Diane Bonheur | Memperkenalkan 'Harvested Shampoo' Pertama Untuk Rambut Yang Menawan

12:38 AM

Rambut adalah mahkota wanita yang sangat penting kerana ia lambang keperibadian wanita dari pandangan pertama serta diikuti dengan senyuman yang menawan. Jadi betapa pentingnya rambut untuk seseorang wanita tidak kiralah bertudung atau tidak. Dengan rambut sihat dan menawan diri kita akan lebih ceria sepanjang hari. 


Pada hari Selasa kemarin, mama berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran "Harvest Shampoo" pertama dari Diane Bonheur. Dengan Diane Bonheur (Happiness dalam French) kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada rambut kering, kerinting dan rosak. Shampoo Diane Bonheur ini dirumuskan dengan 98% bahan organik yang sangat sesuai untuk rambut. Bekerjasama dengan petani yang dipercayai Diane Bonheur memilih segala benih serta sumber-sumber pengeluaran untuk menghasilkan shampoo terbaik dalam satu botol. Shampoo pelembap pertama yang diperkayakan dari bumi dari kaedah organik yang mampu merawat rambut yang bermasalah. 


Shampoo Diane Bonheur dari bahan semulajadi yang baik untuk kulit kepala agar sentiasa sihat. Untuk pengetahuan semua, bahan kimia sintetik telah terbukti bahaya kerana ia boleh merosakkan rambut kita agar menjadikannya rapuh dan kerinting. Oleh itu, penjagaan rambut Diane Bonheur dibuat dengan 100% ramuan pembersihan dari tumbuhan agar dapat mencuci kulit kepala yang berminyak. Selain itu, perming dan pewarna juga boleh menyebabkan rambut akan rosak yang serius. Terdapat 2 rangkaian penjagaan rambut terbaru dari Diane Bonheur iaitu Grasse Rose dan Orange Flower


Diane Bonheur Grasse Rose

Hanya dituai pada bulan May setiap tahun, Rose de Mai ini adalah mawar yang berharga dari Grasse, Perancis. Hanya 1 gram wangian diekstrak dari 300 bunga mawar. Shampoo Grasse Rose ini dapat membaiki rambut yang rosak dan kering dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Dapat menumbuhkan semula rambut kasar kerana kekurangan kelembapan, pewarna dan tekstur bergelombang yang tidak diingini serta dapat menyuburkan rambut dari dalam ke luar. 


Diane Bonheur Orange Flower

Untuk rambut yang berkilat bolehlah cuba Diane Bonheur Orange Flower dapat meminimumkan masalah rambut rosak akibat kekeringan. Shampoo dan pelembap Orange Flower ini sesuai juga untuk rambut yang kerinting dan meluruskan rambut apabila mencuci setiap helai serta memberikan rambut bersinar dan sihat. Dirumuskan dengan bunga aroma buah oren atau dikenali sebagai Neroli, ia memberikan rambut yang menyegarkan dari aroma sitrus.



Bagi yang ingin membeli produk penjagaan rambut Diane Bonheur ini boleh dapatkan secara eksklusif di kedai Watsons di seluruh negara atau di kedai online Watsons di www.watsons.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook