Toys'R'Us Asia Membawakan Pengalaman Eksklusif “FROZEN 2” ke Malaysia

8:04 PM

Dunia telah jatuh cinta dengan “FROZEN’ dan kini penantian telah berakhir bagi para peminat apabila francais nyanyian bersama itu kembali untuk memikat hati mereka buat kali kedua! Sebagai persediaan pelancaran tayangan filem terbesar itu pada bulan November ini, Toys“R”Us - peruncit terkemuka di Asia dalam bidang barangan permainan, bayi dan pendidikan dengan fokus terhadap permainan perkembangan dan menyeronokkan, telah mendedahkan rangkaian terkini alat permainan “Frozen 2” di seluruh Malaysia.


Pada Sabtu lepas, mama dijemput oleh Toys'R'Us untuk satu event Unboxing Frozen II Find Your Magic di One Utama Petaling Jaya. Pada event berkenaan untuk releasekan permainan terbaru Frozen II khas buat semua yang hadir oleh selebriti kanak-kanak terkenal. Barisan permainan terbaharu itu boleh dijadikan hadiah bagi sambutan Hari Krismas dan hadiah akhir tahun kepada mereka yang menggemari FROZEN. Jadi jangan melepaskannya!

Hidupkan magis silam Arendelle dengan mengumpulkan set penuh anak patung “FROZEN 2” termasuk Elsa, Anna, Kristoff, Sven dan Olaf yang didatangkan dengan pakaian signature mereka, membenarkan peminat untuk mengubah gaya mereka seiring dengan dialog-dialog daripada filem berkenaan.



Kanak-kanak yang suka berdandan dan mewujudkan penampilan baharu pasti gembira dengan Anak Patung Fesyen Adik-Beradik FROZEN, Elsa dan Anna, yang menampilkan aksesori lengkap: rambut panjang yang boleh disikat, enam pasang getah rambut, dua klip rambut dan sebuah sikat yang indah! Campurkan, padankan dan kumpul dari Toys”R”US pada harga RM159.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM167.90 (Sabah dan Sarawak).


Anak Patung Nyanyian serba baharu ini merupakan hadiah sempurna bagi peminat muda FROZEN untuk menyanyi bersama lagu-lagu kegemaran mereka daripada filem berkenaan. Set ini merangkumi Anak Patung Elsa yang didatangkan dengan gaun berwarna biru muda yang diilhamkan FROZEN; dan Anak Patung Anna yang memukau dengan pakaian yang diinspirasikan daripada filem kedua itu dengan kasut boot yang boleh dibuka.


Dengan hanya menekan sebuah butang, kanak-kanak berpeluang untuk melihat gaun-gaun tersebut bercahaya dan mendengar sebahagian daripada lagu filem “FROZEN 2”, mengabadikan magis dan melodi daripada filem berkenaan. Toys”R”Us adalah lokasi di mana muzik itu. Dapatkan Anak Patung pada harga RM159.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM167.90 (Sabah dan Sarawak).


Alu-alukan kehadiran sejarah silam Arendelle ke kediaman anda dengan Set Anak Patung Keluarga Diraa Arendelle Frozwn 2 Disney, hanya boleh didapati di Toys “R” Us. Anak patung klasik yang diilhamkan oleh filem Frozen 2 Disney ini - memaparkan anak patung Anna dan Elsa ketika kecil serta Raja Agnarr dan Ratu Iduna. Ia pasti akan menghiburkan si kecil semasa cuti sekolah akhir tahun yang panjang ini mahupun sebagai hadiah ideal Hari Krismas.

Kanak-kanak pasti akan gembira menghabiskan masa mereka bermain “dress-up” dengan setiap pakaian bergaya anak patung berkenaan, menghidupkan kembali babak-babak keluarga daripada filem berkenaan. Set Anak Patung Keluarga Diraja Arendelle Frozen 2 Disney boleh didapati di semua rangkaian Toys “R” Us dan melalui gedung dalam taliannya pada harga RM229.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM241.90 (Sabah dan Sarawak).


Set permainan Kampung Istana Arendelle daripada LEGO® akan memberikan masa bermain penuh kreatif kepada para peminat filem berkenaan. Menyediakan suasana sempurna untuk menghidupkan babak-babak kegemaran daripada filem tersebut, kediaman Anna dan Elsa itu mempunyai tiga tingkat yang boleh dibuka dan dipasang semula dengan mudah bagi akses bermain. Malah, kepingan perabot juga direka agar mudah dipindahkan dan disusun di antara balairung seri, bilik tidur dan aras loteng.

Di luar, gerai-gerai pasar menawarkan barangan terbaik dan terdapat sebuah sampan di bahagian jeti, menunggu untuk pengembaraan seterusnya! Set permainan Arendelle ini merangkumi 3 karakter kegemaran Disney dan 3 patung haiwan LEGO® . Dapatkan ia di Toys”R”US pada harga RM429.90.


Kumpul hadiah edisi terhad dengan setiap pembelian barangan FROZEN 2. Dapatkan set alat tulis yang memaparkan sebatang pensil, pemadam, kepingan pelekat dan bekas pensil yang indah untuk beg sekolah si kecil! Set hadiah alat tulis berkenaan boleh didapati dengan setiap pembelian item FROZEN 2 Hasbro yang berharga RM120 ke atas di gedung-gedung Toys”R”Us Malaysia atau laman beli-belah dalam taliannya dalam satu transaksi. Tersedia sementara stok masih ada, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya segera.


Peminat-peminat FROZEN boleh melihat barangan dan tarikan FROZEN 2 dari Toys”R”Us bukan sahaja di gedung permainan tersebut tetapi juga di paparan-paparan offsite istimewa yang disediakan sepanjang November ini. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi paparan offsite FROZEN 2 di Orange Atrium, Sunway Pyramid dari 8 November hingga 1 December 2019 serta di bahagian luar gedung Toys”R”Us Mid Valley Megamall dari 14 hingga 24 November 2019. Untuk maklumat lanjut boleh layari website Toys'R'Us www.toysrus.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. tudia harga aksesori dia haha.. siapa peminat tegar ni boleh la beli...ada tgok ig story anjang, stress je iqbal n iqram tu duk kat event tu hahaha

    ReplyDelete

Like us on Facebook