SHOPEE Sahut Seruan Untuk Kurangkan Kos Sara Hidup Dengan 9.9 SUPER SHOPPING DAY

11:57 AM

Dalam tempoh setahun lepas, pihak kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup di Malaysia. Satu inisiatif yang dilaksanakan baru-baru ini ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Kebangsaan E-dagang oleh Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan dan mengukuhkan penggunaan e-dagang lantas mengenepikan peranan orang tengah dalam usaha mengurangkan kos barangan pengguna.


Untuk mencapai matlamat ini, pihak kerajaan telah bekerjasama rapat dengan Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, dalam usaha mencari cara untuk mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia. Salah satu daripada usaha Shopee untuk berganding bahu dengan para peniaga runcit Malaysia adalah mengurangkan sekatan terhadap penglibatan umum dalam ekonomi digital. Tambahan lagi, kos mengendalikan perniagaan di dalam talian jauh lebih rendah. Dengan ini, Shopee menggalakkan para peniaga runcit untuk berkongsi penjimatan kos dengan pembeli, lantas menjadikan beli-belah dalam talian lebih termampu bagi pengguna. Hasilnya, pengguna dapat melihat purata penjimatan sebanyak 20% untuk barangan keperluan harian apabila mereka membeli-belah di Shopee pada hari biasa, dengan potensi penjimatan sehingga 90% semasa kempen membeli-belah utama seperti 9.9 Super Shopping Day.

Akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 9 September 2019, kempen ini membawakan tawaran dan diskaun hebat meliputi pelbagai kategori daripada jenama seperti Nutox, HP, L'Oréal, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, realme, Mr DIY dan Nestle. Untuk terus mendorong penggunaan e-dagang dan menggalakkan rakyat Malaysia memanfaatkan penjimatan ini, Shopee akan menurunkan perbelanjaan minimum untuk penghantaran percuma kepada RM9.


Kempen 9.9 Super Shopping Day menjanjikan promosi hebat dan hiburan menarik selama tiga minggu dan juga keistimewaan eksklusif yang dibawakan oleh para pemain industri terkemuka :
  • Jualan Kilat Shocking Sale - 9 kali sehari, nikmati tawaran serendah RM1. 
  • Pek Baucar Hebat RM9.90 – Bayar RM9.90 untuk menikmati baucar daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, Kkday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO, Dunkin Donuts serta Teppanyaki dan dapatkan penjimatan sehingga 17x jumlah wang anda dibelanjakan. 
  • “One or Not” - 21 motosikal Yamaha, 1 Honda City dan banyak lagi hanya untuk RM1. Jika pelanggan tersebut bukan pembeli terpilih, Shopee menjamin bayaran balik penuh. 
  • Pemegang kad Standard Chartered Mastercard – Potongan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120. Sah dari 19 Ogos hingga 9 September. 
  • Shihlin Taiwan – Beli 1 dapat 1 paket percuma Crispy Chicken Cracklings (Ayam Goreng Rangup) 
  • Wonda Coffee – Rangkaian produk baru eksklusif terlebih dahulu di Shopee, dengan harga pengenalan promosi untuk 300 pelanggan pertama. 
  • Dunkin Donuts – 2,000 pelanggan pertama dapat menikmati promosi RM0.99 untuk 1 Donut bernilai RM3.50 hanya pada 9 September. 
  • Burger King - Dapatkan set Whopper Jr & Cheeseburger, minuman dan kentang goreng hanya untuk RM9.90. 
  • The Alley – Nikmati teh susu boba eksklusif dari RM9. 
  • Häagen-Dazs – Nikmati secedok aiskrim pada harga RM9.90 dan dua cedok pada RM19. 
  • Wakil Penjual Sah Hong Leong Yamaha – Nikmati diskaun eksklusif sehingga 30% bagi pembelian motosikal Yamaha termasuk Yamaha NVX, Y15zr dan LC135 pada 9 September. 
  • BH Petrol dan Mydin akan memberikan 100 tiket bernilai RM35,000 untu saksikan Dato' Sri Siti Nurhaliza secara langsung di Konsert Mini SimplySiti X Shope.
Untuk lebih lanjut mengenai duta jenama terbaru Shopee di: https://shopee.com.my/shopeexronaldo 
dan dapatkan maklumat lanjut tentang 9.9 Super Shopping Day di https://shopee.com.my/m/99

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Memang tertunggu-tunggu Shopee buat jualan begini..
    Harga pun berbaloi-baloi..

    ReplyDelete

Like us on Facebook