Buffet Ramadhan 2019

BUFFET RAMADHAN 2019 | Cahaya Ramadan @ Bangi Resort Hotel

1:12 AM

Ramadhan 2019 datang lagi kali ini Bangi Resort Hotel mengadakan kepelbagaian adat dan tradisi hidangan Malaysia bersama beberapa hidangan kegemaran antarabangsa di Restoran Funtasia. Funtasia ialah sebuah restoran berkonsepkan bufet yang menyediakan hidangan tempatan, barat dan bermacam lagi gerai di mana chef-chef hebat beraksi di depan mata para pelanggan menyediakan hidangan yang menyelerakan sekaligus menjanjikan pengalaman luar biasa seperti di alam "wonderland" kulinari.


Seperti tahun-tahun yang lepas di Bangi Resort Hotel ini ramai pengunjung yang datang untuk berbuka puasa di sini. Mama pun turut tidak melepaskan peluang berbuka puasa bersama keluarga, sahabat handai dan kawan sekerja di restoran Funtasia yang mesra keluarga. Pada Sabtu lepas mama dijemput untuk preview Buffet Ramadhan 2019 dengan bertemakan Cahaya Ramadan. Pelbagai hidangan pembuka selera seperti rojak pasembor ke pemanis mulut sesejuk gelato dan banyak lagi dan semestinya ada sesuatu yang menarik untuk semua menjamu selera. 

Dekat restoran Funtasia ni memacam ada kuih muih dari traditional hinggalah dessert penuh jer. Makan la sampai tak larat makan yer dak. oh ya daripada hidangan pembuka selera yang dipamerkan diatas "Ferris Wheel" setinggi 12 kaki hingga kambing golek bakar, satay Malaysia dan BBQ ala Mongolia semua akan dipamerkan di landmark Funtasia ini. Tidak lupa juga pemanis mulut seperti ais kacang dan cendol, kuih ketayap yang dimasak secara langsung dan gelato berlainan perisa setiap hari. 




Manakala menu utama dia memang mengancam menu seperti ayam, udang, ikan, sotong, kambing, sayur semuanya ada di sini. Boleh jer nak makan kesemua menu utama ni dengan nasi kukus putih yang sedap. Mama kalau dah berbuka di hotel memang tak sentuh nasi sebab mama akan makan lauk pauk jer. So korang boleh pilih ajer buffet menu utama ni di sediakan bahagian dalam mahupun di luar. 





Menariknya di restoran Funtasia ini adalah restoran mesra keluarga yang sangat menitik berat khas untuk kanak-kanak. Almaklum la kita tengah makan anak-anak mesti akan bosan dan nak bermain kan. Tapi jangan risau di sini mereka menyediakan Kids Corner bagi kanak-kanak untuk memilih makanan yang mereka gemari seperti poporn, nugget, fries, pelbagai coklat yang menarik minat kanak-kanak. Makanan kegemaran anak-anak mama of coz la pizza pepperoni dan makanan barat seperti pasta dan spaghetti. 





Diantara hidangan kegemaran di restoran Funtasia ialah gyoza Jepun, nasi goreng robo-wok, hidangan eksklusif sup tulang dan sup kambing, kari kepala ikan dan serawa durian. Tak lupa juga korang datang ke restoran Funtasia wajiblah mencuba kambing golek dengan kuah lada hitam yang sangat sedap. Berulang jugak la mama dan en papa makan daging kambing dekat sini. memang terbaik kalau kuah dia sedap tau!!




Manakala tarikan istimewa buat bufet tahun ini ialah kehadiran robot barista bernama "Robbie" yang boleh menyediakan aiskrim dan minuman berasaskan kopi. Ini khusus peminat kopi bolehlah minum sampai puas sebab rasanya sama seperti setanding kopi cafe di luar sana tau. Jangan tak tahu mama sendiri sampai 3, 4 cawan minum iced latte yang dibuat oleh Robbie ni yer. Hahahah mama kan hantu kopi of coz tak nak lepas peluang minum kopi sedap ni. Anak-anak pun sama suka sangat iced chocolate yang Mr Robbie ni buat sedap kata anak-anak mama. 

Mr Robbie the Barista


Kesemua makanan di restoran Funtasia memang memenuhi selera kepuasan mama dan pengunjung lain. Kira sedap dan berbaloi dengan harga yang kita bayar lah. Makan jer sampai kenyang. Oh ya untuk parkir di sini adalah percuma bagi semua pengunjung dan kemudahan surau juga disediakan di tingkat 1 dan 2. 


Harga promosi dalam talian bermula 15 Mac hingga 15 April 2019 untuk 100 tempat terawal ialah RM75+ (dewasa) dan RM37.50+ (kanak-kanak). Selepas tempoh tersebut, harga dalam talian ialah RM85+ (dewasa) dan RM42.50+ (kanak-kanak). Tempahan melalui telefon dengan pra-bayar minimum 24 jam ialah RM90+ (dewasa) dan RM45+ (kanak-kanak). harga biasa bufet ialah RM120+ (dewasa) dan RM60+ (kanak-kanak). Bagi setiap pelanggan dewasa untuk promosi Buffet Cahaya Ramadan, RM3.60 akan disalurkan ke tabung Islamic Relief Malaysia.

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh layari :-

BANGI RESORT HOTEL
Off Persiaran Bandar
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Instagram : @bangi.resort.hotel
Email : fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com
Telefon : 03-8210 2222

Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. terus lapar nengok segala menu yg ada tuh... best tul lah
    harga utk yg promo tu... boleh tahan ok jgk banyak dpt kurangnya

    ReplyDelete
  2. Banyak pilihan makan dkt sini...
    semuanya sedap²...

    ReplyDelete
  3. Banyaknya pilihan. Ni duduk 2 jam pun blom tentu habis makan semua. 🤤🤤🤤

    ReplyDelete

Like us on Facebook