VIVO V17 | Didatangkan Dengan Keajaiban Skrin Ultra O & Reka Bentuk 5 Kamera

10:44 PM

Sekali lagi Vivo Malaysia memperkenalkan V17 di Malaysia dan dilengkapi dengan reka bentuk Skrin Ultra O yang inovatif dengan 5 kamera profesional di depan dan belakang, V17 membolehkan pengguna menghasilkan gambar yang menarik. Mama berkesempatan untuk melihat lebih dekat di pelancaran Vivo V17 di Brixton 23 Bukit Bintang Kuala Lumpur. 


V17 dilengkapi Skrin Ultra O Super AMOLED yang inovatif dengan reka bentuk kamera hadapan paparan yang paling nipis. Paparan 6.44 inci FHD+ mempunyai kamera hadapan berukuran 2.98mm yang sangat jelas. Memang luas yer screen V17 ni.

Paparan Super AMOLED menawarkan warna yang asli dan disediakan dengan Teknologi Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan. Ia lebih canggih kerana membolehkan pengguna membuka kunci peranti pintar dengan selamat dan mudah. 


V17 mempunyai kamera AI Quad yang mampu menghasilkan gambar-gambar yang hebat. Kamera Utama 48MP, kamera Super Wide-Angle 8MP, Kamera Macro 2MP dan Kamera Bokeh 2MP, digabungkan dengan algoritma AI dapat memberi fotografi foto yang jelas. V17 juga mempunyai kamera Super Wide-Angle yang memperluaskan tangkapan lanskap.

Dengan Kamera Depan 32MP, V17 membantu swafoto berkualiti tinggi dan pilihan fotografi profesional juga menampilkan ciri "Super Night Mode" dan "Super Night Selfie" yang meningkatkan kejelasan walaupun pada waktu malam. 


Specification Vivo V17

Disokong oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE dengan 8GB RAM + 256GB ROM yang dapat memberikan prestasi yang hebat untuk semua aplikasi dan memastikan sistem peranti dapat dikendalikan dengan lancar pada setiap masa.

Bateri 4500mAhnya dengan Teknologi Pengecasan Pantas Dwi-Enjin membawa kecekapan yang lebih tinggi dan pengecasan yang lebih pantas supaya peranti pintar ini dapat memberikan pengalaman mudah alih yang berpanjangan dan selamat. 


Untuk kaki gamer yang mencari pengalaman permainan mudah alih yang lancar serta dilengkapi dengan Ultra Game Mode yang menyediakan pengalaman permainan terbaik dan tidak terganggu dengan menyekat mesej dan notifikasi buat sementara waktu untuk pengalaman dunia fantasi yang sempurna.

Swafoto dalam gelap pun gambar terang je

Selain itu, Teknologi pecutan Multi-Turbo secara aktif mengesan sistem pengendalian untuk memastikan pemain dapat menikmati prestasi permainan yang lebih lancar serta ilengkapi dengan ciri "Voice Change" yang boleh menyeronokkan lagi waktu permainan dengan penyediaan pelbagai suara untuk memadankan dengan watak-watak permainan.

Siap boleh edit ketika berswafoto menarik sangat

Memang sesuai untuk kaki selfie juga

Raymond Lee, Pakar Produk vivo Malaysia berkata, "Penciptaan V17 sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna sambil memperkukuhkan lagi kedudukan kami sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik khas buat rakyat Malaysia." 



VIVO V17 tampil dengan 2 pilihan warna menarik iaitu Admiral Blue dan Crystal White. Untuk dapatkan Vivo V17 ini boleh didapati di Malaysia mulai 21 Disember 2019 dari harga RM1,699.00

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.vivo.com/my

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook