Resepi

Pancakes Susu.

8:48 AM

Salam pagi Jumaat... Hari ni ntah apa vitamin "R" tak tau tetiba nak buat pancakes.. Seingat aku ada la 3 tahun lepas buat.. tu pun beli yang segera balik bancuh dengan ayaq.. tapi kali ni aku tak nak beli yang segera tu.. Gigih cari resepi kat internet.. kuikuikui.. :p Memandangkan tepung gandum memang sentiasa ada kan.. so daripada nak rosak baik aku cuba buat sesuatu.. ;)

Jom kita tengok resepinya... Senang jer...

Bahan-bahan :-
  • 1 1/2 cup tepung gandum
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/4 cup gula pasir
  • 1/4 cup melted butter
  • Secubit garam
  • 2 biji telur
  • 1 cup susu 
Cara-caranya :-
  • Campur semua bahan dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati
  • Panaskan kuali leper dan sapu sedikit butter.. Tuangkan 1 senduk adunan, biarkan keperangan dan terbalikkan
  • Buat hingga adunan semua habis
  • Sedia dimakan dengan madu, planta, jem strawberry & ikut suka korang la nak taruk apa.. 
Selamat Mencuba....

Pancakes Susu yang simple...

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook