Event Review

Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS Serdang | Sememangnya Luar Biasa

10:18 PM

Sebut sahaja animasi watak kartun Upin & Ipin, semua kanak-kanak pasti sukakanya termasuklah mak bapak sendiri pun turut teruja dengan kartun Upin & Ipin ini. Baru-baru ini mama berkesempatan membawa anak-anak ke Karnival Upin & Ipin 2017 di MAEPS Serdang, Selangor. Karnival Upin & Ipin kali ini bertemakan #UpinIpinLuarBiasa yang berlangsung dari 24 November sehingga 26 November 2017 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.


Pada Jumaat yang lalu, Karnival Upin & Ipin 2017 ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mihammad Nazri bin Abd Aziz iaitu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Oleh itu, Karnival Upin Dan Ipin ini telah diangkat menjadi Duta Pelancongan Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik di sini sememangnya anak-anak pasti teruja untuk melihat lebih dekat watak animasi yang mereka minat di kaca televisyen.


Manakala untuk harga tiket boleh terus beli secara online atau boleh terus beli di kaunter tiket di Hall C dengan harga yang berpatutan untuk melihat pameran di Hall A atau Hall C. Bagi yang ingin melihat watak animasi dengan secara lebih dekat bolehlah beli pakej VIP untuk jalan pintas di depan stage. 

Dewan Utama (Hall A)
  • Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
  • Ultraman Ribut
  • Puteri Limau
  • Pada Zaman Dahulu
  • Upin & Ipin The Musical
  • dan banyak lagi...
Dewan Magik (Hall C)
  • Alam Dino
  • Rumah Opah
  • Bergambar di Tadika Mesra
  • Bergambar bersama Ultraman Ribut
  • Berinteraksi bersama Kak Ros
  • dan banyak lagi...

Pada petang itu, kami terus ke Hall A untuk melihat apa yang menarik di sini. Masuk jer Hall A, anak-anak dah semakin teruja dengan hiasan dan suasana warna yang ceria. Terdapat pelbagai sudut untuk bergambar dari watak-watak animasi di bawah syarikat Les' Copaque Production.



Kami sekeluarga terus ke pentas utama untuk saksikan persembahan dari Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu dan juga yang dinanti-nantikan oleh anak-anak adalah Ultraman Ribut. Pada hari tersebut, kami berpeluang duduk di area VIP. Yang menariknya di bahagian VIP ini memang betul-betul di depan stage dan boleh tengok lebih dekat kesemua watak animasi. Mama suka dibahagian ni sebab tempat santai siap ada bean bag lagi. Tengok lah anak mama pun tidur jer padahal masa persembahan sound speaker sangat kuat. 


Persembahan Musical Upin & Ipin

Pada Zaman Dahulu

Di saat yang dinantikan kesemua anak-anak iaitu Ultraman Ribut. Wahhhhh bukan anak-anak jer teruja dan kagum melihat aksi persembahan Ultraman yang dibawa khas dari Jepun ini, malah mak bapak pun super excited melihat persembahan live tau. Tetiba mama papa pun jadi kanak-kanak riang. Heheheh memang happening sangat!

Ultraman Ribut

Raksasa besar!!

Nak tengok apa yang menarik di Hall C, jom tengok gambar di bawah ni. Mama hanya berkesempatan untuk tangkap gambar beberapa keping sahaja. Al maklum la anak-anak teruja nak tengok Upin & Ipin dan Ultraman Ribut jer. Hehehe.. Menarik juga di Hall C ni tau.. 

Depan rumah Opah.

Alam Dino. Macam real jer kan. 

Ehhh reban ayam Tok Dalang Rambo pun ada.. hehehhe

Yeahh Ultraman & Upin Ipin bergabung!!

Tadika Mesra pun ada jugak

Di Karnival Upin & Ipin juga terdapat pelbagai jualan barangan dan juga makanan. Bagi yang lapar boleh membeli makanan di luar dewan terdapat Food Truck. Manakala di dalam dewan juga terdapat jualan barangan, makanan dan minuman. 



Restoran Upin & Ipin.

Kedai jualan barangan Upin & Ipin. 

Sempat mama beli tshirt Silkscreen Upin & Ipin untuk anak-anak.


Sebelum balik mama sekeluarga bergambar di depan tangga rumah Opah..

Anak-anak seronok habis siap berulang kalilah cakap terima kasih mama bawakan Qebal & Qeram datang Karnival Upin & Ipin ni. Nanti kalau ada mama bawa lagi yer. Rasa berbaloi dan puas hati dapat gembirakan anak-anak sempena cuti sekolah bermula ni. Terima kasih kepada Les' Copaque Production kerana mengadakan Karnival Upin & Ipin yang sangat menarik dan sememangnya luar biasa. 

Untuk maklumat lanjut dan melihat gambar sekitar karnival boleh layari :


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook