EAT CAKE TODAY Anjur 'Pertunjukan Kek 2019' Bagi Kek Pilihan Terbaik & Trend 2020

4:19 PM

Fenomena hiasan seni membuat dan menghias kek dimana Eat Cake Today telah memperlihatkan kek trend popular dan trend terkini yang kreatif dimana telah terjual pertama kali Cake Portal di Malaysia. Pada minggu lepas, mama berkesempatan menghadiri petunjukan pelbagai jenis kek, seni membuat kek, seni keindahan gubahan coklat dan gula serta kek-kek trend terkini yang menjadi pilihan pelanggan.


Pertama kali mama datang event sebegini untuk melihat sendiri pelbagai jenis kek yang menarik dan trend terkini bagi tahun 2020. Nampak semua kek sedap sangat sehinggakan sayang nak makan sebab terlalu cantik dan kemas. Kagum sebenarnya melihat chef-chef terkemuka buat kek secantik ini dan kek yang menjadi pilihan pada tahun hadapan seperti Kek Boba, Kek 3D, Kek Kristal dan macam-macam lagi. Semua kek-kek ini dihasilkan daripada chef-chef terhebat yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Chef Chong Ko Wai, Chef Lawrence Cheong dan Chef May Ling.






Antara kek dan dessert yang menambat hati para pelanggan dan menjadi trend terkini pada tahun 2020 adalah :
  • Decadent Jar Dessert 

Manisan dan juadah miniatur yang dibuat sepenuhnya dari mula, dengan menggunakan bahan semula jadi bermutu tinggi, dalam 3 perisa berlainan dan dipersembahkan dalam balang! Seperti kata pepatah kecil-kecil cili padi. Meskipun comel pasti menambat selera. Manisan ini nampak cantil dan lazat dihidangkan dalam balang-balang kecil lagi comel yang menjadikannya manisan sesuai untuk minum petang, perkelahan dan jamuan istimewa untuk kanak-kanak, kawan-kawan, dan sebagainya. Tiga perisa berlainan adalah Mousse Yogurt Strawberi, Mousse Oren Vanila, dan Mousse Kacang Tanah dengan Span Vanila.
  • Boba Lava Kek

Jika anda sudah lama mengidamkan kek teh susu boba, inilah peluang untuk anda menikmatinya. Kek sifon perisa teh susu yang lembut dan gebu dengan taburan mutiara boba di atasnya atau tersembunyi di dalam kek adalah benar-benar seperti ledakan boba ala Boomerang! Jangan meneka rasa daripada rupanya, kami mencabar anda supaya mencuba kelazatan Kek Lava Boba ni!
  • Gems of the Blue Cake 10''

Trend kek geod kini sedang menguasai internet! Kek geod nilam yang cantik dan lazat ini membawakan tekstur gula Kristal yang berceranggah. Kek cantic omo juga dihiasai bunga gula buatan tangan yang ideal untuk apa jua jamuan korporat dan majlis perkahwinan. Kek istimewa ini berkilauan dengan seribu sinar cahaya! Kek asas terdapat dalam dua perisa yang boleh pilih daripada Coklat Belgian dan mentega vanila. Akhir sekali tetapi tidak kurang penting, asas kek menawarkan pilihan kek betul (boleh makan) atau kek hiasan (olok-olok) untuk tingkat-tingkat yang berlainan.
  • Macarons Fault Line Cake

Tambahan sentuhan metalik dan makaron di bahagian tengah kek menjadikannya tampak seperti kek retak! Kek asas berperisa coklat karamel masin ini diselaputi krim mentega vanila dengan hiasan hari jadi akrilik emas di atasnya. Kek dengan garis-garis retak ini menjadikan kek perayaan anda satu-satunya gubahan seni sepertinya!
  • Gravitiminion Cake 10" (Topsy Turvy Cake)

Kek luar biasa ini sesungguhnya menjanjikan kelainan dan kemeriahan untuk parti anda. Ia mengandungi berbilang lapis dan setiap lapis dicondongkan dengan cara yang aneh tetapi dengan perkiraan❖ yang tepat. Jika anda mencari sesuatu yang unik, kek minion tunggang terbalik ini menjanjikan keseronokan dan sesuai untuk parti hari jadi gila-gila atau majlis keramaian istimewa. Tetamu jemputan anda pasti kagum dengan kek yang sangat kreatif dan menakjubkan ini!
  • Projection Mapping Cake

Kegilaan terkini membawa kek ke satu tahap serba baharu. Satu cara hebat untuk menjadikan kek anda benar-benar satu tumpuan keajaiban ialah teknologi pemetaan projeksi atau penayangan yang diguna pakai untuk kek kotak bertingkat ini. Teknik pencahayaan dan penayangan yang menakjubkan menjadikan kek hasil gubahan seni zaman moden ini sangat unik dan sungguh menakjubkan! Anda boleh memilih kata-kata ucapan dan corak animasi mengikut gaya peribadi anda. Kek pemetaan ini akan membuat tetamu jemputan anda leka dilamun pengalaman animasi yang sukar dilupakan!






Buat pertama kalinya, menerusi kerjasama tiga chef pastri iaitu, Chong, Lawrence dan May Ling, Eat Cake Today juga menawarkan kelas Chocolate Showpiece Master tersendiri, kelas-kelas Sugar Flower untuk berkongsi pengetahuan dan minat dalam seni gubahan coklat dangula bersama mereka yang berminat dalam bidang ini.

Untuk tempahan kek dan juga maklumat lanjut mengenai Eat Cake Today boleh layari laman web www.eatcaketoday.com dan hubungi di talian telefon 017-8800 153

Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. Sedapnya kek2 ni. Berapalah ye harga kalau nak tempah tu? Saya dah lama jugak tak makan kek ni. :)

    ReplyDelete
  2. ya Allah, semua menyelerakan.... menggoda tekak, tp paling menggoda kek nasi lemak ngn sambal udang besar2

    ReplyDelete
  3. sedap nye nampak semua kek2 tu.. mesti meriah event ni, done follow sini yang ke #711 jemput singgah blog saya juga ye.. terima kasih

    ReplyDelete

Like us on Facebook