Pengalaman Pertama Kali Sewa Kereta dengan SOCAR

3:10 AM

Semenjak ada kereta sendiri mama tak pernah mencuba sewa kereta di luar lagi. Hehehe. Yer lah dah ada kereta sendiri buat apa nak sewa kat luar. Kalau ingat balik bila kali terakhir sewa kereta masa 10 tahun yang lepas. Hahh biasa la masa tu baru dapat lesen so time tu giler stereng asyik nak drive jer. Hahaha nak guna kereta abah paham-paham la takut kena marah so sewa la kereta dekat luar. Tapi masa dulu nak sewa kereta sangat susah uolls siap kena cagar motor la, kena potostat ic dan lesen la dan nak kena ambik kunci la. Hahhh complicated sangat!! 

Sekarang ni orang nak sewa kereta semakin mudah tak perlu dah cagar motor bagai dan nak kena ambik kunci kereta dekat owner. Ni hahh zaman dah moden weh semuanya sewa dengan menggunakan app SOCAR jer. Korang pernah dengar tak SOCAR? Oh ya SOCAR ni merupakan satu perkhidmatan sewa kereta menjadi lebih mudah kerana ia menyediakan perkhidmatan kereta sewa secara digital. 


Untuk pengetahuan korang SOCAR ini asal dari Korea Selatan dan telah memilih Malaysia sebagai lokasi pertamanya di luar negara kerana Malaysia mempunyai kadar penggunaan telefon pintar dan media social yang tinggi. Terdapat pelbagai jenis kenderaan yang boleh disewa Perodua Axia, Honda City, Honda CRV dan lain-lain lagi. Korang boleh sewa dari sependek 30 minit hingga selama seminggu. Lagi lebih menarik, kadar sewaan ini termasuk petrol tanpa had. 

So mama tak nak citer pasal SOCAR tu semua mama nak cerita pertama kali mama menggunakan service SOCAR ni. Heheheh. Sebelum nak sewa tu hampir seminggu juga mama cuba belajar pasal app SOCAR. Risau macam mana la nak guna unlock kereta tu. Macam-macam mama fikir dalam otak tapi lepas dah guna app ni fuh memang senang. Terus terfikir SOCAR ni sangat bagus untuk sewa kereta dengan kadar segera. Hanya masuk app SOCAR dan buat booking, kemudian terus buat bayaran. Bayangkan dalam masa 10 minit booking sahaja korang boleh terus sewa kereta tersebut tanpa perlu ambil kunci kereta. 


Sebelum memandu kereta SOCAR ni korang perlu ambil gambar front, rear, left & right untuk upload ke dalam app bagi car inspection. Untuk gambar ni korang perlu ambil gambar sebelum drive dan juga sebelum pulangkan kereta yang korang sewa tu. Senangkan lepas tu apa lagi korang kena unlock kereta dengan menggunakan app SOCAR. Iyer betul tak perlu guna kunci pun. Semuanya hanya dihujung jari dekat smartphone korang jer. Hahaha kalau bateri telefon habis tak dapat lah nak tolong. 

Oh lupa pula nak bagitau jika tempat yang korang nak unlock / lock kereta tu tiada line coverage korang jangan risau tak dapat unlock kereta pula. Hehehe korang just on bluetooth jer untuk memastikan perkhidmatan app SOCAR berfungsi dengan mudah. Mudah bukan tanpa kunci jer korang boleh unlock / lock kereta dengan pantas! Citer punya cerita mama sewa kereta Perodua Axia jer sebab kereta ni comel. Padahal memang niat nak survey dan mencuba kereta ni sebelum nak beli second car untuk keluarga mama. Dapat guna 2 hari baru la buat keputusan nak beli kereta Axia ni ker tak. Gituhhhh


Lepas dah unlock kereta tu korang tak reti lagi nak start enjin ker. Hahh ini pun mama boleh pecah peluh. Heheheh padahal pertama kali start enjin tanpa guna kunci. Ya ampun tekan push star button tu tak boleh start. Hahhh cuak mama tau sampai mama call husband tanya macam mana nak start enjin kereta ni. Ok ini memang lawak sangat!! hahaha. untuk start enjin guna push start button tu kaki kena tekan break dan tekan push start button. Nampak sangat mama ni kuno bab-bab ni almaklum la canggih sangat.



Lepas jer tu korang perlu pergi isi minyak kereta tu tau. Kang kereta tu berhenti tengah jalan baru satu hal nak kena tolak. Hehehe. So korang pergi jer isi minyak Petronas atau Shell dan isi la berapa banyak yang korang nak guna. Kemudian resit isi minyak tu korang kena tangkap gambar di bawah roadtax kereta dan upload ke app SOCAR tu. Tapi sebelum pulangkan kereta SOCAR korang kena pastikan isi minyak dalam 50% sebelum hantar balik. Hahh gituu.. 

SOCAR juga mengenakan had jarak untuk setiap sewaan. Yang ni mama sedikit tak paham tapi masa korang booking dan dalam app SOCAR tu akan ada detail pasal ni yer. Pengguna boleh memandu sehingga 30km bagi setiap 1 jam sewaan dan sehingga 300km bagi sewaan selama 24 jam. Jika korang memandu lebih dari jarak itu, pengguna akan dicaj sebanyak 25sen/km. 




Korang tengok la video yang mama sempat record dan pengalaman sewa kereta dengan SOCAR ni. Bagi mama memang sangat memudahkan untuk sewa kereta dengan cepat. Mana la tahu kan satu hari nanti kereta masuk bengkel ker apa ker boleh la sewa kereta dengan SOCAR. Ehhh bagi pelajar nak jalan-jalan dengan kawan boleh la mencuba service SOCAR ni. 

Lepas dah cukup jam atau hari sewa kereta tu korang boleh jer pulangkan ke tempat asal dekat mana yang korang ambik tu. Mama ambik kereta SOCAR ni dekat Semenyih Parkland, so mama pun hantar balik ke tempat asalnya. Siapa nak extend kereta tu korang boleh jer tekan dekat Extend Return Time dan korang hanya perlu bayar sahaja. Tapi let say lambat hantar kereta tu korang akan dikenakan penalti sebanyak RM30 sejam. Untuk penalti mama rasa depend pada kereta kot. Huhuhu


Selepas 2 hari sewa dan guna kereta SOCAR jenis Perodua Axia ni memang sangat mudah. Paling mama suka nak unlock / lock kereta tanpa menggunakan kunci. Hehehe best pulak hanya tekan smartphone dah boleh buka kereta dengan mudah. Yang paling best untuk start enjin kereta hanya tekan push start button jer. Papa boleh la lepas ni survey kereta kita guna push start button hahaha. Selain itu, harga sewaan sejam dan harian pun murah giler. Memang berbaloi la kalau korang sewa kereta dengan SOCAR.

Bagi yang nak mencuba perkhidmatan sewa kereta dengan SOCAR ni korang boleh muat turun app SOCAR di Google Playstore dan Apple Appstore. Jangan lupa masukan referral code X2P2GX dan korang akan dapat 4 jam percuma semasa pertama kali booking kereta SOCAR tu nanti. Heheh lepas ni rasa nak sewa kereta yang best-best skit la. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Website : www.socar.my
Facebook : SOCAR Malaysia
Instagram : @socarmy

Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. mcm complicated skit la nk sewa kete camni..
    yela zmn dh moden sume di hujung jari..
    sewa kete pon dh canggih skrg.. hihi

    ReplyDelete
  2. wahhh menariknya... akak yg baca ni pun terjakun...
    mau tak gabrah bila tak boleh nk start kete.... hehehhe
    good info

    ReplyDelete
  3. canggih sungguh sekarang nak sewa kereta semuanya dihunjung jari jah

    ReplyDelete
  4. no tel x sama semasa nk bt pembayaran so car ni...sy masukkan no tel sendiri tp yg keluar no tel lain... macammana nk tukar no tel tu


    ReplyDelete
  5. so setiap kali keluar dari kereta mcm nak pergi kedai just lock guna smartphone jelah ye sis ??

    ReplyDelete

Like us on Facebook