Bandito Pocket Versi Mama Menggunakan Mission Wraps

9:21 AM

Assalamualaikum. Fuhh hembus keyboard.. Perghh lamanya blog bercuti kang kalo buat tak tahu sure makin berabuk la blog ni. Since cuti raya cina terus blog mama pun bercuti. Ntah la untuk blogging makin down. Rasa macam takder semangat dah. Semangat untuk blogging tu macam tak lama lagi makin terkubur. Penat dengan orang asyik mengata ni. Tak pernah nak habis. Sebelum apa-apa baik mama update pasal Mission Wraps ni. Hehehe ada kisah pasal wraps ni.. kalo teringat nak tergelak.


Sebut jer Mission Wraps ni, kalau teringat 5, 6 tahun lepas mama pernah beli sepeket ni. Kunun nak makan sarapan pagi la.. Time tu rasa Qebal kecik lagi. Beli sepeket Mission Wraps ni sampai 2 tahun tak sentuh dan last-last buang jer dalam tong sampah. Hahahah.. dari situ sampai sudah tak berani beli dah kang en papa perli hahh beli terus masak dan makan. dia risau kang mission wraps kena buang lagi. Tapi since nak control perut en papa yang boncet tu, mama dah beli wraps ni hampir 4 peket dah. Memang makan sungguh kali ni. Yeaaaa... phewww lega tau.. Meh tengok hasil apa yang mama buat dengan wraps ni. Ehh jangan tak tahu kalo filling dia sedap, wraps tu pun jadi sedap. LOL.


Memula mama buat biasa-biasa jer sebab tak beli timun jepun, tomato semua tu. Memula mama buat wraps dengan isi ayam yang celup dengan tepung pedas tu balut jer dengan salad. Mama letak sos thousand island dengan sos jer dalam tu.. Wraps tu mama panas atas pan jer tu jadi sedikit hitam. Tapi wraps akan jadi keras. Better panaskan wraps dalam microwave jer lagi senang tau. Terus wraps tu lembut. 


Kemudian mama cuba cara lain pulak.. kali ni mama siap prepare timun jepun dengan tomato. Untuk kali ni mama buat telur dadar nipis letak atas permukaan wraps. Lepas tu mama letak salad, timun jepun dan tomato. letak mayonis, thousand island dan sos. Hahhh ini orang diet tak baper elok sebab sos tu kan manis. Sekali nak gulung wraps tu alamak tak boleh sebab isi padat sangat. dah sudah mama buat ala-ala bandito pocket KFC tu. hahahahah

Heheh tergoda tak tergoda tak? Ini kalau jual ni mahal tau. sebab isi dalam dia belambak2.. yang kfc punya kosong jer.. ngeee


Asyik makan dengan telur jer, mama pun tukar menu guna kepingan isi ikan. Ini pun beli yang frozen dan goreng jer. Macam ni pun sedap jugak. potong jer isi ikan memanjang gitu kunun senang la nak wraps sekali sama jugak isi filling tebal la pulak. Last2 jadi bandito pocket lagi.. lepas ni rasanya mama buat bandito pocket versi Mama Jue je lah. Heheheh.. 

Menarik kan.. 

Dalam kepala mama ni banyak lagi idea nak buat dengan mission wraps ni. Mama dengan en papa jer yang makan wraps ni.. Bebudak ni mana makan pun tengok ada sayur-sayur tobat la depa nak makan. En papa kata kalo tak tahu nak masak lauk apa makan dengan nasi mama buat jer wraps ni. kenyang pun kenyang. Hahh lagi lah mudah tak payah pening kepala nak fikir masak lauk apa untuk dia nanti. Hehehhe.. Bagi orang diet boleh la cuba makan wraps ni confirm korang kenyang tapi sos tak payah la letak melimpah ruah macam mama buat. Heheheh.. 

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook