Jalan-Jalan Di 1001 Expo WeBareBears, Eco Forest Semenyih

1:56 PM

1001 Expo WeBareBears, Eco Forest Semenyih | Hi korang.. Ok sebelum mama terlupa nak update pasal weekend ni baik mama settlekan sebelum mama balik kampung. Dah banyak hari duk nak pi nak pi Eco Forest ni tapi biasalah asal weekend mama full dengan event blogger.. End up ntah bila nak pi ke situ. So kemarin mama takder event apa-apa terus ajak en papa dan anak-anak keluar jejalan. Kalau duduk rumah mama rasa heyy semua pakat melingkaq jadi ular sawa. hahahah. Jom la tengok gambar sekitar 1001 Expo WeBareBears, Eco Forest Semenyih.. Maaf gambar banyak tau.. ini pun dah sorting habis untuk masuk dalam blog..

1001 Expo WeBareBears, Eco Forest Semenyih
Bertempat di Eco Forest Semenyih alaa korang jangan pergi ke Eco Majestic pulak tau.. Bukan-bukan.. Eco Forest ni jalan ke Broga Hill ok.. kira lepas University Nottigham tau. Mama keluar kemarin pagi jugak la.. pagi pun panaih weh... nak tak nak pergi la.. sekali mama ingat ohh mesti tak ramai.. hampeh ramai giler orangggg... hahahah cuaca panaih tu biasa lah kan.. kita orang parking dekat pintu gerbang entrance. Sesiapa tak nak naik van, korang boleh jalan kaki tapi kami malas nak jalan so naik la van yang disediakan. Alaa free jer pun.. Make sure korang kena bawak payung dan air mineral tau.. Sebab cuaca sangattttt panas.. hahahah.... dan tak lupa rayban. muahahhaa... 

Mekap mama tak cayaq lagi ni.. tunggu sat lagi muka berpeluh punya.. 

Sampai jer dekat sana korang kena register dulu kemudian baru boleh ambik tiket masuk dia percuma. Lepas tu barulah boleh masuk ke kawasan Expo dia. Ada orang tanya ada apa.. Hahh ada banyak patung bear angin jer.. Padahal Eco Forest ni baru jer bukak tempat ni. Kiranya Eco Forest nak jual rumah. Tapi kan kalau dah masuk sini mama is terlupa mama duduk Semenyih. Serius cantik tempat dia. Tapi masyaAllah panaihnyaaaa hahahah pokok semua redang2 lagi so tunggu la pokok dah tinggi tak panas la kot.. huhuh.. Dah la jom la tengok gambar kat sini.. 

Tengok muka cengkodok dah.. Baru masuk nak air.. bagi air mineral tapi tak nak.. ewahhh

Papa duduk atas dia.. oouuccchh sakit hahahha

Hahahha payung ni mama yang punya.. 

Seronok budak ni sampai merah muka dia.. heheheh

Heyy kacau mama nak bergambar dengan panda bear ni.. 

Cantik kan.. 

Permandangan di sini.. 

Bewak merah.. kalo memalam terjumpa mau mati kejung dulu sebab terkejut.. hahahahha

Warning aarrrr 

Ni bear paling besarrrr.. 

Cantik tak rumah kat sini.. harga mau ratus-ratus ribu wooohhhh

Anak-anak memang tak bagi kerjasama langsung.. nyampesss

Hahahah papa peluh ker.. wakakak.. mama pun berpeluh meleleh kat muka sampai masuk dalam mata.. tapi hahh vogue lagi dengan rayban. kekekke.. 


A big Duck.. 


Ada food truck kat sini so korang dahaga dan lapar boleh jer beli makan kat sini

Last pix.. bertabah la kalo en laki tolong tangkap gambar tak santek.. hahahhah.. 

Best kan.. apa lagi korang jom datang beramai-ramai ker 1001 Expo WeBareBears, Eco Forest Semenyih. Tiket masuk PERCUMA. Setiap weekend Sabtu & Ahad, jam 10 pagi - 6 petang. Cepat sebelum tarikh akhir pada 3 September 2017. Selamat menghitamkan diri kat sana. hehehhe.. 

Love,
/>

You Might Also Like

10 Comments

  1. Menariknya mama jue, anak anak sure suka patutng beruang bertenggek sana sini kan

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa laaa. Nak pergi tapi jauhhhh. Sellau tengok cerita katun bear tu je kat Cartoon Network. Hiks

    ReplyDelete
  3. Tak taula plak ada event macam ni kalau tak mesti dah pergi ari tu. nak kena pergi ni..

    ReplyDelete
  4. wah..pagi ni menjamu gambar yg banyak entry ni... :)

    ReplyDelete
  5. sempat lagi nie kalau nk pergi...thaks mama jue etry yang menarik...

    ReplyDelete
  6. Menariknya tempat ni.. mmg sesuai berkunjung bawa family santai2 juga. Baru perasan hari ni hari terakhir ekspo. Thanks sharing, salam berblogging :)

    ReplyDelete
  7. cantik nya rumah2 tu.. dah macam kt obersea plak.

    ReplyDelete

Like us on Facebook