Dutch Lady Malaysia hari ini mengesahkan
bahawa semua produknya adalah selamat dan memenuhi standard keselamatan
makanan Malaysia dan antarabangsa. Hal ini telah disahkan oleh keputusan ujian
rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.
Keputusan makmal KKM adalah 100% selaras dengan ujian bebas Dutch Lady
Malaysia yang dijalankan oleh makmal-makmal yang diakreditasi di Malaysia dan
Singapura. Penyiasatan yang dijalankan oleh Dutch Lady seterusnya mengesahkan
bahawa hanya produk Dutch Lady yang sahih sahaja dijual di pasaran.
“Kami merasa sukacita dengan keputusan yang diumumkan oleh Kementerian
Kesihatan yang menyokong penemuan kami sebelum ini bahawa tiada sebarang
kekurangan dari segi kualiti produk dan susu kami adalah selamat untuk diminum.
Kami juga gembira bahawa penyiasatan kami turut mengesahkan bahawa semua
produk Dutch Lady yang dijual di Malaysia adalah produk yang sahih,” kata Tarang
Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia.
“Dutch Lady telah beroperasi di Malaysia sejak 55 tahun dan kesihatan serta
kesejahteraan para pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami
mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas sokongan dan kepercayaan
mereka yang berterusan terhadap jenama kami,” Gupta menambah.
Untuk pertanyaan lanjut tentang produk Dutch Lady, sila hubungi talian Dutch Lady
Careline di 1-800-88-1191 atau melalui e-mel di
dutchladycareline@frieslandcampina.com. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dutchlady.com.my/milkbatchinvestigation.
Love,
0 Comments