Kempen 'Tak Kenal, Tak Cinta' MAGGI® CukupRasa Di MyTOWN Cheras

8:53 PM

MAGGI® CukupRasa telah mengadakan kempen baharu serba menarik yang dinamakan 'Tak Kenal, Tak Cinta' dalam usaha untuk memperkasakan wanita Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menyahut cabaran. Kempen ini juga memperkenalkan duta jenama baharu MAGGI® CukupRasa iaitu Datin Paduka Eina Azman yang cukup terkenal di Instagram kerana rajin berkongsi resipi masakan rumah.


Pada Sabtu baru ini mama berkesempatan ke Majlis pelancaran Kempen 'Tak Kenal, Tak Cinta' di Pusat Beli-Belah MyTOWN, Cheras. Kempen ini mendorong wanita agar berani mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. Langkah berani boleh mencetus kesan positif dan membantu kita belajar dan berkembang maju seperti yang dipaparkan oleh cogan kata jenama Maggi.




Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sempena kempen 'Tak Kenal, Tak Cinta' di MyTOWN Cheras dari 17 Ogos sehingga 18 Ogos 2019 yang bermula dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Antaranya seperti jualan barangan produk MAGGI®, tukar & tambah selera dengan hanya bawa pek kosong produk perasa jenama lain dan tukar denggan MAGGI® CukupRasa, Misteri Box, tebus 1 hidangan percuma dengan pembelian produk MAGGI RM10 dan banyak lagi aktiviti menarik sempena 2 hari ini.




Pada hari tersebut mama berpeluang sesi meet & greet bersama duta MAGGI® CukupRasa terbaru iaitu Datin Paduka Eina Azman. Kemudian kami juga berpeluang masak bersama Datin Paduka Eina Azman dan Chef Muluk untuk mencuba resipi Nasi Goreng Cina, Sayur Goreng Campur dan juga Sambal Ayam Petai dengan menggunakan MAGGI® CukupRasa ciptaan Datin sendiri. 


Datin Paduka Eina Azman yang sangat popular dengan video masakan rumah, semangat juang dan kesungguhannya terus memberi inspirasi kepada seramai 1.7 juta pengikutnya di Malaysia, mendorong mereka mencuba memasak sajian ringkas di rumah, dan inilah yang ingin diketengahkan oleh MAGGI® CukupRasa melalui kempen ini. 


Seramai enam kumpulan untuk masak bersama Datin Paduka Eina Azman dan juga Chef Muluk. Mama juga tak kecuali join aktiviti memasak bersama blogger iaitu Qisstiera. Tiba-tiba boleh pula mama terjoin memasak ni dengan tak bersedia tapi mama ok jer rasa seronok pula join aktiviti yang santai. 



Ketiga-tiga resipi tersebut kami menggunakan penambah perasa MAGGI® CukupRasa yang sedap kerana adunan unik bawang putih, bawang dan ikan bilis segar serta rempah lain, ialah ramuan rahsia untuk kaum ibu melazatkan lagi sajian yang dimasak di rumah. Di samping itu, dengan menggunakan MAGGI® CukupRasa dalam sajian, kita tidak perlu menambah garam dalam masakan lagi!




Hampir sejam kami di dapur bersama Datin Paduka Eina Azman dan Chef Muluk, kami berjaya siap 3 juadah iaitu Nasi Goreng Cina, Sayur Campur dan juga Sambal Ayam Petai. Hanya menggunakan MAGGI® CukupRasa memang sedap tanpa menggunakan garam. Terus mama jatuh cinta dengan penambah perasa ini dan boleh gunakan dalam masakan mama di rumah. 


Acara Roadshow MAGGI® CukupRasa ini akan menuju ke 10 negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Penang dan lain-lain lagi. Untuk maklumat lanjut tentang kempen terbaharu MAGGI® CukupRasa, sila layari www.maggi.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook