CAROUSELL Meraikan WIRA MALAYSIA Dengan Kempen #MYLOCALWIRA Sempena Hari KEMERDEKAAN
8:08 AM
Carousell, salah satu daripada pasaran
mudah alih terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, menganjurkan
usaha pro-sosialnya di seluruh negara dengan kempen #MYLocalWira
sehingga Ogos 31, bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke
62.
Bagi meraikan acara ini, #MYLocalWira menyeru semangat keprihatinan
rakyat Malaysia, dengan sokongan beberapa individu hebat dan terkenal –
lagenda skuasy negara Datuk Nicol David, pejuang seni mempertahankan
diri campuran (ONE MMA) wanita yang pertama di Malaysia dan duta Global
Citizen Ann Osman, model antarabangsa dan usahawan fesyen serta
kecantikan Amber Chia, atlet pemotoran professional dan “Ratu Drift”
Malaysia Leona Chin, penerjun kelas dunia Leong Mun Yee serta gimnas
nasional Farah Ann. Setiap dari invidividu ini telah menyumbangkan
beberapa item peribadi untuk dijual di Carousell, di mana hasilnya akan
disalurkan untuk tujuan amal.
Hasil kutipan penuh dari jualan barang-barang ini akan dimanfaatkan untuk Parents without Partners, sebuah organisasi amal yang ditubuhkan bagi membantu ibu bapa tunggal yang memerlukan. Dana yang dikumpul oleh organisasi ini terutamanya adalah melalui penjualan barangan pra-suka di kedai simpanan mereka, Jumble Station, yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai, dan hasil daripada #MYLocalWira akan menyokong perbelanjaan seperti sewa, barangan runcit dan bekalan sekolah.
Dari Rakyat Malaysia, Untuk Rakyat Malaysia
Dapatkan senarai penuh personaliti Malaysia beserta item untuk dijual di https://my.carousell.com/ atau melalui aplikasi Carousell setiap pembelian akan membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.
Untuk informasi lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Carousell di www.facebook.com/carousell.my di Instagram @carousell.my atau muat turun aplikasi Carousell menerusi Apple Store atau Google Play Store.
“Ramai rakyat Malaysia cukup bertuah dikurniakan lebih dari apa yang
diperlukan, sementara yang lain memerlukan bantuan. Dengan kempen
#MYLocalWira, kami bekerjasama dengan beberapa individu hebat dengan
menjual item pra-suka mereka di Carousell dalam satu tindakan mulia
‘memberi semula’ kepada rakyat Malaysia yang menyokong mereka
bertahun-tahun lamanya. Kami juga mengharapkan peminat akan mendapati
betapa bermaknanya untuk memiliki item peribadi yang memainkan peranan
penting dalam karier hero mereka. Dengan #MYLocalHero, kami memberikan
penghormatan kepada rakyat Malaysia yang telah membanggakan kita
semua, dan seterusnya berharap contoh yang diberi dapat memberikan
inspirasi kepada yang lain untuk mencapai kejayaan,” jelas En Tang Siew
Wai, Ketua Serantau, Malaysia, Carousell Malaysia.
Hasil kutipan penuh dari jualan barang-barang ini akan dimanfaatkan untuk Parents without Partners, sebuah organisasi amal yang ditubuhkan bagi membantu ibu bapa tunggal yang memerlukan. Dana yang dikumpul oleh organisasi ini terutamanya adalah melalui penjualan barangan pra-suka di kedai simpanan mereka, Jumble Station, yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai, dan hasil daripada #MYLocalWira akan menyokong perbelanjaan seperti sewa, barangan runcit dan bekalan sekolah.
Dari Rakyat Malaysia, Untuk Rakyat Malaysia
Dapatkan senarai penuh personaliti Malaysia beserta item untuk dijual di https://my.carousell.com/ atau melalui aplikasi Carousell setiap pembelian akan membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.
Untuk informasi lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Carousell di www.facebook.com/carousell.my di Instagram @carousell.my atau muat turun aplikasi Carousell menerusi Apple Store atau Google Play Store.
Love,
0 Comments