Product Review

DewDrop Young Living Essential Oil

12:00 AM

DewDrop Young Living Essential Oil | Korang pernah dengar tak pasal Young Living Essential Oil ni? Alaa yang asap keluar dengan bau wangi tu. Actually dah lama mama tahu pasal ni tapi mama fikir ala asap tu jer pun. Hahah negative thinking sangatttt.. Mama macam tak berapa ambik kesah sangat la pasal benda tu. Ada juga terbaca pasal YL ni dapat menenangkan mood. menyembuhkan anak selesema dan banyak lagi lah. Mama macam terfikir la juga macam mana asap tu dengan essential oil tu boleh guna untuk kesihatan diri. Hahh nak tahu pasal DewDrop Young Living Essential Oil meh baca sampai habis ok.


DewDrop Diffuser Young Living ni mama beli dari blogger Safura. Sebenarnya mama dah lama ada penyakit susah nak tidur atau dikenali insomnia. Hahh giler rasa tak leh tido malam ni tau. Pukul 3,4 pagi mata mama segar bugar. Kalau tido pun macam tido-tido ayam. Hahh stress rasa macam nak telan ubat batuk jer. Aiissshh mana boleh mama ni dah la tengah menyusu badan kang apa yang mama makan Qeisya pun makan jugak. Tak pasal2 Qeisya melena jer pulak. 

Safura suggest beli dan cuba DewDrop Diffuser Young Living ni. Hehehe memula mama cakap mesti mahal. Almaklum la mama dah tak kerja dan tak bergaji agak payah la nak membeli sesuatu dengan harga yang mahal. Duit tu baik guna perkara yang penting dan juga untuk anak-anak. Kang beli membazir pulak. Yer lah benda bukan murah kan tapi benda bukan murah tu mesti ada kebaikkan tersendiri. Dengan hasil duit review yang mama dapat mama pejam mata jugak la beli DewDrop Young Living ni dengan niat untuk kesihatan diri dan juga anak-anak. Heyy ayat mak-mak sangat laaa.. hahaha


DewDrop Diffuser dari Young Living ni banyak kelebihan dia dan diinspirasi dari kesucian dan kecantikan titisan embun di waktu pagi. Hahhh ayat kemahin ni pun sebab mama baca yer. Antara kelebihan dia menggunakan ultrasonic untuk membebaskan molekul-molekul halus dari essential oil ke udara. Essential oil dari Young Living adalah 100% minyak therapi tanpa campuran bahan-bahan lain. Ia semata-mata pati tumbuhan yang dihasilkan dengan kaedah pengewapan. Molekul dari essential oil ini sangat halus, jadi sangat digallakkan menggunakan diffuser dari Young Living untuk membebaskan molekul dari essential oil ke udara dan seterusnya kita dapat manfaat dari essential oil.

DewDrop Diffuser ini bukan hanya sebagai penyebar aroma essential oil tetapi ia juga berfungsi sebagai humidifier dan automizer dalam satu produk yang sangat simple. Bukan itu sahaja diffuser boleh ubah suasana di rumah seperti di spa tau. Diffuser ini digunakan selama 4 jam dan ia akan menyalakan lampu biru yang boleh dijadikan lampu tidur. Setelah 4 jam lampu akan terpadam dengan sendirinya. 


Mesti tanya macam mana nak guna dan kebaikkan diffuser ni. Memula niat mama memang nak dapatkan tidur yang lena dan berkualiti so Safura suggest mama beli Essential Oil Cedarwood & Lavender. Bagi pembelian DewDrop korang akan dapat percuma 2 essential oil Lavender dan Lemon. Dah ada 2 oil tu pun cukup dah. Safura cakap kalau ada anak demam, batuk dan selesema boleh jer diffuse Lemon. Lavender pulak untuk mengelakkan stress, sakit kepala, kulit kering, ketenangan dan banyak lagi. 

Mama tengah berangan nak ada semua essential oil ni. Ehh banyak kegunaan dia tau. InsyaAllah ada duit review mama nak beli sikit-sikit lah.. Selama seminggu mama gunakan Young Living ni Alhamdulillah mama dah boleh tidur memalam. Kira lena la dari sebelum ni rasa susah nak tidur. Bayangkan menguap 10x tapi tak boleh lena. Lepas diffuser Cedarwood + Lavender terus mama boleh lena dengan tenangnya. Bebudak ni pun senang jer lena lepas diffuse YL ni tapi Qebal asyik komplen mama bau dia tak sedap la busuk la.. hahaha.. 


Satu lagi yang paling mama suka adalah eczema dan parut jerawat makin kurang. Mama tak pasti la dari skincare ker apa tapi mama memang takder pakai krim malam tau sebab selalu terlupa. Hahaha memang mama diffuse Lavender + Lemon atau Lavender + Cedarwood jer memalam. Ehh lupa dah oil tu jer yang ada sekarang ni... Hahah senget mama ni.. 

Menarik kan diffuser Young Living ni. Kalau korang nak beli DewDrop Diffuser Young Living Essential Oil ini boleh contact Safura www.safurara.com atau whatsapp terus ke no 019-477 4240.

Love,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. Wah dah beli, akak pun plan nak beli dengan Rara juga.. baru ada satu EO yang Cedarwood tu.. susah tidur, sapu..

    ReplyDelete
  2. Ramai jugak yg review kata best... nak beli jugak tapi buat ms sekarang duk kumpuiii duit lg..hihihi

    ReplyDelete
  3. Bau-bauan tu buat mood kita bertambah baik dan menyihatkan minda... terapi positif...

    ReplyDelete
  4. Wow mama jua

    Dah susun macam tu botolnya nampak macam pelangi

    Mesin tu pun lawa letak dalam bilik siap ada lampu

    ReplyDelete
  5. Berangan nak beli jugak. Tapi budget belum ada lagi.

    ReplyDelete
  6. mmg bestttt kan jue..and e.o young living nie so far falsya guna mmg elok..nak2 masa qisya kene hfmd dulu..sgt membantu..

    ReplyDelete
  7. Macam best jaa haha mahal kna simpan duit dulu 😂

    ReplyDelete
  8. Jue, mahai ke rega dia..mcm best je..

    ReplyDelete

Like us on Facebook