkan dengan tulang ikan talang sehingga hempuk. Selepas itu, masukkan santan, asam keping dan terung yang telah dipotong serong. Masak sehingga terung masak, jika pekat tambah sedikit air. Kemudian tutupkan api.

- Untuk bahan tumis darat pulak, hiris nipis bawang merah & bawang putih, panaskan minyak dalam pan dan tumis bawang merah, bawang putih dan jintan manis sehingga kekuningan.

- Kemudian masukkan bahan tumis darat ke dalam gulai ikan talang tersebut. Gaul sehingga sebati. Akhir sekali masukkan garam serta pak aji. Siap...

Gulai ikan talang utara.

Untuk melihat versi cara-cara gambar boleh tekan di SINI


Selamat Mencuba


Love,
/>

You Might Also Like

6 Comments

  1. perrgghhhh Jue :) Ni baru smyg zohor. Kang silap niat mghrib kang..

    ReplyDelete
  2. kalau kat belah2 kedah nun kenduri ja menu ni wajib ada la..kena dengan nasi minyak memang best.

    ReplyDelete
  3. alaamak.. sedapp tgk...tp kita xmkn ikan..hehee

    ReplyDelete

Like us on Facebook