Potatoes USA Lancar Kempen ‘Makanan Pelari Juara Tawan Menara KL Daripada Kentang'

10:07 PM

Semua sedia maklum bahawa kentang yang bersaiz kecil itu dapat membekalkan khasiat yang sangat besar. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan makanan kentang ini sangat bagus untuk seseorang athlet. Kentang juga membekalkan karbohidrat kompleks, kalium, serat dan vitamin C yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi. Malah kentang juga dapat membekalkan lebih tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain serta mengandungi lebih banyak kalium berbanding pisang.


Kemarin mama berkesempatan menghadiri satu event Potatoes USA di KL Tower Kuala Lumpur. Pada event tersebut, Potatoes USA berkongsi maklumat tentang kempen "Real Food, Real Performance 2019" (Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019) di sini. Dengan adanya kempen ini dapat mendidik orang ramai tentang pemakanan prestasi tinggi untuk gaya hidup yang bertenaga salah satunya telah melibatkan beberapa orang athlet untuk kempen tersebut. Potatoes USA akan menyertai pelbagai acara sukan prestasi tinggi termasuk Larian Menara Yayasan TM pada 10 November dan bakal disertai oleh beribu-ribu pelari dari dalam dan luar negara. 


Kajian yang dijalankan mendapati bahawa kentang ialah makanan semulajadi bermanfaat yang penuh dengan tenaga dan khasiat kebaikan untuk ahli sukan dan orang ramai mencatatkan prestasi terbaik. Kentang juga mudah dihadam dan lebih padat dengan tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain serta merupakan pilihan tepat untuk memenuhi keperluan tenaga dalam sesuatu pertandingan. Potatoes USA kini bekerjasama rapat dengan sekumpulan atlet terkenal di Amerika Syarikat dan juga beberapa negara di Asia seperti Jepun, Korea Selatan, China dan kini Malaysia. 


Pakar Diet Sukan / Pakar Pemakanan yangjuga peminat lumba lari, Adele Wong dan Chef Janice Lee telah berkongsi resipi lazat untuk meningkatkan prestasi ahli sukan kompetitif. Adele menerangkan, "Karbohidrat adalah salah satu nutrien penting dalam pemakanan prestasi. Atlet yang terlibat dalam latihan berat memerlukan jumlah karbohidrat secukupnya sebagai pemberi tenaga. Seorang lagi pakar sains sukan juga mengesyorkan pengambilan karbohidrat harian bagi atlet pada lingkungan 6-10g setiap kg berat badan seseorang." 


Dalam acara yang diadakan di KL Tower, tiga pelari juara bertahan telah dipilih untuk menyampaikan pesanan kepada komuniti bahawa pemakanan semulajadi berprestasi tinggi penting untuk golongan yang aktif bersuka. Mereka terdiri daripada pelari Menara No 2 Dunia & No 1 Asia, Soh Wai Ching, pelari veteran No 1 Malaysia, Jeffrey Ross dan juara ultra-marathon, Tahira Najmunisaa.


Masa yang dicatatkan oleh mereka dalam larian menara sebanyak 2,058 anak tangga ke puncak Menara KL ini adalah :-
  1. Soh Wai Ching : 8 minit 42 saat
  2. Jeffrey Ross : 10 minit tepat
  3. Tahira Najmunisaa : 15 minit 55 saat
Tahniah diucapkan kepada mereka bertiga kerana berjaya mendaki anak tangga dalam masa kurang 20 minit memang terbaiklah ketiga-tiga pelari tersebut. Untuk pengetahuan semua, mereka mengambil U.S Potato Flex Energy Bar sebagai pembekal tenaga sepanjang larian lasak yang menguji ketahanan dan kekuatan fizikal mereka dengan memanjat 2058 anak tangga ke puncak Menara dalam usaha membaiki masa terbaik masing-masing.


Soh berkata larian menara ialah acara sukan yang amat intensif yang memerlukan banyak tenaga dalam tempoh masa yang singkat. "Jumlah kalori yang dibakar untuk acara berjalan kaki di permukaan rata. Oleh yang demikian, saya memerlukan jumlah karbohidrat secukupnya untuk membekalkan tahap tenaga yang tinggi. Malah, oleh kerana saya bersukan secara aktif, diet saya merangkumi 70% karbohidrat. Saya memilih karbohidrat yang baik, yang penuh berkhasiat dan makanan semula jadi untuk membantu saya. Kentang A.A memenuhi semua kriteria tersebut.


“Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C, kalium, folat, serat dan antioksidan. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang mudah diperolehi oleh atlet,” ujar beliau.

Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. memastikan Kentang AS selamat dan bermutu tinggi.

Menu yang sihat daripada kentang



Antara kebaikkan kentang :-
  • 620 Milligram Kalium : Dengan kandungan lebih banyak kalium daripada pisang saiz sederhana, kentang amat sesuai untuk membantu otot, jantung dan sistem saraf berfungsi dalam acara jarak jauh jangka panjang.
  • 26 gram karbohidrat : Kentang ialah karbohidrat berkualiti yang padat dengan nutrien penting untuk prestasi fizikal dan mental optimum dan menjadi sumber khasiat utama bagi otak dan sumber tenaga utama bagi otot. Oleh kerana simpanan karbohidrat badan anda terhad dan mungkin menyusut – walaupun dengan hanya satu sesi senaman yang berat dan/atau berpanjangan – kita perlu menggantikan bekalannya.
  • 110 Kalori untuk Tenaga : Mudah dihadam dan lebih padat dari segi tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain, kentang ialah pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan pelari maraton.
Bagi yang ingin mencuba resipi menarik ini boleh layari http://www.potatogoodness.com/recipe-category/performance/


Kentang A.S. juga membekalkan nutrien penting pada harga termampu. Satu hidangan kentang (5.3 auns) berharga hanya RM1.50. Malah, kentang mempunyai kandungan kalium, serat, protein, vitamin C dan E, kalsium, besi dan magnesium tertinggi bagi setiap Ringgit mengatasi sayur-sayuran lain seperti ubi keledek dan lobak merah. Antara hasil tanaman, kentang terus memberikan nilai paling hebat. Bukan itu sahaja bagi pengamal diet sangat sesuai makan kentang setiap hari untuk mendapatkan badan yang sihat.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook