Arabian Village | Pasar Mini Yang Membekal Makanan Arab Baru Dibuka Di Gombak

2:53 AM

Sekarang makanan Arab sudah menjadi sinonim di hati rakyat Malaysia. Tambah kedai atau pasar yang menjual barangan dan makanan Arab telah tumbuh bak cendawan di negara kita. Mama salah seorang yang suka makan makanan Arab seperti shawarma, Nasi Arab, Baklava dan macam-macam lagi. Jadi nak mencari dan membeli makanan Arab ni sudah tentu yang import dari Arab terus datang ke Malaysia. Barulah betul kualiti barangan / makanan Arab tersebut yer tak. 


Pada Sabtu lepas, mama telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmian pembukaan pasar mini Arabian Village yang terletak di Gombak, Selangor. Memang ramai la yang hadir pada hari pembukaan kedai Arabian Village ni sebab pelbagai hadiah, diskaun menarik pada hari tersebut. Mama pun berpeluang melihat barangan makanan Arab yang jual disini. Fuhh memang tak boleh tahan sebab kesemua produk makanan diimport dari negara sana. Yang mana susah nak jumpa dekat sini semuanya ada. 

Untuk pengetahuan semua, Arabian Village bukan sahaja mengimport malah mengedarkan produk-produk terbaik dari Timur Tengah dengan harapan dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pelanggan dengan memberikan produk yang berkualiti tinggi dan sihat. Selain itu, pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis produk premium Arab dengan harga yang terbaik.


Masuk jer pasar mini Arabian Village ni, korang akan disajikan dengan pelbagai kurma-kurma. Ehh macam-macam la rasa sampai mama sendiri tak sangka banyak rupanya kurma yang terdapat di sini. Dari segi harga korang boleh pilih ikut berat yang korang nak. Mama sendiri pun rambang mata nak pilih. Nak keras, nak lembut, nak manis, nak mentah ehh semua ada lah. 

Ok yang bestnya di sini ada madu-madu yang harga dia memang boleh telan air liur. hahaha sumpah mama takut tengok harga madu-madu dekat sini. Korang pun tahu kan madu-madu ni banyak khasiat tersendiri. Antaranya Yemeni Marai Honey, Yemeni Sumur Honey, Yemeni Vip Royal Sidr Honey, Yemeni Honey With Black Seed, Yemeni Sidr Honey dan Honey Only For Married. Hahhh kesemua madu ini telah dicampur dengan pelbagai herba, rempah, bahan organik dan kekacang untuk dijadikan madu ini tambah berkhasiat dan memberi tenaga. Tengok Honey Only For Married tu yer, siapa nak power boleh cuba. hahahah. mama dah rasa memang sedap cuma harga dia fuhhhh nangiss.


Bagi penggemar minyak wangi Arab korang boleh dapatkan dan test di sini. Hahh bukan makanan jer ada yer, siap minyak wangi pun ada hahh.. Banyak lagi gambar mama nak masukan kang korang muntah pulak tengok gambar penuh dalam entri ni. hahaha. dah tak payah banyak bunyi korang boleh terjah pasar mini Arabian Village ni yer baru puas hati yer tak. 


Nak cari pemanis mulut Arab yang sedap pun ada dekat sini. Segala jenis pemanis mulut baklava ada yer. Hahaha padahal mama tahu baklava jer sebab manisan yang sangat manis boleh sampai ke kepala korang hahaha.. walau mama bukan penggemar baklava tapi boleh jer nak rasa seketul dua. Heheheh yer tak bukan selalu makan baklava ni kan. Dah jom tengok gambar kat bawah ni.. Tempting tak uolls...




Antara yang bakal laris dijual adalah pelbagai jenis kekacang seperti kacang gajus, kacang pistachious, walnut, badam, mix fruit dan macam-macam lagi. Kacang-kacang ni adalah 100% disediakan setiap hati dan tiada penggunaan bahan pengawet, tiada garam dan juga tiada minyak. Memang sangat berkhasiat yer kekacang ni semua. Harga pun woww boleh tahan. 



Tengoklah betapa meriah yer suasana dalam pasar mini Arabian Village ni. Ramai sungguh orang yang datang shopping sempena pembukaan kedai ni. Tak putus-putus yer orang yang datang ke sini. Seronok pulak tengok orang ramai membeli dan yang paling suka tengok barangan yang disusun semuanya rare belaka yer. Almaklum la kita orang Malaysia susah nak tengok makanan dan barangan dari Timur Tengah. 

Bahagian sejuk ni cheese, air Arab semua ada. Lama juga yer mama belek area sini sebab teruja.


Bahagian makanan yang susah nak jumpa seperti process cheese, tomato puree, buah zaitun ini semua yang import dari sana. Sini mana nak jumpa kan. Memang terbaik la Arabian Village bawa masuk semua ni ke Malaysia. Lagi memudahkan orang Malaysia dan orang Arab yang duduk disini untuk dapatkan bekalan makanan seperti ini. 


Bermacam-macam jenis tea yang ada yer. suka pula tengok kotak tea yang warna warni ni. tenang jer rasa heheheh

Buah zaitun dalam botol. Susah nak jumpa dan tengok la harga sebotol tu murah namati.

Ada yang nak kurus korang telan jer chia seed ni hahaha.. Pun murah!!!! 

Produk keluaran Arabian Village



Pelbagai jenis Bread Stick yang ada. 

Sebenarnya banyak lagi produk yang dijual di Arabian Village ni seperti minyak zaitun, yogurt arab, rempah ratus, coklat Arab ehhh banyak la nak senarai ni jenuh korang nak baca nanti. Kenapa korang wajib datang dan shopping di Arabian Village ini kerana kualiti tinggi, harga yang terbaik dan sangat variety. 

Bersama owner Arabian Village pure Arab mari yer. Hehehe

Apa lagi yang mana nak cari produk makanan atau barangan dari Timur Tengah silalah terjah ke Arabian Village ni yer. Memang kualiti, harga memang terbaiklah!. Jom pakat ramai-ramai datang shopping di Arabian Village pada 9 November sehingga 11 November 2019 ini dan pelbagai promosi serta diskaun sehingga 70% untuk 3 hari tersebut. Jangan lepaskan peluang yer!

Untuk maklumat lanjut :-

ARABIAN VILLAGE 

No 95-G (Block E) 289
KL Traders Square
Jalan Gombak, Kampung Kuantan
53000 Kuala Lumpur

Telefon : 011-1111 9585


Waktu Operasi : Setiap Hari (10:00 pagi - 1:00 pagi)

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. meriahnya barang jualan dia. seronok tengok. boleh leka membelek dari satu rak ke satu rak ni, maklumlah...benda yang tak pernah nampak. :D

    ReplyDelete
  2. aduhai bestnya, sebelum ini dekat lulu hypermarket yg ada banyak barang dari arab tapi yang ini memang semua barang dari arab termasuk ownernya, ganteng gitu owner nya

    meriah tengok segala macam barang yang ada, paling tertarik ada pelbagai jenis cheese,olive oil dan buah olive
    Nanti teringin la nk terjah sini

    ReplyDelete
  3. mcm2 ada.. meriah..
    xpyh ke arab dh ni.. haha

    ReplyDelete
  4. wahhhhhhhhh best nya. confirm rambang mata terus bila masuk dalam ni :D

    ReplyDelete

Like us on Facebook