VHalia | Bijirin Dengan Keenakan Halia Buluh Yang Hangat Dan Enaknya - Sarapan pagi sangat penting untuk memulakan harian dengan penuh tenaga. Tapi kalau setiap pagi jika pengambilan makanan seperti berminyak, sejuk, berlemak akan memudaratkan kesihatan sehingga pemakanan tidak seimbang. Dengan itu, badan kita akan menjadi lemah disebabkan gemar minum air sejuk atau kerap duduk di bilik berhawa dingin sepanjang hari. Korang tahu VHalia | Bijirin Dengan Keenakan Halia Buluh Yang Hangat Dan Enaknya sangat sesuai untuk yang masalah dengan sejuk ni.
VHalia | Bijirin Dengan Keenakan Halia Buluh Yang Hangat Dan Enaknya |
Oleh itu, dalam jangka masa panjang, badan kita akan menjadi lemah kerana banyak tenaga yang telah dibakar. Jadi, kita kerap mengalami sejuk tangan dan kaki, mudah letih, masalah sembelit, kerap jatuh sakit, peredaran darah yang lambat dan imuniti yang lemah. Jadi, kita wajiblah menukar corak pengambilan makanan dengan bijirin yang penuh khasiat dengan berasaskan halia agar sihat dan bertenaga.
GoodMorning VHalia dengan 18 Bijirin merupakan minuman halia-bijirin yang komprehensif dengan 18 jenis bijirin penuh yang kaya dengn lima warna fitnutrien serta halia buluh yang berkualiti tinggi. GoodMorning mengeluarkan VHalia dengan 2 bekas berbeza iaitu dalam bekas tin dan juga dalam bentuk sachet. Selain itu, ia turut mengandungi 9 ramuan unik yang berkhasiat seperti :-
- Halia Buluh
- Kurma
- Quinoa Merah
- B-Glukan
- Lesitin
- Lutien
- Prebiotik Inulin
- Aquamin F
- Fibersol-2
Antara kebaikkan 9 ramuan unik ini dalam VHalia adalah :-
- HALIA BULUH - Berbeza daripada halia biasa kerana Halia Buluh mempunyai aroma dan rasa yang pekat serta kaya dengan antioxida yang dapat memperbaiki penghadaman, memanaskan badan, meredakan loya, menggalakkan peredaran darah, mengawal diabetis, melambatkan penyaan, mengurangkan kejadian selsema dan anti-inflamasi.
- KURMA - Mengandungi vitamin, mineral dan serat makanan dan baik untuk proses penghadaman.
- QUINOA MERAH - Sumber protein baik dan kaya dengan antioksida dan serat makanan yang tinggi bagi membantu pergerakan usus.
- B-GLUKAN - Sejenis serat larut yang membantu menurunkan gula darah tinggi, tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi.
- LESITIN - Mengekalkan kesihatan saluran darah dan jantung, meningkatkan fungsi dan perkembangan sel otak.
- LUTIEN - Meningkatkan fungsi penglihatan.
- PREBIOTIK INULIN - Adalah sejenis serat larut air bagi membantu pergerakan usus, meningkatkan pembiakan bakteria baik dan menguatkan sistem imunisasi.
- AQUAMIN F - Membantu menguatkan gigi dan tulang.
- FIBERSOL-2 - Merupakan serat larut air yang unik diperolehi daripada jagung. Dapat membantu meningkatkan pengambilan serat dan pergerakan usus, membantu mengawal gula darah, kolestrol dan tekanan darah.
VHalia 18 Bijirin dengan lima warna FITONUTRIEN
Dari segi teksturnya pula memula mama ingat ada kepingan bijirin dalam tu tapi selepas buka tin dan tengok tekstur VHalia ini sejenis tepung yang sangat halus. Bau VHalia of course la bau halia yang menyegat tapi bagi yang pengemar halia jangan risau mesti boleh telan punya. Penyediaannya cukup mudah kerana VHalia ini mudah larut dalam air suam.
Selama seminggu mama amalkan VHalia ni memang mama akui mama kuat berpeluh, tangan dan kaki dah tak sejuk, rasa cergas dan tak lemah badan. Yang paling best badan sesiapa yang jenis banyak angin tu hahh memang kerap la buang angin. Hahahah. Badan pun rasa ringan jer sebab angin dalam badan dah keluar kalau ada angin dalam badan rasa lemah jer.
VHalia juga mengeluarkan produk dalam berbentuk sachet untuk memudahkan dibawa kemana sahaja. Dengan hanya satu sachet sahaja boleh mendapat sumber tenaga yang sangat tinggi serat makanan dan penuh khasiat bagi permulaan hari yang baik. Cara penyediaan cukup mudah bagi sachet hanya tuangkan 1 paket VHalia ke dalam 150ml air suam, kacau dan boleh terus diminum. Manakala dalam tin hanya campurkan 3 sudu VHalia ke dalam air suam. Boleh tambah ais ketul sebagai pilihan.
VHalia ini bukan sahaja untuk diminum malah kita boleh jer olah jadi resepi yang menarik tau. Macam mama sendiri mama gemar makan biskut halia tapi mama paling malas nak sagat halia sampai halus. Jadi dengan adanya VHalia ni lagilah mudah mama nak buat biskut halia untuk mama dan keluarga makan setiap petang. Dengan VHalia ini biskut menjadi lebih sedap dengan tinggi serat makanan dan sumber zat besi. Jom kita tengok Resepi Biskut Jejari VHalia yang sangat mudah.
RESEPI BISKUT JEJARI VHALIA
Bahan-bahan :-
- 200 gram tepung gandum
- 80 gram mentega
- 80 gram gula
- 50 gram VHalia
- 1 biji telur
- 1 sudu teh serbuk penaik
Cara-caranya :-
- Satukan mentega, gula dan telur dalam bekas. Kemudian pukul sehingga sebati.
- Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk VHalia dan serbuk penaik. Gaul adunan sehingga menjadi doh.
- Setelah itu, rehatkan doh selama 15 minit.
- Canaikan doh atas baking paper dengan ketebalan 3mm dan potong berbentuk seperti jejari.
- Letakkan di atas dulang pembakar dan bakar selama 15 minit dengan suhu 180'c dalam oven.
- Setelah siap sejukkan sebentar dan boleh dimakan.
Nak tengok video Resepi Biskut Jejari VHalia boleh tekan video ni yer.
Menarikkan dengan VHalia ni bukan sahaja untuk minum sarapan pagi malah boleh buat resepi yang penuh berkhasiat untuk dimakan bersama keluarga. VHalia ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur, ibu mengandung, warga tua, untuk orang demam, pening kepala dan muntah serta sangat recommended untuk ibu ketika berpantang.
Harga VHalia
Tin [1 kg] - RM49.90
Convenient Pack [25 gram x 8 Sachet] - RM10.90
Jadi tukarlah pengambilan minuman yang sihat untuk kesihatan yang lebih bertenaga, cantik dan berseri dengan VHalia kerana ia tinggi serat makanan, bebas kolestrol, banyak sumber zat besi dan protein. Yang paling penting VHalia ini tiada tambahan pewarna dan tiada pengawet serta HALAL. VHalia Hangat... Enaknya..
Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
Website : www.goodmorning.com.my
Facebook : www.facebook.com/goodmorningglobal
Instagram : www.instagram.com/goodmorningglobal
Hotline : 1-300-22-1818 | 011-1100 1818
Love,
0 Comments