Guardian Malaysia Tawar Siri Beg Kembara Edisi Terhad Unik & Eksklusif | 'tokidoki X GUARDIAN'
1:34 PM
Hi semua. Guardian Malaysia terus menceriakan dan memberi ganjaran kepada para pelanggan menerusi kolaborasi terbarunya dengan jenama gaya hidup ikonik dan terkenal,
tokidoki dan melancarkan Siri Kembara eksklusif Guardian tokidoki yang boleh dida-
pati pada harga istimewa bermula 31 Oktober sehingga 31 Disember 2019 di semua
stor Guardian.
DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian
Health And Beauty Sdn Bhd berkata;
“Kami sangat teruja dengan kolaborasi dengan tokidoki, sebuah jenama yang memiliki pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik, dan menonjol dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Kreatif, Simone Legno.”
“Menerusi promosi ini, para pelanggan dapat memiliki beg-beg kembara edisi terhad Guardian tokidoki ini pada potongan hebat 70%. Selaku sebuah jenama antarabangsa, tokidoki telah berkolaborasi dengan banyak jenama bertaraf dunia seperti Karl Lagerfeld, Muzium Guggenheim, LeSportsac, Onitsuka Tiger, Marvel, Hello Kitty, Fujitsu, Levi's, Xbox, Barbie, Canon dan banyak lagi.”
“Kami sangat teruja dengan kolaborasi dengan tokidoki, sebuah jenama yang memiliki pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik, dan menonjol dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Kreatif, Simone Legno.”
“Menerusi promosi ini, para pelanggan dapat memiliki beg-beg kembara edisi terhad Guardian tokidoki ini pada potongan hebat 70%. Selaku sebuah jenama antarabangsa, tokidoki telah berkolaborasi dengan banyak jenama bertaraf dunia seperti Karl Lagerfeld, Muzium Guggenheim, LeSportsac, Onitsuka Tiger, Marvel, Hello Kitty, Fujitsu, Levi's, Xbox, Barbie, Canon dan banyak lagi.”
“Oleh itu, Guardian sangat berbesar hati apabila Simone Legno menghasilkan hasil
seni unik untuk 3 beg kembara edisi terhad yang kami namakan Siri Kembara Eksklusif
Guardian tokidoki ini. Jika anda perhatikan betul-betul, anda akan dapati rekaan
tersebut menerapkan elemen-elemen kesihatan dan kecantikan dengan karakter-karakter tokidoki. Anda boleh lihat beberapa item, contohnya, seperti gincu dan
penggilap kuku yang boleh didapati di Guardian dan anda juga boleh dapati stor
berwarna oren yang mewakili stor Guardian.”
“Kami percaya bahawa Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki akan menjadi rebutan
pelanggan kami kerana mengembara merupakan satu bahagian penting dalam gaya
hidup moden kita. Pelanggan kami mementingkan pengalaman yang tidak dapat di beli dengan wang ringgit, dan salah satu cara terbaik untuk menikmati pengalaman
tersebut adalah dengan mengembara. Oleh sebab itu kita kini menyaksikan ledakan
dalam industri kembara dan tiada masa yang lebih baik untuk kami melancarkan promosi ini dengan cuti Krismas dan Tahun Baru yang bakal tiba tidak lama lagi,” tambah
Cho.
Dalam sebuah klip video khas yang dirakam untuk majlis pelancaran ini, Simone Legno
berkata beliau sangat bangga untuk berkolaborasi dengan Guardian Malaysia, peneraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan di Malaysia, di atas inisiatif
berkesan ini dan berharap beg-beg kembara ini bakal memberi inspirasi kepada semua ahli-ahli kembara tokidoki yang baru.
Simone berkata :
“Mengembara bagi saya adalah satu bahagian yang penting dalam gaya hidup
moden. Ia memberi inspirasi dan membuka minda saya kepada budaya dan
masyarakat dunia yang berbeza dan mengekalkan kreativiti saya. tokidoki dan kembara tidak dapat dipisahkan.”
“tokidaki yang bermaksud ‘kadang-kadang’ dalam Bahasa Jepun, melambangkan
penantian untuk satu detik yang dapat merubah takdir seseorang, ia boleh berlaku
dalam kehidupan seseorang secara kebetulan atau apabila bertemu orang baru. Dan mengembara boleh menjadikan detik itu satu kenyataan,” jelas Simone.
Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki terdiri daripada beg tote, beg sandang dan
beg bagasi 20 inci. Ia boleh didapati pada harga istimewa :
- Beg Tote - RM80 (Belian dengan Belian) RSP* RM280
- Beg Sandang - RM100 (Belian dengan Belian) RSP* RM440
- Bagasi - RM170 (Belian dengan Belian) RSP* RM600
Untuk mendapatkan beg-beg kembara ini pada harga potongan istimewa, pelanggan Guardian hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM30 dan ke atas, beserta
barangan jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit atau RM50 dan ke atas,
tanpa barangan jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit.
Oleh kerana Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah berasaskan "siapa cepat, dia dapat". Untuk maklumat lanjut layari website www.guardian.com.my atau layari Facebook Guardian www.facebook.com/Guardianmy
3 Comments
nak pergilah Guardian. Ammi pernah terlepas bag jenis ni sekali sebab terlepas tarikh tutup. Masa tu ammi ke luar negara terus terlupa pasa expiry date. Sayang sungguh...beriya ammi kumpul sticker. tinggal 1 je lagi nak ditampal
ReplyDelete
ReplyDeletecantik la beg beg dia. tapi kat rumah dah byk sgt luggage. kalau beli ni x de space dah nak simpan.
cantiknya bagasi tu...
ReplyDelete