Product Review

FemMist | Segar, Selesa & Yakin Sepanjang Hari

9:00 AM

FemMist | Segar, Selesa & Yakin Sepanjang Hari - Setiap kaum wanita tidak kira la umur berapa korang wajib menjaga kebersihan diri sepanjang hari. Selalu kalau kita rasa muka berminyak terus rasa nak cuci muka kan. Hahh gitu juga la pada bahagian intim wanita. Pelbagai produk yang terjual di pasaran untuk bahagian intim wanita tapi ada yang rasa tidak sesuai dengan kita. Tambah pula ada yang jenis air atau pun gel. Susahkan nak bawak kemana sahaja. Apa kata korang tengok produk dari Furley iaitu FemMist | Segar, Selesa & Yakin Sepanjang Hari.

FemMist | Segar, Selesa & Yakin Sepanjang Hari
Setiap kaum wanita mesti ada masalah mengenai tidak keselesaan pada bahagian intim seperti gatal dan kering bahagian tersebut. Ini disebabkan daripada pembersih wanita yang mengandungi bahan kimia, tekanan, air kotor, tidak menjaga pemakanan dan lain-lain lagi. Dek kerana ini semua terus terjadinya bakteria sehingga setiap wanita mengalami masalah keputihan. Kalau tak berubat boleh mendatangkan bau yang kurang menyenangkan.

Bagi wanita yang aktif di luar sana yang inginkan penjagaan bahagian intim dimana sahaja korang tak perlu khuatir lagi kerana FemMist ada penyelesaiannya. Hahhh senang jer dengan Spray FemMist ni korang tak perlu nak bilas dah tau. Korang hanya spray sahaja terus rasa segar sepanjang hari. 


FemMist
merupakan produk daripada Furley Bioextracts yang berupaya menghilangkan kerengsaan, keradangan, ketidakselesaan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Dengan FemMist ini membantu melawan jangkitan bakteria, fungus, keputihan serta menganjalkan kulit pada bahagian intim wanita. FemMist ini dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan manggis dan manjakani memberikan kesan dengan pantas untuk mengembalikan keremajaan dan kesegaran wanita. Satu lagi korang jangan risau FemMist ini berbau wangi manggis dan tiada berbau ubat langsung ok. 


Untuk penggunaanya amatlah mudah. Korang hanya spray sahaja ke bahagian intim atau atas panty liner dalam jarak 15 cm. Tidak perlu bilas tau. Botol yang kecil boleh dimasukkan ke dalam bag tangan. Untuk kesan optimum, korang boleh gunakan 3 kali sehari. Lepas jer spray terus rasa segar jer tau. Dengan FemMist ini sangat sesuai untuk kulit yang sensetive. 

Untuk sebotol FemMist yang mengandungi 35ml boleh digunakan sehingga 300 kali spray dan harganya cuma RM48.00. Harga amat berpatutan dan mampu milik untuk semua wanita diluar sana. FemMist ini juga turut mendapat kelulusan HALAL oleh pihak JAKIM.


Jadi setiap wanita wajib kena ada FemMist ini dalam handbag korang untuk memudahkan korang rasa segar, selesa dan yakin sepanjang hari. Dengan FemMist korang tidak perlu risau kegatalan, bau yang kurang senang serta ketidakselesaan lagi. Malah korang akan berpuas hati serta yakin selepas sembur FemMist ini. 

Untuk dapatkan diskaun RM10.00 boleh guna coupon code ---> MAMAJUE-FBIO

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Telefon : 03-8724 3280 / 79
Email : support@furleybio.com

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook